Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 31 Mac 2011

Tarian Poco-poco Haram

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.

Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

-Sinar Harian

-------------------------------------------

Tak pernah terfikir pula yang gerakan tarian ini mempunyai maksud tertentu. Namun sekiranta majlis Fatwa dan kata haram, kita perlu terima keran hal yang berkaitan keagaan ini bukanlah perkara yang oleh diambil mudah.


6 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

dah lama tau mende ni.. orang kristian sendiri yang bitau.. asal filipina.. dipopularkan di indonesia... dan sekarang di gilai oleh kerajaan malaysia...

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

uitttt....ye ke nih...muhahaha..bagus..bagus..


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/masa-yang-sesuai-bagitau-mak-yang.html

Biey berkata... Reply To This Comment

taka sangka pulak sebab kat skul dulu slalu gak buat tarian nie.. jadikan senaman..

Do berkata... Reply To This Comment

Perak je ker yang haramkan? Takde la senamrobik poco-poco lagi kan.

iza berkata... Reply To This Comment

As salam..
Perak diharamkan tp muncul pulak yg kata tak haram..kompius2...
yg pasti, tak pernah lg menari poco2 ni..

RerameUngu berkata... Reply To This Comment

walaupun duduk 3 thn kat sabah (as it was where this tarian was known at), sampai sekarang tak tau pun nak buat tarian ni..hehehe..n thank god for that...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com