Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 7 Februari 2011

Mudah.my, Mudah Ke?

Salam sahabat-sahabat sekalian. Apa Kabar? Harap semua sihat dan encem dan ayu-ayu belaka. Petang kelmarin Belalang selamat sampai ke rumah bersama Belalang Jr. dengan keadaan perjalanan dari Baling ke Kulim menyaksikan jalan tersangat la sesak dengan kenderaan yang kebanyakan mahu pulang ke bandar setelah cuti  raya Cina habis.

Lupakan hal di atas, Belalang nak bertanya mengenai membeli barang di internet lagi-lagi yang melibatkan mudah.my. Korang selalu tak gunakan mudah untuk membeli apa-apa barang? Belalang juga selalu beriklan disitu.

Dari tadi Belalang sedang lihat-lihat iklan mengenai menjual tv di sana. Belalang berhasrat nak angkat satu tv sebab tv kat umah nih dah nazak sgt dah. Dah survey tv-tv area Kulim nih. Saje je tiba-tiba teringat nak try guna kemudahan mudah.my. Tapi Belalang tiada pengalaman membeli barang-barang elektrik melalui mudah.

Jadi Belalang nak tanya pendapat korang-korang yang singgah blog Belalang nih. Ok ke membeli di mudah.my? Ada sape-sape ade pengalaman tak kena tipu ke atau korang sendiri yang selalu beriklan disana. Meh drop komen kat bawah nih. Kita share cerita sket...

6 comments:

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

bro, belum pernah beli lagi, setakat survey je, kena pandai cari mana yg murah dan bagus kualitinya

RastaMat berkata... Reply To This Comment

kalau nak, cari yang dekat2..
so kalau nak jumpe tokey tu dulu senang..
boley tengok barang depan mate...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata... Reply To This Comment

Tak pernah cuba plak beli brg letrik kt sana, kalau cari tutor ada la.

nuriz berkata... Reply To This Comment

kalau nak beli brg elektrik baik beli yang kat kedai boleh tgk brg tu ok ke tak, warranty dia mcm mana, kalau nak yg berkualiti le

kalau nak yg murah boleh le kot guna mudah ni,
tapi kesahihan brg tu ok ke tak belum terjamin..

tv ni pun ada hayat dia, dulu tv umah saya buat penat baiki baiki je asik rosak, last2 tak baiki le pi beli yg baru . kalau asik baiki ..kumpul2 kos baiki dah boleh beli tv sebijik.

iza berkata... Reply To This Comment

Salam...
Tak pernah pulak beli barang kat situ, jual brg ada la...

Kalau nak beli tv, beli je kat kedai elektrik, beli tv LCD dan set home theatre terus.hahaha....

Aretikz berkata... Reply To This Comment

Weehuu ~ bro, kawan aku pernah try beli dari sana.. dia beli system dvd keta, setakat ni, sana kira ok la.. aku pun pernah letak iklan rumah sana, sal mum suruh kan, hehe..

yang penting, untuk keselamatan, biarlah jumpa dgn tuannya, kira risiko kurang ^_^

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com