Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 10 November 2010

Bola Sepak Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia Lawan Jepun

Selepas berjaya mengatasi Kyrgyzstan pada perlawan pembukaan, misi Malaysia untuk sekurang-kurangnya seri dengan pasukan Jepun tidak kesampaian.

Turun tanpa beberapa tonggak utama, seawal minit ke 25 jaring gol negara telah dibolosi oleh pemain Jepun, Nagai. Pertahanan Malaysia sekali lagi mudah dibolosi oleh pemain Jepun namun bernasib baik rembatan Yamamura sedikit tersasar.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit terakhir babak pertama dengan pemain Izzaq Faris cantik menerima bola lambung dan melakukan tandukan. Namun berjaya ditempis oleh penjaga gol Jepun.

Masuk babak kedua keadaan masih tidak banyak berubah dimana pasukan Jepun semakin rancak melakukan percubaan. Pasukan Jepun sekali lagi memperolehi peluang menambah gol kedua di minit 64 dan Yamaguchi tidak mensia-siakan peluang itu.

Tamat permainan dengan keputusan rasmi Malaysia 0 Jepun 2. Perlawanan terakhir, Malaysia akan bertemu pasukan tuan rumah iaitu pasukan China.

6 comments:

aRoL berkata... Reply To This Comment

ok lah tu kena 2 bijik je, pengalaman tu yang penting.

one2paii berkata... Reply To This Comment

nahsib kena 2 jerk ..kalo kena 20 camno..ok la tuh kan..pengalaaman

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

harap lepas ni pasukan negara boleh bangkit, perlu kuatkan semangat

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

sebenarnya tau dah nak menang mmg tipis.klu seri pun bernasib baik sgt...

cuma doakan supaya lawan ngan china nih bleh menang.

belalang hijau berkata... Reply To This Comment

sebenarnya tau dah nak menang mmg tipis.klu seri pun bernasib baik sgt...

cuma doakan supaya lawan ngan china nih bleh menang.

aRoL berkata... Reply To This Comment

ok lah tu kena 2 bijik je, pengalaman tu yang penting.

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com