Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 26 Januari 2011

Trafik Dari Matahaw Dan Magik Dari Gnesop

Alhamdulillah, Belalang sudah selamat tiba ke rumah Belalang setelah semalaman berehat di rumah mertua di Baling Kedah. Sejuk dan nyaman jer berada di kawasan yang terpencil itu. Malah time mandi pagi tadi bukan nak cakap tipu la, air kolah punya sejuk sampai rasakan seolah-olah mandi air dari peti sejuk pulak. Hee...

Di rumah mertua Belalang line Celcom 3G tiada. Jadi memang tenet teruk sangat. Belalang hanya buka tenet dan publish komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca-pembaca Belalang. Malah Belalang ada mencuba buka beberapa blog rakan-rakan Belalang, tapi hampeh... Lambat nak mampos.

Belalang terperasan sesuatu perkara iaitu hampir 30% trafik Belalang datangnya dari blog M@T@HaW. Sape M@T@HaW nih? Secara jujurnya Belalang baru saja mengenali M@T@HaW selepas membaca namanya di blog Pendekar Berkuda dan juga Chawi.

Dua hari lepas M@T@HaW datang ke blog Belalang dan menyerahkan friendship award. Selepas Belalang amik dan tempek banner itu di sidebar, bermulalah perkara ganjil yang Belalang katakan. Trafik dari blog M@T@HaW.

Trafik hari ini sebelum pukul 8 malam


Trafik seminggu...


Walaupun baru dua hari berkenalan dengan Matahaw, namun trafik dari blognya sedikit sebanyak membantu blog Belalang. Bagaimana trafik boleh banyak mengalir dari sana? Belalang tiada jawapan. Korang try tanya Matahaw sendiri. Satu lagi kalau korang tengok trafik yang paling banyak ke blog Belalang datangnya dari shoutmix gnesop.com sebanyak 305! Wah, macam ni kene slalu-slalu rajin tinggal jejak di shoutmix Sop la nampaknya.

Walau bagaimanapun Belalang mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua sekali yang sudi datang ke blog Belalang. Tanpa korang tiada la trafik untuk Belalang. Satu lagi sekarang nih Belalang dah jarang membalas jejak di shoutmix kecuali yang betul-betul Belalang kenal. Jadi kepada sape-sape yang baru jer menjejak kaki ke blog Belalang, Belalang cadangkan supaya korang drop komen di entry Belalang je ok. Belalang akan membalas jejak dari situ.

15 comments:

Pendekar Berkuda berkata... Reply To This Comment

wah...banyaknya nama pendekar berkuda di situ...miyahaha~!

Uji Hussein berkata... Reply To This Comment

Termasuk Cik Scarlettlah tu ye belalang sebab tiap2 hari Cik Scarlett masuk bawah tanah umah belalang ni.

zulkbo berkata... Reply To This Comment

salam..
kalau dah 305 dari SM sop..
bayangkan trafik ke blog dia
mesti ribuan sehari kan?

nuriz berkata... Reply To This Comment

tak pi tgk anggur ka belalang

ZWAN SABRI berkata... Reply To This Comment

Aiseyh, klaw camni, zwan pown nak bekenalan dengan cek Matahaw la.. HAHA

Azlina berkata... Reply To This Comment

blog saya pun trafik dari matahaw mmg mencanak! nk tunggu sebulan tengok trafik..

iza berkata... Reply To This Comment

Salam...
Ek eh, dulangdiyan.blogspot pun terlekat jgk sikit.hehe...
Selamat balik kg. La ni musim angin timuq kot, tu yg sejuk. Kalau dok kg, mesti tghari baru nak mandi....sejuk menusuk ke tulang..

Puan Besar Shag Yahaya berkata... Reply To This Comment

Ni nak ngorat Matahaw gak :P

Aretikz berkata... Reply To This Comment

Matahaw sememangnya berjasa, hehe.. saya dah lama xterjah tmpt dia, lepas drop komen, trus disuruh amek award, terbaiklah, hehe..

Rain berkata... Reply To This Comment

jom ngorat secara knvoi hehe(tiba2 je)

sepet berkata... Reply To This Comment

Hi matahaw .. awk adik beradik ngn mattafair kerrr ??


hahahhaa ..

hi belalang!
(marah lak tuan tanah ni kang) :D

gnesop.com berkata... Reply To This Comment

tahniah belalang...
huraian trafik yg mantap
byk trafik masyuk tu :)

mmg penting kita mengadakan hubungan yg baik antara satu sama lain dan saling promosi link..

terima kasih belalang

MrsYats berkata... Reply To This Comment

salam...
tahniah la belalang...mama pun bru je dpt award dr MataHaw..dan letak pun kat blog...
harap2 lepas ni mama punya trafik pun jd mcm belalang la kan..ehehe

Entri Terkini : Tips Mengelakkan Dari Penyakit Kanser

Unknown berkata... Reply To This Comment

byknyer traffik..
act..gadis xberapa tau la pasal trafic ne.. huhu
ajar la

JZ Business World berkata... Reply To This Comment

wah! tahniah belalang. jz dari blog matahaw ni n terbaca link belalang. trus klik ke sini. bagus ye en. haw ni. bro. sop pun sama. belalang pun. pendekar berkuda pun. alamakk banyak nama la pulak nak sebut ni. hehehe.. apa2 pun semuanya terbaekkk :)

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com