Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 20 Januari 2011

Isu Blogwalking: Kesimpulan Dari Semua Yang Berlaku

Ini mungkin entry terakhir Belalang mengenai isu blogwalking palsu yang meledak beberapa hari ini. Cukup la setakat ini saja Belalang bersuara mengenainya. Selepas ini Belalang hanya akan menjadi silent reader mengenai hal ini dan mungkin hanya membantu menyuarakan pendapat pada kotak komen kawan-kawan blogger yang masih berjuang menentang mereka-mereka ini.

Kesimpulan yang dapat Belalang nyatakan disebalik semua yang berlaku ini, kita semua tidak begitu bersatu hati dalam menentang mereka-mereka yang sentiasa menipu kita saban hari ini. Ada blogger yang secara terang-terangan mengatakan tak kisah pun dengan isu ini. Ada juga yang berkata isu kecil saja ini semua, buang shoutmix abis la cerita.

Untuk pengetahuan pembaca blog Belalang, seandainya Belalang tidak dedahkan hal ini, Belalang masih bisa mendapat trafik hari-hari melalui search enjin sekitar 100 ke 200 unik visitor. Trafik melalui blogwalking hanyalah satu lagi bonus kepada Belalang. Blogger seperti Belalang jika buang shoutmix rasanya tidak mengalami apa-apa masalah dari segi jumlah visitor.

Tapi bagaimana pula dengan blogger baru yang memang 100% masih bergantung dengan trafik dari blogwalking? Mereka ini terpaka berhempas pulas mencari trafik dari satu blog ke satu blog sebelum lahir menjadi blogger yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada blogwalking lagi. Sebenarnya nasib blogger seperti ini la yang cuba Belalang pejuangkan. Belalang yakin rakan-rakan Belalang seperti Pendekar dan lain-lain juga memperjuangkan nasib blogger seperti ini.

Kami boleh saja mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa jalan untuk menyebarkan hal ini kerana kami tidak bergantung pada blogwalking. Kami boleh saja melihat blogger-blogger baru ini dibodohkan oleh orang-orang yang mencari trafik sehala ini. Kami tak rugi apa-apa. Tapi sikap kasihan sesama blogger masih menebal dalam diri Belalang. Tak sanggup rasanya melihat kawan-kawan yang saban hari berkunjung secara jujur ke blog Belalang dibodoh-bodohkan sebegitu.

Andainya tiada penentangan terhadap gejala ini tidak mustahil pada masa akan datang tidak ada satu trafik pun akan kita dapat dari aktiviti blogwalking. Sebabnya? Sebabnya semua mengambil jalan mudah dengan gunakan software itu. Abis mana nak datang trafik?

Komen oleh seorang pembaca di entry sebelum ini


Itu pendapat terakhir Belalang mengenai isu blogwalking yang terjadi kini, Belalang suarakan di blog ini. Belalang yakin korang dengan pendapat korang pulak. Akhir kata semoga dunia blog Malaysia yang meriah ini tidak hilang serinya disebabkan oleh sikap tamak, pentingkan diri dan tidak kisah kita sendiri.


Entry Berkaitan Sebelum ini -


Bagaimana Penipuan Blogwalking Berlaku?


Blogwalking Palsu: Pendekar Masih Berpencak Silat

17 comments:

aDfeez berkata... Reply To This Comment

belalang... tula aD pun x paham knp masih ada yg nk sokong mereka nie... x susah pun kita minta.. just unfollow mereka balik.. sebgai tanda protes...
tp masih ada yang sokong...
bg aD iye..memang perkara da lepas.. tp x bermakna aD akan duduk diam sahaja...

tambahan pagi tadi aD siap berbalas shoutmix dengan salah sorg blogger disenaraikan tu...dan die x kisah pun kalo orang x dtg page die...
slow talk dah x jalan da... kalo btul nk kekang masalah nie.. tindakan seterusnya perlu di ambil..

just sharing my opinion,
thanks.

Admin berkata... Reply To This Comment

ulasan yang menarik belalang...good work...

