Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 4 Mei 2011

Pembunuhan Osama Akan Membangkitkan Lebih Banyak Keganasan | Dr.M

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembunuhan Osama bin Laden sebagai tindakan membalas dendam oleh Amerika Syarikat (AS) berikutan serangan pada 11 September, 2001 dan bukanlah memerangi keganasan dalam erti kata sebenar.

Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun Osama dibunuh tetapi hasilnya mungkin menyebabkan lebih ramai orang marah dan lebih banyak tindakan keganasan akan dilakukan.

"Kalaupun masa (sekarang) reda sedikit kerana mereka tidak ada pemimpin tetapi akhirnya yang marah akan bertindak juga. Ini bukan satu cara mengurangkan keganasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas sama ada pemimpin utama Al Qaeda itu harus dibunuh atau sewajarnya dibawa ke muka pengadilan.

Osama terbunuh dalam satu operasi oleh pasukan keselamatan AS di Abottabad, Pakistan pada 1 Mei lalu. "Dia (Osama) memanglah orang yang salah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh orang itu bukan cara untuk kuatkuasakan undang-undang. Kalau boleh tangkap, tangkaplah," katanya. Dr Mahathir berkata tindakan Amerika Syarikat itu juga seperti manusia yang tidak bertamadun berikutan membunuh orang yang tidak bersenjata dan mayatnya “dikebumikan” di laut.

“Tidak semacam manusia bertamadun. Orang yang tidak bertamadun,” kata Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana itu selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Esei Yayasan Kepimpinan Perdana-MPH 2010 bertajuk "Nurturing The Minds of Future Leaders".

4 comments:

blog-tips-kurus berkata... Reply To This Comment

propaganda barat ni kot. Obama kompem la kewujudannya. kalau Osama? Omega pulak memang jam mewah. :-)

Seri Bahasa berkata... Reply To This Comment

kematian osama tidak akan meleyapkan patriotisma umat islam di atas ketidakadilan Amerika dan sekutunya terhadap bangsa palestin.

Ayie berkata... Reply To This Comment

Amerika mana penah kenal erti tamadun.. ^^

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

jangan biar Islam disalahtafsir..harap tiada keganasan tidak bertempat walaupun marah kerana Osama terbunuh..

kita perbaiki hubungan dgn Allah, supaya Allah bantu kita

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com