Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 14 Februari 2011

Tanam Anak Belakang Rumah: Kes Bunuh?

Hairan betul dengan dunia sekarang nih. Bukan saja yang tak berkahwin dan terlanjur yang mengambil jalan singkat dengan menanam bayi yang mereka tak inginkan, pasangan yang berkahwin juga sanggup melakukan perkara yang sama.

Tak dapat dipastikan pula mengapa pasangan suami isteri ini tergamak menanam bayi mereka yang kelima ini. Mungkin sesuatu telah mereka lakukan ke atas bayi itu hingga ia hilang nyawa?

Di bawah ini petikan berita yang Belalang salin dari Harian Metro.

---------------------------------


Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menanam anak kelima yang meninggal dunia selepas 10 hari dilahirkan di dalam lubang di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara, di sini, tengah hari semalam.


Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu disedari seorang jiran pasangan terbabit selepas bapa bayi berkenaan datang meminjam cangkul dengan alasan untuk menanam uri bayinya yang baru dilahirkan.




Jiran pasangan itu, Mohd Ashaari Ulong, 56, berkata dia mengesyaki sesuatu dengan tindakan jirannya itu kerana tiba-tiba ingin meminjam cangkul dan menanam uri sedangkan bayinya lahir sejak 10 hari lalu.


“Pada masa sama, dia tidak pernah mendengar tangisan bayi dari rumah jirannya itu walaupun tahu isteri jirannya sudah melahirkan anak,” katanya ketika ditemui, semalam.




Katanya, berikutan rasa was-was itu, dia enggan meminjamkan cangkul.




“Saya meminta anak buah saya meninjau kawasan rumah lelaki itu sebelum dimaklumkan ada kesan timbusan tanah di belakang rumah terbabit.


Lagi berita penuh disini.

3 comments:

Ismail N berkata... Reply To This Comment

Entahlah apa nak jadi dengan dunia hari ini. Yang jadi mangsa mereka yang tak berdosa jugak.
P/s: Bro, tolong pindahkan iklan ke sebelah kanan blog tak. Susah nak baca posting dan cari link untuk komen. Tq.

mila berkata... Reply To This Comment

dahsyat betul r... ape punya manusia la ni

selipar hijau berkata... Reply To This Comment

got no word to say..melampau kejam..anak sendiri tu kot,baby.comel.muke innocent habeh!sanggup ko ye?budush!

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com