Atia Qistina berkata... Reply To This Comment

sy blogger bru..jd sy x phm sgt isu nie..huhu..pe yg jd sbnrnya?

RastaMat berkata... Reply To This Comment

natang hape trafik tu??

hahahaha...

sudah2la pak belalang..
pasni kalau ade gak blogger buat macam tu, bgtau wa..
meh bagi ubat nanah telinga punya..
wakakaka...

Zeanne berkata... Reply To This Comment

dah kena tipu bulat pun,masih ada yg sokong tak taula nak cakap apa..huhu

tp yg dah minta maaf tu kira okla:)

Yuni Aisyah berkata... Reply To This Comment

xtau da nak kate ape...jd pemerhati lg baik..:)

RALAT berkata... Reply To This Comment

OK TUAN RUMAH. TEKNIK YG BAGUS. TAPI SEBENARNYA CARA INI TIDAK TERLALU TEPAT. KENAPA? SEBAB SCRIPT ANALYTIC YG DIGUNAKAN PADA GET CLICKY, HISTAT, NUFFNANG, MAHUPUN GOOGLE ANALYTIC BOLEH DI BLOCK MENGGUNAKAN SRCIPT BLOCKER, EDIT HOST FILE DAN BEBERAPA TEKNIK LAIN. BERMAKNA, KUJUNGAN YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG BERBUAT DEMIKIAN TIDAK DAPAT DIJEJAKI. JADI MUNGKIN BERLAKU SEDIKIT RALAT.

Kech Hidayah berkata... Reply To This Comment

skang kech pun memilih nak reply komen kat cbox tu.kalau dah betul2 kenal baru reply.kadang2 ade yang letak link tapi sebenarnya redict link.camne ntah.tipu jugak.kecewa sudah.memang tak mau reply trus.

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

AD: terima kasih bro dgn pendapat tu...

Tuan-Belog: yeke? terima kasih...

atia: baca entry2 sebelum ni ye

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

mat: ko nak berleter ke mat? hahaha bagus2...

anne: mereka x kisah mcm tu, nak kata pa lagikan?

yuni: itu lagi baik kan, x yah penin2 kpl...hahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

RALAT: terima kasih dgn perkongsian anda.mungkin benar kata anda cara itu mungkin x brp tepat. tp sepanjang belalang menggunakan ia untuk meneliti i.P orang, yang mana tiada d getclicky semuanya yang terbukti menggunakan cara salah dalam berblog walk...

lagi pun dari cara ayat yg dioranf tulis tu kita dah boleh agak org nih betul dtg atau tidak...

apa2pun terima kasih dgn pandangan itu...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

kech: klu belalang yg tggl jejak kech caye ke x? hahaha

gnesop.com berkata... Reply To This Comment

dah rumusan belalang?
harap selepas ni x timbul lagi blogwalking palsu ni

Unknown berkata... Reply To This Comment

haha..pasal isu plagiat pon sama..ada blogger yg kaki kipas, dok sokong blog plagiat..tah pape, penat je JT perjuangkan kat blog..tapi masih ada yg sokong diorg..sia2 je usaha..

Voting Kontest Tidak Lagi Relevan. Kesian Kat Blogger Baru.

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

hmm...TE boleh dikira blogger baru..tiada akaun facebook..hanya bergantung pada blogwalking dan twitterfeed sebaik entri dipublish, takde ping entri, semua blogwalking melalui komen dalam entri blogger..

dgn adanya shoutmix, blogger mybe boleh optimumkan masa blogwalking, tapi disebabkan TE takde shoutmix so tak adil pula kalau hanya menjengah shoutmix blogger lain

Tuan Penasihat berkata... Reply To This Comment

rentap jangan tersentap.
berjuang dengan semangat berjuang.
bersatu teguh bercerai........
(isi tempat kosong)
perjuangan yang belum selesai.
:)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny berkata... Reply To This Comment

jd mcm ksu senang..xpyh kejar traffic..xdaftar pon ngan nuffnang tu..just buat blog utk diari digital keluarga..dan bahan rujukan utk anak2 bila depa besar..hegege

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com