Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 5 Februari 2011

Krisis Rusuhan Di Mesir: Pejabat Al Jazeera Dibakar

Nampak keadaan tidak terkawal di Mesir seperti masih berlanjutan dan tiada tanda-tanda akan pulih dalam jangka waktu terdekat ini.

Terbaru Stesen Televisyen Al Jazeera telah dibakar oleh pihak yang masih belum dipastikan samada penunjuk perasaan atau kerajaan Mesir yang tidak menyukai rangkaian televisyen itu membuat liputan ke sana.

Baca petikan dibawah yang Belalang ambil dari Utusan online.

---------------------------------------------------


Stesen televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar mendakwa pejabatnya di Kaherah telah dibakar dan dimusnahkan oleh 'kumpulan samseng'.


Saluran berita itu yang diarah menghentikan operasinya awal minggu ini di Mesir, menuduh pihak berkuasa Mesir atau kumpulan penyokongnya cuba menghalang rangkaian itu daripada membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara tersebut.


"Rangkaian Al Jazeera telah melaporkan bahawa pejabat mereka di Kaherah telah diserang oleh kumpulan samseng. Pejabat itu dibakar bersama-sama dengan kelengkapan di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan

6 comments:

Udin berkata... Reply To This Comment

hurm.. semakin hari semakin teruk pergolakan kat Mesir ni..

faizalnizam berkata... Reply To This Comment

Buat masa ni mmg takde tanda-tanda akan reda. tp kita sedikit lega kerana ada pelajar yang dah selamat dibawa keluar dr Mesir. harap2 proses mengeluarkan mereka dari mesir selesai secepat mungkin dan harap konflik di mesir juga akan selesai secepat mungkin.

kaymama berkata... Reply To This Comment

Rasanya mesti yg pro Mubarak punya kerja kot sbb Mubarak kata "I actually blame certain friendly nations who have television channels, they are not friendly at all, who have intensified the youth against the nation and the state," dipetik dari berita cnn ari ni

Kaymama berkata... Reply To This Comment

itu penolong dia(Suleiman) yg cakap la sbb katanya media suka siar benda2 ganas,Mubarak pulak tuduh org islam yg menghasut pd keganasan.. itu menrut berita CNN la

~~su manje~~~ berkata... Reply To This Comment

semoga semuapelajar malaysia...
dapat pulang ke tanah air dgnselamat..
amin...doadari su manje

TenangSudey berkata... Reply To This Comment

moga rakyat Malaysia selamatlah.. moga kerajaan Hosni akan berakhir.. amiin

Jom baca Krisis Darurat di Mesir - Mengapa dan Bagaimana

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com