Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

Video David Beckham Lakukan Tendangan Luar Biasa

Korang cuba lihat video iklan Beckham ini. Kelas betul la. Agak-agak korang ini betul atau tipu? Beckham sendiri pun tak mau cakap yang tendangan dia buat ini betul atau tipu. Apa-apapun layan jer. Peminat David Beckham sure teruja lihat video ni. Hee...






** Amacam? Hebat tak? Hebat woo... Tapi tendang penalti kadang-kadang terkucil jugak mamat nih...kuikuikui

Isnin, 11 April 2011

Video Penjual Soya Ludah Didalam Bungkusan Air Soyanya

Tadi tengah meronda-ronda Belalang terjumpa video nih. Belalang dah tengok sampai abis. Sengaja nak berkongsi dengan korang tentang perihal video ini. Dikhabarkan peniaga soya ini meludah dalam air minuman yang dijual. Tempat perniagaannya di kawasan Bangi.






Soalan Belalang ialah benarkah dia meludah? Bukan apa. Video ni kurang jelas. Kalau betul dia meludah, memang tak patut perbuatan itu. Tapi sekiranya dia tidak lakukan perkara itu, mengapa setiap kali sebelum diikat air itu dia akan tunduk? Baca doa?

Sape-sape yang tinggal area dengan tempat ni, kalau ada info tolong kongsikan disini ya.

Khamis, 24 Mac 2011

Video Badan Bayi Dijadikan Tempat Sembunyi Dadah

Dah lama rasanya Belalang tak berkongsi video dengan pembaca blog Belalang. Bukan tiada video yang best-best untuk dikongsi. Cuma saja memberi ruang kepada beberapa entry yang menumpukan kepada permainan SEO.

Ok kali ni Belalang nak kongsi satu video yang mungkin menyayat hati bagi yang menontonnya. Video ini Belalang perolehi melalui email. Menurut isi kandungan email tersebut, bayi ini menjadi mangsa penculikan di sempadan Mexico. Kawasan sempadan Mexico memang terkenal dengan aktiviti penyeludupan dadah.

Bayi dalam video ini hanya diculik beberapa jam saja sebelum dijumpai kembali oleh ibunya sendiri yang mencari anaknya disekitar kawasan sempadan itu. Apa yang berlaku kepada bayi wanita itu? Korang tengok sendiri la video dibawah ini.


Segala isi dalaman bayi itu telah dikeluarkan dan penjenayah memasukkan beberapa paket dadah dalam badan bayi tersebut. Sejauh mana benarnya cerita dalam email itu, Belalang tak pasti. Namun video ini memang betul-betul menyayat hati. Jagalah anak-anak anda sebaik mungkin.

Ahad, 20 Februari 2011

Video Apabila Minyak Naik Harga

Setiap kali kerajaan mengumumkan minyak naik, rakyat seperti kita pasti mengeluh. Ada yang hanya menggeleng kepala dan ada juga yang melatah dengan agak extreme sambil menyumpah-nyumpah yang diri ini nekad nak tukar kerajaan.

Minyak bukan saja penting kepada penduduk di Malaysia. Malah satu dia amat-amat memerlukannya. Hinggakan US sanggup berperang gara-gara berebut dan mencari stok minyak bagi negara mereka.

Seandainya harga minyak terus melambung tinggi pada masa akan datang, Belalang bercadang nak buat seperti apa yang dipaparkan dalam video di bawah ini. Selain jimat, Belalang juga dapat menjaga kehijauan alam sekitar kerana kurangnya pelepasan asap. Korang juga boleh lakukan perkara ini. Jom ramai-ramai kita gunakan cara ini pulak.


Amacam? Agak-agak boleh selesaikan masalah harga minyak naik tak? Selamat mencuba... Hee...

Rabu, 5 Januari 2011

Video Gambar Cicak Tekek Bersuara

Cicak tekek atau gecko menjadi buruan sesetengah orang sejak kebelakangan nih kerana harga cicak itu dipasaran terlampau la tinggi hingga ada yang mencecah jutaan ringgit. Belalang sendiri pernah menyaksikan proses jual beli cicak itu tidak berapa lama dahulu. Memang betul nilainya sanngat tinggi.

Tapi tahukah korang yang cicak tekek boleh bersuara? kalau tak caya inilah video cicak tekek bernyanyi yang paling hot. Ajaib betul. Tak caya cuba korang lihat dibawah nih...





Hahaha tak abis-abis lagi Belalang gelak. Banyak betul idea manusia nih...

Ahad, 2 Januari 2011

Video Burung Yang Pandai Meniru Bunyi

Kita biasa melihat sesetangah jenis burung akan mengajuk bunyi yang sering didengarinya seperti memberi salam, bersiul seperti manusia dan beberapa lagi patah perkataan yang mudah.

Memang seronok bila bermain dengan burung yang pandai berkata-kata seperti ini. Jika berjumpa dengan burung yang seperti dalam video ini tentu lagi best. Meh layan video nih dan saksikan betapa bijaknya burung ini menurut arahan tuannya.

