Apa pendapat korang apabila ada yang mencadangkan tempoh untuk seseorang PM berkuasa hanya lapan tahun? Cadangan itu telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu Datuk Ibrahim Ali.
Pada pendapat Belalang ada baik dan buruknya dengan cadangan had masa itu. Mungkin juga ia bergantung dengan corak pimpinan yang rakyat terima. Dan sekiranya pemimpin itu berjaya memenangi hati semua bangsa dan lapisan rakyat, tiada salahnya tempoh lapan tahun itu boleh dipanjangkan lagi.
Tapi risau jugak kalau-kalau terlalu cepat bertukar-tukar PM, akan merencatkan projek serta cadangan masa panjang sesebuah negara. Port folio menteri-mentri pun mungkin akan selalu bertukar-tukar. Mungkin saja itu semua.
Ini hanya pandangan Belalang yang sangat cetek pengetahuan didalam dunia politik. Mungkin korang ada pendapat korang pulak berkaitan cadangan ini? So, korang bersetuju atau tidak dengan cadangan itu? Sila jangan malu-malu untuk berkongsi pendapat ye...
**Tun. Mahathir juga ada memberi respon dengan cadangan ini. Klik sini untuk membaca padangan Tun.M
Khamis, 17 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 comments:
Nt susah nak hafal turutan PM sbb ramai gila PM kot. Haha ;D
Semestinya ada pro dan kontra. Yang paling sadis, part projek.. kalo tiba2 di berhentikan projek tu,kan bisa.. huhu.. malah dasar negara juga akan terabai.. huhu..
aku tak setuju
PM boleh berada kat atas tu selama mana pun asalkan mendapat mandat terbanyak
tak berapa setuju la kalau buat ada tempoh masa mcm tu mcm nak ganti sultan pulak..pm ni kalau yang adil dan masih diperlukan khidmta selagi tu la dia jadi pm, lain la kalau cam hosni mubarak tu..semua org dah tak suka, jadi paham2 je le
Catat Ulasan