Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 24 Februari 2011

Tips Mencari Idea Tulis Blog

Ape yang korang tenung screen komputer tu lame-lame? Dah la tak bergerak-gerak, mata pun tak berkelip-kelip dari tadi? Oh, takde idea nak tulis entry rupanya. Ingat ke mati celik tadi. Hahaha Cian korang. Meh sini Belalang nak share beberapa tips yang boleh korang amalkan untuk menulis entry setiap hari.




Tulis idea tersebut
Ini Belalang pernah terbaca dalam satu blog. Bila pikir-pikir balik betul jugak kita perlu catit idea yang datang tu sesegera yang boleh. Idea pulak kalau datang tak mengira tempat dan masa. Jadi seeloknya korang tulis jer kat mana-mana idea menarik korang tu. rasenyer tulis dalam henpon paling senang.


Banyakan membaca
Membaca memang dapat membantu korang untuk mencari bahan-bahan yang menarik untuk dikongsikan di dalam blog. Jadi carilah beberapa banyak bahan bacaan yang kena dengan konsep blog korang. Contohnya kalau blog korang berkaitan info gadget, baca la majalah-majalah yang banyak memberi info tentang gadget.

Search internet
Ini pun lebih kurang sama dengan yang atas cuma bezanya korang mencari info itu hanya melalui internet. Dah jumpa info yang korang cari tu jangan lupa bookmark atau copy simpan dalam pc korang. Kalau korang mencari berita terkini dan hot, selalu-selalu la jengah akhbar-akhbar online di internet.


Peka dengan sekeliling
Time korang keluar bersia-siar atau ada apa-apa urusan, cuba-cuba la perhatikan sekeliling korang. Mana nak tau ada perkara yang boleh dijadikan isi entry korang. Nak lagi best apa-apa kejadian yang korang saksikan tu, tangkap sekali gambar untuk dimasukan dalam entry.


Email
Kadang-kadang ada jugak email yang best-best telah korang terima dari kawan-kawan office atau sape-sape. Apa salahnya email itu korang pastekan di blog. Boleh juga berkongsi dengan pembaca korang.


Video
Ini yang paling dan paling selalu Belalang buat. Abis kuat takde idea sangat, korang try la godek-godek youtube. Untung-untung ada video baru yang masih belum ramai orang tonton.




Itu saja tips yang dapat Belalang kongsikan. Selalunya Belalang memang buat begitu dalam mencari idea menulis entry. sekiranya korang mempunyai apa-apa idea lagi, macam biasa drop di ruang komen ok...

26 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

nak tulis pasal belalang tempur la... haha

Unknown berkata... Reply To This Comment

kadang2 akak sendiri tak tau mana akak dapat idea tulis blog..
nak kata banyak baca pun tak jugak..
banyak tengok tv la kot..
layan drama2 ke..
heheh

Padin berkata... Reply To This Comment

ada satu lagi cara, banyakkan membaca tips menulis entry macam entry belalang nih wakakaaa....

woot woot berkata... Reply To This Comment

hahha..mekasih belalang !


tp gua buat semua tu pon skg susah nak dapat idea..hehe..


hah da taw care paling efektif nak update blog !


PLAGIAT je blog belalang ! ekekkekke

CikAizA berkata... Reply To This Comment

haha.. kadang-kadang ada benda ak tulis.. tapi jari plak malas nak menaip...kuikui...
nampak sangat pemalaskan

Lydia Miza berkata... Reply To This Comment

ok..tq belalang..plg mudah,sis copy je entri belalang..hihi

Mia Liana berkata... Reply To This Comment

apa pun mia kalau nak wat entri kena amik mood dulu... hehehhe... entri yang menarik ni...

cik-terompah berkata... Reply To This Comment

kalau tengah melangsaikan hajat dekat dlm toilet pun boleh dtg idea2 bernas..hahhahahha

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

setuju dgn semua tips2 belalang kasi tu...kak ct selalu cari info kat internet je...or majalah yg kak ct baca...:)

RastaMat berkata... Reply To This Comment

mimpi..

kpah k-poh Sharifahnor berkata... Reply To This Comment

bila ada idea..tak kena masa pulak...bila dah duk depan PC..semua idea dah kering..!!!!

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

cekodok:

silakan tulis...belalang akan bertepuk tangan gembira...huhuhu

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

diana:

belalang tgk kak mcm bnyk idea jer...ade je citer kak diana hari2...hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

padin:

sebenarnya entry ni ditulis ketika idea belalang semua sedang beku...wakakaka

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

padin:

sebenarnya entry ni ditulis ketika idea belalang semua sedang beku...wakakaka

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

woot woot:

nak plagiat? amik jer...ngee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

aiza:

yang tu xdak tips nak kasi rajin...huhuhu

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

LM:

sorg lagi nak curik karya ku...uwaa

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

mia liana:

xde mood mane boleh tulis ye x?betul sgt la tu...hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

cik terompah:

mmg pun...time tu idea paling bnyk...waakaka

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

ct:

bc entry kak ct best2 jer...nak kene berguru ngan kak ct lak pas nih...ngee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

rastamat:

mimpi? ok jugak kan...hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

kak pah:

klu mcm tu leh la cuba tips no.1 belalang kasi tu...

sud@is berkata... Reply To This Comment

oh bagus la idea belalang kongsi sini

tq belalang

Aretikz berkata... Reply To This Comment

Hehe.. Idea.. macam2 ada.. dalam banyak2 tu.. part membaca paling utama.. sebab ilmu paling bnyak datang dr pembacaan.. dan ilmu itu adalah idea.. yg pling bgus ilmu itu diamalkan.. maka menghasilkan buah.. dan buah itulah penyeri idea.. pergh ~ apa ayat madah berhelah kuar ni? haha...

farhana sahri berkata... Reply To This Comment

betol tu..hehhee....sume betol

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com