Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 29 Mac 2011

Anwar Ibrahim: Hidup Dan Mati Saya Di Tangan Allah

Ketua Umum Pakatan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan terbaru berkaitan dengan skandal seks terhadap dirinya dan akan terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

Beliau yang turut menyifatkan pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk
memecahbelahkan keluarganya berkata,  hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

“Kalau nak mati, saya mati bukan mati karier politik. Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . Malah, belum tentu UMNO-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia.

“Ujian ini tidak akan melemahkan semangat saya,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung dakwaan terbabit  Selasa lalu.

Anwar berkata, tuduhan tersebut berlaku kerana Pakatan Rakyat dalam usaha untuk mengambil pemerintahan negara.

“Jadi UMNO-BN sanggup lakukan apa sahaja cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

“Tetapi mereka harus ingat, rakyat yang mahu menuntut Putrajaya, dan PKR memperjuangkan hak itu” katanya semasa Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Beliau turut  menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru”  UMNO-BN dalam usaha untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

“Dia jaguh baru, tokoh akhlak baru yang ditonjolkan UMNO. Tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.

Dalam ucapannya, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.


Sumber: Sinar Harian

1 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

hahaha.. lawak la orang2 bodoh BN tu... sikap bodoh yang memakan diri...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com