Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 12 Februari 2011

Dadah: Adik Pelakon Komedi Kena Cekup?

Agak sape la adik pelakon yang kena tangkap ni ye? Siap pernah memenangi beberapa anugerah lagi. Ayat yang tak berapa pasti. Abang dia atau adik pelakon tu yang menang banyak anugerah?

Korang layan sendiri jela petikan berita dari Harian Metro kat bawah nih-

----------------------------------------------


AMPANG: Adik pelakon komedi terkenal yang pernah memenangi beberapa anugerah ditahan bersama 12 orang ketika serbuan dijalankan dalam satu operasi dadah oleh Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di Lorong Bukit B2, Cheras Baru, kelmarin.


Dalam serbuan kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 27 tahun dipercayai adik pelakon dan pelawak terkenal itu ditahan bersama rakan-rakannya yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah. 
Difahamkan, polis yang melihat wajah lelaki terbabit mirip pelakon komedi itu kemudian didesak sebelum mengaku dia adalah adik kepada pelawak terbabit. 


Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, adik pelawak terbabit kini ditahan polis selepas hasil pemeriksaan mendapati dia positif dadah jenis ganja. Bagaimanapun, polis tidak menjumpai sebarang dadah bersamanya.

4 comments:

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

dadah musuh negara yg hidup dalam bayangan tanpa kita sedari, hinggakan org yg tidak disangka terjerumus dalam najis dadah

ZWAN SABRI berkata... Reply To This Comment

Aiseyh, tertanya tanya siapakah pelakon komedi tersebut..
huhu

.:padie_eyla:. berkata... Reply To This Comment

sapa eh.? ngoo. jejas populariti. eh eh

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

TE: kadang2 artis ni amik dadah sebab nak kasi kurang gemuruh atas stage.satu lagi klu yg recording lagu smpi ke pagi, diorang amik benda tu utk kasi mata x ngantuk...tp benda salah tetap salah.betul x?

zwan: belalang agak jela sape. tp biar benda tu sahih dulu la.kang jd fitnah pulak...hee

padie: agak2 sape?ngee

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com