Selasa, 21 Disember 2010

Video Trailer Merong Mahawangsa

Melihat pada trailer filem ini menyebabkan Belalang terfikir adakah filem bakal mengangkat industri perfileman kita ke setahap lebih tinggi? Memang terasa teruja sangat untuk menonton filem ini yang khabarnya akan di tayang di beberapa buah negara serentak.

Macam ni punya filem, kalau target kutipan 40 juta pun nampak juga la logiknya. Apa-apapun kita tunggu tayangan filem ini nanti. Kepada yang masih Belum mengetahui mengenai filem Merong Mahawangsa, dibawah ni ada video trailernya. Tengok dan nilai. Apa pendapatan anda?


Ahad, 19 Disember 2010

Video Bergaduh Yang Cool!

Sape sini yang tak kenal rajinikanth tolong jangan angkat tangan sebab Belalang tak nampak... Hahaha. Hero filem tamil yang memang style lah dalam setiap filem dia. Hingga sering kali watak yang dibawanya memberi kesan yang sangat besar pada peminat-peminat filem tamil contoh kawan-kawan India Belalang time sekolah dulu sampai tiru cara berjalan dan pergerakan Rajinikanth yang dirasakan cool.

Kali ni Belalang nak kongsi satu video dari babak filem yang dijayakan oleh Rajinikant. Korang yang tak pernah tengok sure gelak guling-guling. Dan bagi yang pernah tengok pula tentu akan senyum-senyum lagi lihat video nih. Jom-jom kita layan video bawah nih.

Isnin, 13 Disember 2010

OST 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' - Cinta Kristal


Antara lagu yang selalu jugak Belalang amik kalau ke karaoke. Memang best lagu nih. Penyanyi asal lagu nih Rahim Maarof. Namun Suara Awie dalam membawakan lagu nih tetap best dan punya style tersendiri. Memang layanlah...

Ahad, 12 Disember 2010

Video Budak Suka Lihat Hantu

Belalang rasa zaman akan datang anak cucu kita sure macam nih jugak sebab selalu sangat dah tengok citer hantu sampai dah tak takut hantu tapi dia takut tengok benda lain lak... Hee...

Isnin, 29 November 2010

Video Pengasuh Kejam Mandikan Budak


Pertama kali lihat klip video ni dua hari sudah  di Facebook, terasa sedih bercampur geram. Belalang jugak mempunyai anak yang rasanya hampir sebaya dengan kana-kanak didalam video itu. video nih telah di upload oleh oh! media.

Memang takde hati perut langsung pengasuh budak tuh. Rase macam nak lempang jer kalau jumpa. Kepada korang yang dah tengok klip nih, Belalang nak tanya apa perasaan korang? dan kepada yang belum tengok sila klik sini. Dah abis tengok tolong datang kasi pendapat sket pasal video tue.

Jumaat, 26 November 2010

Magik Pisah Badan

Semalam Belalang dah upload satu video magik keluarkan jantung dari David Blaine. Kali ni Belalang nak kongsi satu lagi video silap mata. Tapi kali nih bukan dari David Blaine. Magik nih dibuat oleh David Copperfield, bapak pada segala magik yang pelik-pelik.

Kita biasa tengok orang buat magik pisah badan dengan cara orang itu masuk dalam satu kotak yang sama panjang dengan badan dia. Pastu dengan menggunakan pisau atau apa-apa alat tajam potong bahagian tengah badan dia. Tapi yang david Copperfield buat nih lain sket dari yang biasa kita lihat. Lain yang macam mana? Ha, korang tengok sendiri la video di bawah ok.

Khamis, 25 November 2010

Video Magik Keluarkan Jantung

Siapa tak kenal David Blaine angkat tangan! Takde pun yang angkat tangan makna semua kenal la kan. Ala mamat yang suka buat sesuatu magik yang meremang bulu tengkuk bila tengok. Dia pernah tinggal dalam ais, berdiri atas tiang yang tinggi dan tanam diri dia hidup-hidup.

Belalang bukan nak cerita pasal dia lebih-lebih pun kat sini. Belalang hanya nak kongsi satu video talk show yang menampilkan David Blaine sebagai tetamu. Kemunculan awal David Blaine ke rancangan itulah permulaan sebelum dia dikenali seperti hari ini.


Psst... Korang percaya ke ini magik? Macam hardcore sangat je. Ke sihir nih?

Khamis, 28 Oktober 2010

Video Pelajar Di India Dipukul Beramai-ramai

Pertama kali Belalang tonton video ini adalah di blog ahfat raksaksa. Mula-mula sekali Belalang tengok, Belalang terus cakap "Wow! Biar betul diorang nih. Pukul orang macam pukul ular jer". memang dasyat video nih.

