Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 27 Januari 2011

Belalang Nak Tukar Kerjaya

Masih kisah berkisarkan tentang balik ke kampung baru-baru ini. Sejak kebelakangan ni ayah mertua Belalang punya la rajin memotong getah. Kalau dulu hanya adik ipar yang selalu menoreh ayah hanya sekali-sekala, sekarang boleh dikatakan hari-hari mereka akan ke kebun bersama-sama.

Manakan tidak, pendapat mereka dari menoreh getah tiga hari boleh mencecah hingga RM600! Banyak tu. Kalau area-area Belalang tinggal nih, dah nak sama dengan gaji kerani Am biasa sebulan. Tapi ini RM600 hanya untuk tiga hari. Agak-agak sebulan banyak mana la income si penoreh nih.

Belalang pun mula la terpikir, kalau la Belakang umah aku yang sekankang kera tu boleh ditanam pokok getah, mau jer Belalang buat. Busuk pun busuk la janji masyuk. Jiran nak bising pun tak heran. Siap Belalang ajak diorang motong sekali. Hahaha...

Tapi apakan daya. Tinggal di kawasan perumahan taman mana la nak ada tanah sangat. Yang ada tu buat tanam pokok cili dengan serai boleh la. So, kepada yang keje menoreh tuh, rajin-rajin la turun menoreh sementara harga getah tengah mahal. Pastu hasil dari jualan tu simpan untuk kegunaan masa depan. Sekarang harga getah tengah mahal. Esok-esok kalau merundum jatuh, sekurang-kurangnya simpanan masa senang aritu ade lagi. Betul tak?

18 comments:

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

Bermandi keringat untuk mencari rezeki..insyaAllah rezeki diberkati..kalau TE pula ada tolong usahakan kebun kelapa sawit nenek he

Afikah Aziz berkata... Reply To This Comment

betul3...bek motong getah kn,gaji pun dah nk sama ng kerani hihi,kaya la lps ni penoreh getah....leh wat simpan utk g mekah ni hihi

Rain berkata... Reply To This Comment

rain nk ikot tokwan g noreh getah kat cglun..

then nk pkai minyak wangi xmo bg nyamuk gigit huahuaaaa

Lydia Miza berkata... Reply To This Comment

tapi kan belalang,LM tengok penoreh ni,bukan menoreh hari2 bila harga mahal..mana nak kumpul duit?

♥cikmOt♥ berkata... Reply To This Comment

sonok kan bila ada tanah tuk berbakti...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

TE: yeke TE? bagus la mcm tu. sawit pun masyuk jugakan? hee...

afikah: mungkin ini sedikit pertolongan dari tuhan kepada penoreh setelah sekian lama menoreh dgn harga yg rendah dan x menentu...^_^

rain: baguih sgt la tu...sat g nyamuk x mai, boipren pulak yg mai. hahaha

LM: a ah...xde la hari2 motong. tp 3 hari 600, klu 6 hari motong pun dah 1200. sgt lumayan bagi org2 kampung...

Padin berkata... Reply To This Comment

betul jga, pasl harga ni boleh turun naik, jadi jgn terlalu gembira sangat masa sekarang, ingat2 juga akan datang hehee

eiela berkata... Reply To This Comment

betul tuh, ramai yang menoreh sekarang. pegawai bank pun menoreh. tapi ade pasang surutnya jugak kan, especially time hujan, takde daun dan mcm2 lagi. janji berhemah, jangan dapat duit banyak lupa diri.

Latest Entri :
Pemakanan Punca Penyakit

+qasih nadira+ berkata... Reply To This Comment

kat kg byk tanah n pokok getah tua y terbiar.cume tak ada bajet nak upah orang buat.huhu~rugi2 biarkan tanah 2 macam 2 je kan~

ammboi berkata... Reply To This Comment

uihh..meriah cite pasal getah yer..
mentang2 ler harga getah dok mahal kan..
hehehe...

Pink Pearl Lady berkata... Reply To This Comment

tuelaaa.....
getah tengh mahal,
kalau bapak ppl ada kebun getah gerenti ppl pun mau pi motong,
nie pak ada bendg dgn kebun kelapa sawit jerrr.....

Ellen berkata... Reply To This Comment

yer la Belalang, sekarang income penoreh lebih besar dari gaji pengurus...hehe..tapi kat Sabah harga getah rendah sangatlah dari semenanjung..tapi still tinggi...mai g tempat ellen ada beberapa ekar yang ada pokok getah tapi tak der orang p menoreh..huhu

farhana sahri berkata... Reply To This Comment

aah..mg byk pulangannye...keje pn bpe jam je

Tuan Penasihat berkata... Reply To This Comment

nak motong ajak la skali. hehehehe..

nuriz berkata... Reply To This Comment

getah tgh mahal, ada org sanggup berenti keje sbb nak toreh getah

sepet berkata... Reply To This Comment

teringin nak gi menoreh.

hehehee..

mila berkata... Reply To This Comment

---------------------------------
ayah sy ade kebun kelapa sawit jer.huhuhu

Puan Besar Shag Yahaya berkata... Reply To This Comment

Sebulan 6k tu~ Pergh. Boleh beli kereta baru terus! Hahaha ;D

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com