Mula-mula sekali Belalang tertarik untuk membaca hal ini apabila blog Saya Salah Ka? menulis entry bertajuk Ramai Blogger Dah Malas BW???. Selepas itu dengan tidak semena-mena si Pendekar Berkuda menghunuskan kerisnya lalu bertanya Siapa Blogger Tak Percaya Pada Blogwalking Itu??? Bawa Ke sini~!. Alamak, takutnya dengar. Kang tak pasal-pasal ade yang kena tikam ngan si Pendekar. Hahaha...
Bagi menjawab dua entry itu (walaupun entry tu tak kata pada sape-sape) Belalang mengakui yang sejak kebelakangan ini Belalang memang terlalu jarang melakukan aktiviti rutin harian Belalang di dunia maya ini iaitu blog walking. Bukan saja tak BW, malah Belalang publish entry pun dah kurang. Terlampau la kurang. Hal ini mungkin berlaku kerana beberapa sebab.
Hal yang pertama ialah kebelakangan ni masa untuk mengadap laptop agak terhad akibat sibuk dengan beberapa perkara. Tambahan pula dua tiga hari ni Belalang giler download movie seperti yang belalang tulis disini, maka Belalang memang akan biar laptop Belalang download movie sampai habis tanpa Belalang mengganggu kelancarannya. Takut sangkut time tengah download. Leceh nak kena start Balik.
Hal yang satu lagi ni pulak ialah akibat Belalang banyak menghabiskan masa Belalang dengan membaca entry-entry ke semua blog yang Belalang singgah. Pastu kalau perlu drop komen akan Belalang lakukan. Bayangkan semua blog yang Belalang singgah akan Belalang baca dulu pastu drop komen. Sudah la masa yang ada sangat terhad. Disebabkan itu maka terjadilah dalam satu hari hanya beberapa blog yang Belalang berjaya singgah dan baca.
Itu la sedikit sebanyak sebab mengapa Belalang tak BW. Bukan pasal merajuk atau fobia dengan isu auto BW (ade jugak sket-sket sebenarnya). Tapi arini rase macam ade semangat pulak nak BW dan update entry. Penutup dari Belalang, nak tanya korang pulak la. Korang terkesan ke dengan kes ABW dulu? Ke korang jugak kesuntukkan masa seperti Belalang? Drop komen sket...
Akhir kata dari Belalang jom-jom kita memeriahkan balik aktiviti blog walking yang kalau dilihat memang seperti hilang meriahnya kebelakangan ini. Dan kepada yang masih takut-takut atau fobia, korang memang patut baca entry Tuan Penasihat (Saya Salah Ka?) dan Pendekar Berkuda supaya korang bersemangat balik untuk BW. Hee
22 comments:
masih blog walking seperti biasa..selamat petang belalang
sama ler belalang...dah jarang BW sbb ms suntuk...klu xbusy baru akan start BW...
Same ajelah ngn SCC.
huhu.
syiokk bace blog org n drop komen dalam masa yg terhad..
sbb tu la kurang BW..huhu
hihi...hurm bgoih gak n3 ni..hurm
jmput sggh
sama la tu....jarang bw sbb malas...klu rajin masuk blog kekawan baca jer...sbb nak wat entri sendiri malas...
bw sini..:-)
bw kt blog belalang je. hehehe
saya pun dah jarang2 bw..
sibuk sebab mmg adat sesape yg bergelar student.. waktu cuti je rilek. 2 pun banyak keje.
lagipun alang bw, baca sekali dengan entry tu, kalau rasa nak komen, akan komen.
BW juga ...kengkadang dpt masuk byk blog dan kengkadang sikit jer...
Aiseyh, download movie apakah itu?
share2 la sket..
hehe
bw setakat yg mampu pon oke. at least ade effort die. kan. hehe
jika ada masa, pasti Sop BW..
cuma kadang2 sibuk yg melampau yg menyujarkan untuk BW..
entry pun kadang2 guna HP jer.. huhu
bosan2 pun kena bw gak tp setakat y termampu..
lama2 tgk blog pun naek juling gak mata...
kurang sikit la time cuti raya cina ni, semua pi bercuti kot, hari ni tak ramai rasanya yg blogwalking heheh...
bagi yang dah trafik banyak depa tak pe la tak blogwalking pun trafik mai mencurah2...syok kat depa nooo
kak siti blogwalking tiap kali ada kelapangan..insyaallah..
cuti2 ni memang malas nak bw...
setuju gila2 dgn entri ni!
eh, bukan! setuju sangat2 dgn entri ni!
aku slalu xda masa mau blgwalking.. tapi tetap mau blogwalking jgk.. huu
Jom Join Bloglist Burungman
Curi-curi masa buat blog walking walaupun sesibuk mana pun :-)
Ramai blogger menulis mengenai undang2, adat adap , larangan, panduan , analisa malah kadang² menjatuhkan hukuman dan dihakimi - tetapi bagi kak jie yang berblogging secara tradisional macam orang tua ni.... blogging adalah kaitan jiwa antara tuan blog dan blog mereka sendiri, kadang2 apa yang dicoret tidak difahami pembaca lain kerana pada asalnya blog dicipta untuk luahkan kata2 melalui tulisan - bukan penerimaan orang lain kepada blog itu sendiri.
kadang2 keliru dan tersisih dengan 'hala tuju' blogger sekarang
tetapi - prinsip kak jie masih spt dulu - blog adalah milik mutlak diri sendiri, selagi tidak menulis sesuatu yang melanggar hukum agama dan bangsa, prinsip rukun negara, kak jie tak akan rasa bersalah kepada orang lain kerana tidak melakukan apa2 kesalahan pun.
Kita selalu bercakap mengenai kebebasan - dalam kes ini semua pihak kalau betul mengamalkan kebebasan, kita akan terima apa juga bentuk, gaya penulisan, kehidupa online, layout blog org lain, peribadi online orang lain - bataskan antara dunia offline dan online.
Ambil yang positif untuk menjadikan kehidupan . Jangan keterlalaun menilai orang hanya kerana mereka tidak sealiran dengan kita.
belalang oh belalang...jom bw sama2 ngan keli oh keli... ")
oh tak sangka isu camni pun ade keluar..hehehe...
cik tom akui cik tom pun dah jrg bw..kalau bw pun mana smpt je..stakat ni masih cuba merajinkan diri sekurang2nya 1 entry sehari..siap2kan entry autopulish pd hukung minggu..bila terluang akan on9 utk bw..
cik tom jrg bw sbb busy n line berukband slow giler..
alamak!!
belalang terasa ker dengan entri TP tu??
sori bukan nak tuju kepada siapa2. hanya untuk dikongsikan bersama sahaja.
takkanlah TP nak kata kat SIFU pulak kot. hehehehehe.
apa2 pun TP nak ucap terima kasih sebab tolong promo blog SSK tuuuu..
bukan senang mentor nak promo blog anak murid.
tq tq tq tq..
Catat Ulasan