Blogger yang mementingkan trafik kebiasaan memang akan memainkan isu-isu yang sedang hot dan terkini bagi memenuhi permintaan para pengguna internet yang mahukan info mengenai berita-berita itu. Namun begitu kadang-kala korang mungkin akan tidak mendapat menarik pengunjung ke blog korang walaupun berita atau isu yang korang tulis tu tersangat la hot dan sedang dicari-cari oleh ramai orang. Mengapa hal ini berlaku akan Belalang ceritakan pada bawah entry ini.
Untuk menghasilkan tajuk yang tepat korang perlu menganggap korang sebagai seorang yang sedang mencari bahan atau berita yang korang ingin tulis itu.Sebagai contoh isu gambar Fasha Sandha berbikini yang baru-baru ini sangat hangat diperkatakan. Sekiranya korang peng'Google', agak-agaknya kata carian yang bagaimana korang akan tulis dalam kotak carian?
a) Gambar Fasha Sandha berbikini, atau
b) Betul ke cerita Fasha Sandha pakai baju bikini je dekat Bali?
Semestinya korang akan taip kata carian seperti (a) Betul tak? Fungsi Enjin carian ialah mencari kata-kata carian yang paling hampir dengan apa yang di taip oleh si pencari. Belalang beri lagi beberapa contoh dan korang cuba pilih yang manakah tajuk atau kata carian yang betul.
Isu Sosilawati
a) Sosilawati Mati dibunuh dengan kejam
b) Kasihan Sosilawati, tak sangka dia kena bunuh
Isu Bola AFF
a) Malaysia juara piala AFF 2010
b) Tahniah pasukan Malaysia, penantian sekian lama tidak sia-sia
Isu Karam Singh Walia
a) Karam Singh walia Hina Melayu
b) Kurang ajar punya Karam Singh Walia
Macam mana, sudah faham atau tidak? Ok sekarang Belalang akan terangkan mengapa terjadinya tajuk yang ditulis telah betul dan tepat dengan carian orang ramai tapi blog tidak tersenarai pada muka hadapan carian atau berada pada kedudukan yang tidak memberansangkan. Dalam mencari sesuatu isu atau berita, siapa paling pantas dalam mengeluarkan berita itu akan diberi keutamaan oleh enjin-enjin carian. Sekiranya korang lambat, maka sudah tentu susah untuk berada pada kedudukan yang terbaik di page search enjin. Sebab itu la kalau korang lihat blogger banyak yang berlumba-lumba ingin menjadi yang pertama menulis tentang sesuatu perkara yang berlaku.
Faktor kedua pula ialah berkaitan dengan Page Rank (PR) dan juga ranking alexa sesebuah blog. Katakan ada 10 blog yang menulis entry tajuk yang sama, maka enjin carian seperti Google akan memberi keutamaan kepada blog yang mempunyai PR yag lebih baik untuk berada di posisi teratas berbanding yang mempunyai PR rendah atau tiada.
Itu la serba sedikit pengetahuan Belalang mengenai menghasilkan tajuk yang betul dalam penulisan entry. sejujurnya Belalang masih lagi dalam proses pembelajaran tentang hal-hal begini. Namun Belalang rasa penerangan ini masih boleh dijadikan rujukan. Jika ingin menjadi blogger yang berjaya korang perlu rajin membaca blog-blog yang banyak infomarsinya mengenai dunia blog seperti Ariff Shah dan juga Kujie.
Kepada yang memang otai dalam hal-hal macam ni, apa kata korang tambah apa-apa yang kurang pada entry Belalang ini di kotak komen? Boleh juga kita sama-sama berkongsi ilmu tentang dunia blog ni kan. Ok, stop disini dulu. Malam ni mungkin tak online sebab nak balik kampung Mrs.Belalang di Baling.
30 comments:
tq nice info, akk pun baru buat blog.. masih sdg belajar., free jenguk le blog akak
Nic info!. tq. akak pun baru buat blog ..masih sdg belajar.dtg le jenguk blog akak..
http://mamaloveu-basma.blogspot.com/
aku x otai tapi aku nak tambah gak..hehhe..keyword pun merupakan salah satu element penting dalam SEO...i guess jer..hehe
sifu SEO ni..=)
seo ni untuk yang domain dot com je ke buleh??
