Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 24 November 2010

Risau Seorang Ayah

Membaca penulisan Mazidul Akmal diblog miliknya pagi tadi mengenai tingkah-laku remaja perempuan hari ini yang terlalu banyak kes lari dari rumah atau hilang, sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dihati Belalang. Sebagai seorang bapa, Belalang mula terfikir bagaimanakah agaknya nanti budaya atau trend semasa anak-anak muda kita dalam 10 tahun akan datang?

Gambar dari Google

Boleh dikatakan saban hari kita membaca tentang kes kehilangan orang. Ada yang berjaya ditemui semula dan sebahagian besarnya tidak ditemui semula. Entahkan hidup atau sebaliknya hanya Allah yang tahu. Sebahagian besar kes orang hilang di negara ini melibatkan wanita atas anak gadis yang berumur 14 hingga 17 tahun.

Bagaimana cara untuk membendung masalah ini? Belalang rasa tiada cara yang benar-benar berkesan untuk menyekat masalah kes-kes begini daripada terus berlaku dan meningkat saban hari. Generasi tahun 2000 bukan lagi generasi yang boleh diajar dengan rotan atau kata-kata nasihat yang berbunyi begini "jangan buat begitu nak", "Hah, kalau berani buatlah" dan "Kalau sayang mak ayah jangan macam tu ye..."

Mendengar pada perkataan 'jangan' itu pun sudah cukup untuk membuat mereka lagi la ingin mencuba. Ditambah pula dengan pergaulan bebas mereka samada di laman sosial ataupun rakan-rakan sebaya di sekolah. Jangan kata perkara ini tak mungkin berlaku dalam hidup korang. jangan kata background keluarga korang semua dari kalangan orang baik-baik jadi korang percaya anak-anak korang nanti pun tak akan terjebak dengan masalah begini. Itu bukan tiket untuk korang menarik nafas lega.

Kalau diperhatikan laporan-laporan mengenai mereka yang hilang ini kononnya sorang yang sopan, hormat keluarga, sembahyang tak tinggal dan bla bla bla lagi. Habis kalau sungguh tingkah-lakunya sebaik itu mengapa masih berlaku hal sebegitu? Perlukah kita menyalahkan kerajaan dalam hal begini? Ataupun didikkan keluarga?

Maaf jika topik Belalang kali nih agak berat. Tapi Belalang tak dapat berhenti dari berfikir hal sebegini. sebagai ibu bapa kita mungkin rasa kita telah melakukan sedaya-upaya kita dalam membimbing anak kita dalam proses kedewasaannya. Namun kita tidak dapat mengawal atau menentukan apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Kita hanya mampu merancang.

Apa yang dapat kita ibu bapa lakukan hanyalah berdoa dan teruskan membimbing anak-anak kita tanpa rasa jemu dan putus asa. Selebihnya kita berdoalah semoga segala tunjuk ajar dan didikkan kita dapat membantu anak-anak kita pada masa depan untuk memilih baik buruk hidupnya.

18 comments:

Unknown berkata... Reply To This Comment

ei..saya takut betul dengan ayah saya..
kalau ayah kata jangan..
maknanya jangan lah..
ei..jangan lah ingkar..
kalau tak nanti kecil hati dia..
erm..budak sekarang pada saya terlalu dimanjakan,..

contoh yang saya tengok la..
kat kedai mainan..ada budak kecil ni..budak lelaki..beriye2 nak kan permainan itu..tp ayah dia tak bagi..tp si anak tetap merengek nak kan mainan itu..sampai hentak2 kaki..meraung2..ouh tuhanku..sampai sekarang saya tak berani nak minta apa2 kat ayah melainkan benda2 yang perlu..saya ingat lagi..ayah saya hanya perlu besarkan biji mata dan body language je kat kami 3 beradik..masing2 dah faham..apa kehendak ayah~

Padin berkata... Reply To This Comment

emm perkara yang akan sentiasa di perdebatkan.. harap2 org yang terdekat dengan kita tak menimbulkan masalah,

LadyBird berkata... Reply To This Comment

salam pak belalang..
habis tu camne nak didik anak2 supaya jadi bagus..
takut betulkan kalau anak2 jd teruk..

Unknown berkata... Reply To This Comment

betul ke kata orang kalau betul cara mak bapak kita ajar kita,
betul la jugak cara kita ajar anak2??

zulkbo berkata... Reply To This Comment

salam...
aduh..sedihnya..
kemana lah anak-anak ini
sedih mak ayah...

iza berkata... Reply To This Comment

Salam..

Sedih kan kalau anak2 buat macam tu pada ibubapa...bukan hanya di bandar besar saja, di kg2 pun terjadi. Baru2 ni ada jgk si anak hilang sampai melibatkan polis. Bila dah jumpa, terpaksa la ibubapa menerima menantu walaupun belum masanya...
Nasib baik jgk jumpa...kalau hilang terus, lagi bertambah sedih.

Kujie berkata... Reply To This Comment

anak lelaki atau anak perempuan sama saja risaunya

Doa saja yang mampu apalagi selepas anak2 dah besar...dah 'ada kaki'

M a W a D D a H berkata... Reply To This Comment

hai belalang...

memang isu ni lah yang hangat diperkatakan sekarang...

kadang2 kalau borak2 bersama ayah dia cakap " ni zaman ni dah macam ni, nati zaman kamu lak camner..." huhuhu...

takut gak camner la di hari2 yg mendatang..kita tak tahu kan camner..hukhukhuk...

gnesop berkata... Reply To This Comment

cabaran ibubapa skrg..
dulu kita takut dgn bapa.. tp masa yg sama sgt respek..
tp skrg, anak2 dah tak hiraukan ibubapa..
adakah ini salah anak atau ibubapa?
bg sop kedua2 main peranan. skrg ini ibubapa pun terlalu bz dgn kerja hingga kurang perhatian kpd anak-anak..
anak2 juga terlalu pengaruh dgn budaya yg tidak sihat..

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

belalang ptt buat tips utk didik anak terbaik pasni..

nuriz berkata... Reply To This Comment

memang satu cabaran dan dugaan..zaman dulu tak sama zaman sekarang..apa lagi zaman akan datang..

aDfeez berkata... Reply To This Comment

siyes mmg takot... anak2 adalah anugerah...

Noor Fatin berkata... Reply To This Comment

dari kecik ayah sy xpenah manjakan sy. syukur sgt sebab kalau terlalu dimanjakan, mgkin skrg sy dah lama rosak dahh..

walau ayah garang, sebenarnya dia sygkan kita

Gayahspears berkata... Reply To This Comment

macam2 hal la skrg ni..hurm...
kdg2 bapak borek anak rintik...huhu

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

teruskan berdoa dan tak putus asa, kena juga selami ilmu motivasi dan psikologi supaya dapat tau serba sedikit apa yg dialami anak dan dapat memberikan panduan kepada mereka secara hikmah

tehr berkata... Reply To This Comment

topik yang bagus ni
aku nak bagi soalan lagi;

mengapa anak2 tak hormatkan ibu bapa?
apa yang telah ibu bapa buat selain dari cari rezeki dan sediakan keperluan?
disiplin ibu bapa macam mana pulak?

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

this post is very usefull thx!

Anonymous berkata... Reply To This Comment

this post is very usefull thx!

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com