Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 12 Februari 2011

Hosni Mubarak Letak Jawatan: Perjuangan Rakyat Yang Tak Sia-sia

Akhirnya Presiden Mesir Hosni Mubarak melepaskan jawatannya setelah beliau enggan berbuat begitu sebelum ini dari mula desakan itu dibuat.

Akhirnya sekali lagi dunia menyaksikan suara rakyat lebih hebat dalam menentukan hala tuju sesebuah negara. Dibawah adalah artikel berita yang Belalang ambil dari Utusan On-line

-----------------------------------------


 Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.


“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.


Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.


Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.


Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.


Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan

2 comments:

Ismail N berkata... Reply To This Comment

Samada ia baik buat Mesir atau tidak belum pasti lagi. Satu masaalah apabila peralihan kuasa dibuat tanpa proses demokrasi adalah ia akan set satu "precedent" - maknanya kekacauan dan ramapasan kuasa boleh berlaku lagi. Kedua, kita tak pasti juga penggantinya juga calon yg baik. Dalam banyak hal negara barat seperti AS akan menarik sokongan pemimpin sebegini apabila mereka tak berguna lagi.

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

ismail N: setuju dgn pendapat bro. pengambil alihan kuasa dgn cara gulingkan kerajaan lebih buruk dari cara demokrasi...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com