Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 16 November 2010

Mereka Mungkin Lebih Mulia Daripada Kamu


Baru-baru nih ada satu video yang tersebar meluas di Facebook dan Youtube yang menunjukkan seorang penggemis dipukul oleh anak muda kita (melayu rasanya). Malas la nak upload video tue. Kalau korang belum tengok sila la selongkar FB korang atau Youtube.

Ramai yang memberikan respon kesal dengan kelakuan mereka yang dengan  bangga memukul dan merakam perbuatan mereka itu. Macam hebat jer buat macam tue. Hal itu telah mengingatkan Belalang kepada perkara yang dilakukan oleh kawan-kawan Belalang dalam beberapa tahun sudah. Lebih dasyat daripada yang budak-budak dalam video tue buat.

Kawan-kawan Belalang nih ada satu geng dalam 5 6 orang mereka semua. Mereka ni suka buat satu benda yang diluar tabii fikiran orang biasa. Suka pada perkara-perkara yang konon hebat dan mencabar la bagi diorang (padahal cam bangang). Dipendekkan cerita mereka akan beramai-ramai menaiki van salah seorang kawan, dan pusing-pusing keliling bandar Kulim. Korang tau diorang cari pe? Diorang cari mangsa diorang iaitu orang gila atau orang-orang yang tiada rumah. Kebiasaannya mereka memulakan modus operandi mereka sekitar pukul 12 malam ke atas.

Mereka akan pusing dan meronda hingga jumpa mangsa mereka, orang-orang seperti Belalang sebut tadi. Dan apabila sudah bertemu mangsa yang tidur di tepi-tepi kaki lima, mereka akan menghampiri mangsa dengan perlahan-lahan. Selepas tu ape jadi? Mereka akan membelasah orang gila tue tanpa belas kasihan! Pernah satu mangsa yang mereka pukul tue sampai mengalami pendarahan kronik dan tidak sedarkan diri.

Dalam satu lagi kes, mereka akan memaksa mangsa untuk menaiki van bersama mereka dan membawanya ke kawasan yang sunyi dan jauh daripada orang ramai. Biasanya kawasan hutan. Sesudah sampai disitu mereka akan menyuruh mangsa turun dan mereka tinggalkan mangsa seorang diri dalam kegelapan malam. Entah apa nasib mangsa itu. Terpaksa meredah gelap malam untuk mencari tempat-tempat yang ada orang yang jauhnya berpuluh-puluh kilometer. Setiap perbuatan jahat mereka akan mereka ceritakan kepada kawan-kawan lain dengan bangganya.

Sampai ke hari ni Belalang tak dapat fikir sebab mengapa mereka tergamak buat macam tue. Adakah sebab mangsa seorang yang kurang siuman dan tiada tempat tinggal? Mungkin mereka rasa orang-orang macam nih hina dan memang patut ajar macam tue. Tapi mereka terlupa yang orang-orang kurang siuman tiada dosa di sisi Allah bermula dari hari mereka jadi tak siuman tue.

Mungkin suatu hari nanti apabila kita semua dibangunkan disana kelak, orang gila yang mereka pernah aniaya itu bereda ditempat yang lebih mulia dari mereka.




Kepada semua pengunjung S.B.T
Belalang ucapkan selamat hari raya Aidil Adha.
Makan daging jangan sampai pening sudah.
Hee

11 comments:

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

sampai hati diorang bt camtu kan..huhu. takde belas kasihan, takde perikemanusiaan.

salam aidiladha bt belalang sekeluarga..

tehr berkata... Reply To This Comment

otak aku jadi heran serta merta
kenapa mereka pukul orang gila?
saja2 seronok?
moga2 mereka dah insaf sekarang

Apple berkata... Reply To This Comment

kejam lah diorang.
dari buad keje ta berpaedah,
cuba lah jd polis peronda ke.
lau ta layak jd sukarelawan ronda kg pun jd lah.
tgkap pncuri yg bersalah.

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

smpi hati wat camtu..dah buat boleh plk bangga..hampeh jek..hurm..manusia2..

Padin berkata... Reply To This Comment

peliknya hobi kawan belalang tu huhu

HaN WarreN berkata... Reply To This Comment

diorg ni perasan bagus je...ramai2 brani la blasah org..kalo sorang2 memang sume benda masuk kedalam...memang xde nilai perikemanusiaan tol..

Aretikz berkata... Reply To This Comment

Yarabi.. sampai mcm tu skali? ades.. dorang xtahu ka pula org gila ni golongan yg pree2 msuk syurga? huhu.. dari wat bnda tu.. bek wat amal.. hehe.. apapapun.. dun try this at street.. street fighter leh main la.. hehe..

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

sometimes, life is like wheel..and every action in this world will bear a consequence

iLa SaHaR berkata... Reply To This Comment

dah tengok video clip tuh.... budak2 tuh tak sedar di untung... jangan ingat dorg akan senang selama2 nya... adesss ter emo plak dah

iLa SaHaR berkata... Reply To This Comment

dah tengok video clip tuh.... budak2 tuh tak sedar di untung... jangan ingat dorg akan senang selama2 nya... adesss ter emo plak dah

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

sometimes, life is like wheel..and every action in this world will bear a consequence

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com