Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 7 November 2010

Banjir: Hujan Berterusan Di Empat Negeri Dan Seorang Dikhuatiri Lemas Di Jitra

Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan yang cuaca mendung dan hujan akan berterusan di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu hingga Selasa ini. Perlis dan utara Kedah masih mengalami cuaca mendung serta hujan renyai-renyai dari semasa ke semasa dari awal pagi dan sebelah malam.

Hujan lebih banyak dijangka berlaku bermula esok petang dan malam terutamanya di kawasan pedalam, kata kenyataan jabatan itu. Namun, keadaan itu tidak akan memburukkan lagi keadaan banjir yang berlaku di Perlis dan Kedah.

Kelantan dan Terengganu pula dijangka mengalami cuaca mendung dan hujan berserta ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang dan malam.

Sementara itu seorang lelaki kurang siuman dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun ke dalam sebuah sungai berhampiran wat siam Jitra Tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Sawaluddin Hamenuddin berkata, mangsa Ahmad Hamizan Suhaimi, 24, dari Taman Seri Utama di sini dikatakan terjun ke dalam sungai itu kira-kira 12.15 tengah malam tadi dan dilihat oleh orang awam.

"Mereka (orang awam) terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu kerana mereka tidak sempat menyelamatkan mangsa disebabkan arus sungai tersebut deras." katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

**Dipetik dari Sinar harian, diolah kembali oleh Belalang.

5 comments:

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

kesian diorang kan...:( dengar nya ramai lagi kena pindah...

Zaer!! berkata... Reply To This Comment

2 la bro.tadi baru je tengok berita.bencana2.xpe,kita still lagi bertuah da boleh doakan mereka.huhu.;p

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

ramai kena pindah...abg ade kerja kt perlis..family semua bmbg ni..hurmmm..

Tomato Gurl's Life berkata... Reply To This Comment

ramai kena pindah...abg ade kerja kt perlis..family semua bmbg ni..hurmmm..

siti murni berkata... Reply To This Comment

kesian diorang kan...:( dengar nya ramai lagi kena pindah...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com