Thanks belalang atas info ni, boleh gak bantu ellen memperbaiki ilmu yang ada sedikit dalam diri ellen...
bak ikut la care ni..lau search google tu tau la..tp lau tjuk entri, lame pk nk plh tjuk yg best
rasanya tajuk tu pun jangan begitu serupa dgn blogger lain (kalau dah buat entri tentang isu yang sama) tapi biar boleh mengena carian SEO, betul bro?
kak eiza: same2 kak...
rosliza: same2...ni org yg same dgn komen kat atas ke atas org lain?
Fred: semestinya element penting. mana larat nak blogwalking jer...hee
zack: sifu? pendekar la baru sifu...hahaha
cacing: xkisah sape2 pun bro.try la klu nak tau kesan dia.hee...
ellen: same2..belalang tgk blog ellen pun bnyk gak keyword.bagus2...
good info!perasan jugak psl keyword tu..
farhana: mana2 search pun same jer...
TE: ya, betul tu...tp lgi bagus klu tajuk tu kena 100% dgn yang org search kan?... TQ TE...
betul tu belalang..tajuk memainkan peranan perting jgk!
lynn: thanks...
mak: mak pun keyword power kan?hee
kak diana: err, xbrp paham la kak. mcm belalang ckp td la,klu blogger mementingkan trafik, sure mementingkan keyword jugak. x gitu?
salam..
info yg baik bt blogger bru cam aku..
mekaseh belalang.. kim salam kt pak belalang yer...hihi
eh eh kena blajor ni...
Kira nya kena up-to-date dengan berita terkini lah kan? Ohooo~ Kena belajar neh. Thanks for the info, Belalang ;)
mantop mantop nih hehe..lagu satu apa yang saya pernah baca, tajuk dan keyword yang betul dan mendapat hit yang banyak (atau mendapat klik yg banyak dari pencari berita) jugak mampu bersaing dengan blog yang sudah ada alexa yg paling rendah maksudnya blog yang dah terkenal. Google akan letak berita di page pertama jika hit(klik) berita tu banyak.
nice info belalang..thanks
:) :) :)
betul3x
tapi aku lebih suka ikut style aku ja.. tak kisah sangat
terbaeekkk!!!!
singgah dari mknace unlimited
salam..
nice info bro..
sekarang ni susah nak
jangka dengan google..
ada blog yang PR rendah
pun ada saya lihat di carian
google mengatasi PR tinggi
terima kasih..biasa wat tajuk sesedap rasa jer.
Nice bro, hehe..
maybe kreativiti pun penting juga dalam penulisan tajuk.. orang memang tertarik kalau tajuk tu ada lain sikit.. mcm gambar Fasha Sandha berbikini, kalau tulis Gambar Fasha Sandha berbikini : tipu? mungkin orang tertarik dengan yg lain sikit..
pastikan tajuk jangan panjang, kalau bleh jangan lebih dari 60 karekter tak silap, selain itu pastikan entri lebih dari 200-300 perkataan, itu untuk senang crawler mencri..
dan keyword dalam entri yg penting, biar perkataan pada tajuk, juga banyak terdapat dalam entri, memudahkan crawler detect dan paling kurang boldkan satu dua perkataan..
pergh ~ benda ni semua aku jarang buat.. kalau ada kurang atau silap, sila betulkan hehe..
nice sharing belalang..
menjadi org pertama memberi kelebihan dalam carian. biasanya perkara yg baru atau kurang orang tulis memberi kelebihan.
ping entry ke byk2 web atau bloh juga membantu..
Sangat mudah utk menaikkan trafik ke blog masing2. Dgn syarat kita perlu kreatif. Tapi yg tak best tu, byk blogger buat kerja mudah dgn copy dari laman akhbar online & tampal kat blog sendiri. Akhirnya kita baca cerita yg sama di bwh blog yg berlainan.
Salam..
Dari pemerhatianku, tak semestinya blog PR tinggi berada di page pertama. Google utamakan juga blog dot com dan keyword yg digunakan.
ooo.... betul la kadang2 punya teruk cari idea wat sesuatu entry tp hampeh jerrrr....
wow...!
menarik info ni belalang, hehee aku pon kadang2 je menjadi, sebab lambat nak update isu terkini, nnti dah update, cerita dah basi..
bee praktis tp setakat ni traffic dr bw jer..hee
Catat Ulasan