Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 20 November 2010

Aku Ratapi

Banyak betul kenduri hari nih. Kalau nak dikira kesemua jemputan sebanyak enam kenduri yang Belalang perlu penuhi. Tapi memandangkan kedai Belalang tiada pekerja buat masa sekarang, jadi Belalang hanya sempat penuhi satu jemputan kenduri.

Awal pagi tadi pukul 5 baru Belalang sampai ke rumah bersama Mrs. Belalang selepas selesai menyiapkan meja makan pengantin dan pelamin. Time cuti sekolah macam ni la nak buat duit lebih sikit. Letih badan tapi berbaloi.

Mesti korang kata blog macam ganas tapi rupanya 'pak andam' Belalang nih.... Hahaha... Nak buat macam mana. Mat metal pun kene cari makan jugak ye tak. Lagi-lagi dah berkeluarga lagi la nak kena kerja kuat cari duit. Buat la keje apa pun janji halal dan sumber yang diredhai.

Lagi pun mat-mat metal macam Belalang nih sebenarnya ada jugak kelembutan dia. Tak caya korang dengar lagu kat bawah nih. Dengar lirik yang puitis dan muzik yang mendayu-dayu dari As-Sahar nih, memang terbukti yang mat metal juga ada jiwa sentimental (macam Belalang...hee)




Aku Ratapi

hadirmu bagai awan berkala
yeri cetera mimpi
gemilangnya kita sejiwa
di bawah pepayung ungu
benakku mula goyah bercinta
padamu ku curah rasa cinta
aku di buai khayalan
kita di pentas peterana....
bila disinari kerdipan dian
aku percaya dikau ratna ku
masakan hatiku tiada tertawan
pada anggun satu wajah
yang menyerlah.....
aku ratapi satu nostalgia
kau lemaskan hati saliku ini
aku ratapi setiap pertemuan
masih lagi ku merasai cinta(dipintu hatimu)....
aku ratapi gelora kau curah
antara kita dimanakah asmara
aku ratapi dinginnya hatimu
menutup ruang tiada bisaku menabur raksi......
aku ratapi takdir kegagalan...........

10 comments:

Padin berkata... Reply To This Comment

hehe asalkan usaha, kerja kuat, rezeki akan datang dari sumber yang tak di ketahui, itu janjiNya hehee

chaiyok belalang,

tehr berkata... Reply To This Comment

pak andam rupanya belalang...
rezeki ada di mana2

JZ Business World berkata... Reply To This Comment

Belalang! Dalam hati ada taman.. huhuhu..

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

jangan sedih2 ye belalang..amik cik tom la jd pekerja belalang?hahaaha...

eiela berkata... Reply To This Comment

tak kisah la kerja apa pun, janji halal dan tak meminta-minta. Rezeki ada mana-mana je. Allah tuh kan pemurah.

Latest Entri : Lelaki dan Kanser Payudara

birakbatu berkata... Reply To This Comment

"Mat metal pun kene cari makan jugak ye tak. Lagi-lagi dah berkeluarga lagi la nak kena kerja kuat cari duit. Buat la keje apa pun janji halal dan sumber yang diredhai."

part tu yang aku respek anda bro.. muga dipermudahkan segala urusan kamu.. sukses selalu.. hehehee :)

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

mat metal pun manusia gak ye tak bro..ada hati dan perasaan..dalam hati ada fun fair gak..hehe

Tengkorak Emas...ha jgnlah takut dgn nama ni..baik orgnya..lembut hati..

Cik Su Life Cycle berkata... Reply To This Comment

aduih..jiwang seh

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

mat metal pun manusia gak ye tak bro..ada hati dan perasaan..dalam hati ada fun fair gak..hehe

Tengkorak Emas...ha jgnlah takut dgn nama ni..baik orgnya..lembut hati..

birakbatu berkata... Reply To This Comment

"Mat metal pun kene cari makan jugak ye tak. Lagi-lagi dah berkeluarga lagi la nak kena kerja kuat cari duit. Buat la keje apa pun janji halal dan sumber yang diredhai."

part tu yang aku respek anda bro.. muga dipermudahkan segala urusan kamu.. sukses selalu.. hehehee :)

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com