Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 15 November 2010

Ego seorang Blogger

Kebelakangan ni kerap betul Belalang mengalami sakit kepala. Telan ubat tak sampai 4 jam dah telan lagi 2 ketul ubat. Tak tahan punya pasal Belalang dah beli ubat sakit kepala yang super power punya kesan. Ubat tue kena makan setengah biji ja dah memberi kesan. Kalau ambil satu biji rasa-rasa boleh terbang ke awan pe Belalang. Hahaha...

Tajuk entry Belalang nih macam something je kan? Ego seorang blogger? Blogger nih ego ke? Ok, meh sini Belalang nak cerita satu pengalaman yang Belalang kutip sepanjang Belalang berblog. Dalam pemerhatian Belalang, kebanyakkan blogger memiliki ego masing-masing. Dengan ego ini la membuat beberapa blogger menjadi dia unik dan kelihatan matang dalam penulisan dan juga maklumat yang ia sampaikan.


Maksud ego kalau dirujuk dari Kamus Dewan Bahasa edisi keempat bermaksud:




"persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya".



Belalang bagi dua contoh maksud ego blogger dari kaca mata Belalang. Ariff Shah pernah mengkritik atau menegur mengenai persembahan blog redmummy.com melalui contest yang red mummy sendiri anjurkan. Sekali imbas kata-kata Ariff Shah kelihatan pedas. Mengapa Ariff Shah seberani itu mengkritik Red Mummy? Ini kerana Ariff Shah mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Dia tahu apa yang dia perkatakan itu betul dan dia sememangnya arif dalam hal-hal itu.

Contoh yang kedua, entry yang pernah ditulis oleh tubelawak mengenai konspirasi fida aishah. Tube Lawak mengetahui yang Fida Aishah bukan calang-calang blogger kerana Fida memiliki peminatnya tersendiri yang berjaya Fida kumpul melalui penulisannya. Namun Dia tetap berani mengetengahkan beberapa fakta pasal Fida dan Belalang yakin, sebelum entry itu ditulis, Tube Lawak telah menimbang baik buruk perkara yang ia tuliskan. Namun bersandarkan atas beberapa fakta dan 'ego' Tube Lawak, dia berani juga mengetengahkan isu berkenaan. Itu juga dipanggil ego.

Maksud Belalang korang perlu yakin dengan kata-kata korang sebelum korang mempengaruhi orang lain untuk mempercayai penulisan korang. Perkara itu sangat penting. Sangat merbahaya sekiranya korang tak dapat menyangkal atau mejawab kembali soalan-soalan yang diajukan oleh pembaca korang berkaitan isu yang korang ketengahkan. Perbuatan itu akan kelihatan seperti korang mengada-ngadakan hal itu supaya blog atau penulisan korang menjadi sensasi. Lain la kalau cerita atau maklumat itu korang just copy/paste dari mana-mana sumber. Namun itu juga merbahaya kerana korang perlu mengsahihkan dahulu perkara itu sebelum korang mensensasikan hal itu.

Apabila korang sudah mempunyai keyakinan dengan penulisan korang, percayalah walau diasak dengan soalan macam mana pun dari pembaca, korang tentu boleh menjawabnya. Jadilah penulis blog yang ego. Bukan ego pentingkan diri sendiri tau. Tapi ego yang bermaksud mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan juga harga diri.

16 comments:

Azman Roslan berkata... Reply To This Comment

aku sering mengelak buat entri yang boleh mengguris perasaan orang lain.. heheh

Miss PIJAOSIX berkata... Reply To This Comment

kadang kadang segan nak tegur bloger lame..hihii tu ego ke?

iza berkata... Reply To This Comment

Salam...

Lama tak singgah sini...
Entry yg bagus ni...

bluedianthus berkata... Reply To This Comment

Sebenarnya ego sebegini dinamakan sebagai satu ego yang positif kerana ianya tidak memakan diri. Nice post and keep it up.

Unknown berkata... Reply To This Comment

kritakan ni kekadang bagus gak untuk memperbaiki blog supaya lebih baik...tp biarla membina

Padin berkata... Reply To This Comment

kritikan menbina untuk kebaikan bersama... yup, kena berasa yakin dengan hujah kita,tetap pendirian dan ego. yeahhh

RastaMat berkata... Reply To This Comment

erkk ego??
macam motor tu ke??
waakakakaka...

JZ Business World berkata... Reply To This Comment

belalang ego! sakit pala meh beli susu kambing bioherbs dari jz. gerenti baikk.. (jz ego dgn produk bioherbs ni sbb jz pasti keberkesanannya telah terbukti secara klinikal. tak caya leh tanya kementerian kesihatan). hehe..

n3 ni bes.. :)

one2paii berkata... Reply To This Comment

bagus entry lu bai..tp kadang2 senior nie xleh ditegur..ye la..depa bermula awal2 lagi dari kita..walau ape pun ..sama2 la kita tegur menegur..buangla egoo tuh..

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

belalang! good entry...terpana kak ct membaca nya..
err...kak ct blogger picisan...tkde ego..ekeke..boleh ker??

ASSOYFINGER67 berkata... Reply To This Comment

aku setuju kata one2paii tu,,,entah kenapa entri kao nie amat menarik dibaca..aku rasa macam nak bagi "A+" jer..huhu...blog aku blog santai...aku cuba tak memandai dan mesej aku secara am jer...cuma kadang2 mengguris perut korang jer..
apapun apa yg kao tulis nie memang best ler...macam makan roti gardenia...lembut dan berkhasiat..huhu(stop!)

HaN WarreN berkata... Reply To This Comment

huhuhu saya selalu wat N3 yang mengguris hati sendiri ;p

Aretikz berkata... Reply To This Comment

ego itu perlu.. tapi jangan di salah guna sahaja.. hehe.. apapapun.. en3 baik punya yg aku lmbt baca.. haha..

Aretikz berkata... Reply To This Comment

ego itu perlu.. tapi jangan di salah guna sahaja.. hehe.. apapapun.. en3 baik punya yg aku lmbt baca.. haha..

ASSOYFINGER67 berkata... Reply To This Comment

aku setuju kata one2paii tu,,,entah kenapa entri kao nie amat menarik dibaca..aku rasa macam nak bagi "A+" jer..huhu...blog aku blog santai...aku cuba tak memandai dan mesej aku secara am jer...cuma kadang2 mengguris perut korang jer..
apapun apa yg kao tulis nie memang best ler...macam makan roti gardenia...lembut dan berkhasiat..huhu(stop!)

POSH76 berkata... Reply To This Comment

kritakan ni kekadang bagus gak untuk memperbaiki blog supaya lebih baik...tp biarla membina

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com