Kalau ikut dari penerangan video tue, perkara ini terjadi di India dimana pelajar hindu telah memukul pelajar yang beragama Islam. Sebab apa dan kenapa perkara itu berlaku takde pulak dinyatakan. Walau bagaimanapun tak kisah la agama apa, bangsa apa sekalipun namun perbuatan mereka itu memang tak berperi kemanusian.

Cakap panjang pun tak guna. Korang tengok sendiri la video nih yea.



Selasa, 12 Oktober 2010

Video Wanita Cina Rakam Polis Menyamannya



Belalang bukan nak tanya sape salah sape betul disini. Hanya ingin berkongsi video ini yang telah mencapai bilangan pengujunjung sebanyak 206, 234 semenjak tarikh video ini di upload pada 27 september 2010.

Menurut salah satu blog (lupa lak blog mane), pompuan ni disaman sebab bercakap hanphone tidak menggunakan hand free ketika memandu. Tapi perempuan ni cakap dia buat loudspeaker. Korang tengok jela video nih. Enjoy!

Isnin, 20 September 2010

Pasal Lembu Pun Boleh Jadi Lagu

Sebenarnya agak kekeringan idea Belalang kebelakangan nih. Tak sempat nak pikir ape-ape story yang menarik pun memandangkan masih ade keje-keje Belalang yang belum dibereskan lagi. Bayangkan keje yang Belalang terima pada hari pertama kita menjalani ibadah puasa, sampai ke hari ini belum dapat Belalang selesaikan. Mau hangin satu badan client Belalang tuh. Hee...

Disebabkan kepala agak serabut, badan pun letih, Belalang stop jap buat keje dan layan video-video santai supaya tak terasa tekanan keje sangat. Jom tengok video bawah nih. Walaupun Belalang yakin ramai yang dah tengok video nih, tapi ape salahnye sekali-sekala tengok lagi daripada biar badan stress dengan keje.

Enjoy yea dengan video nih...

Ahad, 15 Ogos 2010

Bau Mulut Orang Berpuasa

Sebenarnya idea nat tulis pasal bau nih datang lepas baca entry 'BAU' di blog MissXYZ. Kebetulan pulak tadi time blog walking Belalang sempat le nyakat 2-3 orang blogger pasal bau mulut diorang... Hehehe gurau je kawan-kawan. Mulut orang puasa memang berbau kureng sket...

Tapi time di sana nanti, mulut-mulut orang berpuasa ni la yang akan berbau harum mengalahkan harumnya bau kasturi. Jadi bersabar dan gembiralah kita orang-orang berpuasa dengan ape yang di janjikan olah Allah.

Ape-ape pun jom layan klip video dari kumpulan Project Pop nih dengan tajuk 'BAU'. Khas untuk kawan-kawan semua dan MissXYZ yang suka sangat bau macam-macam... Hee...

Ahad, 8 Ogos 2010

Soal Undangan Kau Memang Ku Lupakan...

Salam semua... Hari Ahad dah tinggal hujung-hujung nih. Esok dah kene back to work. Macam bosan je bila ingat esok nak keje. Kalau boleh hari-hari nak cuti. Hee...

Belalang Menghabiskan hari minggu Belalang dengan lepak kat umah je. Letih sangat sebab semalam satu hari ade event. Terkejar kesana-kemari kelmarin. Jadi arini memang niat nak rest jer.

Belalang pun tak nak pikir hal-hal yang rumit arini. nak biar otak jugak rest. Jadi Belalang buat entry simple nih dan letak satu link video yang memang kelakar. Mungkin sebahagian besar korang pernah tonton video lagu lawak nih. Tapi ape salahnya kalau rehatkan minda dan ketawa sket biar ilang stress memikirkan nak keje esok (baru pikir pasal keje dah stress?).

Enjoy this video. Pada yang belum pernah lihat klip nih, bersiap-sedia untuk gelak guling. Hayati setiap bait-bait lirik lagu nih. Sure tak kering gusi. Hee...


Rabu, 28 Julai 2010

Video Bergaduh Tengah High way



Video nih dah lame kat Youtube. Belalang jer yang baru tau kewujudan video nih. Saje je kongsi dengan korang kat sini. Cuba korang tengok betul-betul. Rakyat Malaysia nih memang sempoi betul. Boleh lalu jer tengok orang gaduh. Seb bek takde yang mati. Mungkin takut kene katok ngan kayu tuh gak kot...hee...

Ahad, 18 Julai 2010

Apabila Isnin Tiba

Isnin datang lagi? ala, nape lak tak setiap hari adelah hari minggu? Malasnya nak bangun siap untuk pergi kerja. Tapi dah memang hakikat hidup kena kerja. Tak kerja takde duit.

Pada anda-anda semua, Belalang ucap selamat bekerja yea. Kuatkan semangat untuk menempuhi satu lagi hari bekerja sampai le tiba pulak hari minggu lagi. Kerja la kita selagi terdaya bekerja. Dan ini satu video untuk anda Belalang sediakan...

Enjoy!

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com