Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 27 Mac 2011

Siapa Belalang Hijau Perisik? Hanya Mereka Yang Tahu

Macam-macam jenis blogger yang ada di alam maya ni kan. Ada letak gambar diri dia sebesar-besar alam, mungkin mahu orang mengenali dirinya jika terserempak di luar. Ada juga yang gunakan nama sendiri sebagai URL blog. Senang untuk orang ingat kata mereka.

Belalang pulak lebih selesa dikenali dengan nama timangan Belalang Hijau Perisik dari blog Suara Bawah Tanah [dot] Com. Walaupun agak serabut isi blog ini, namun Belalang terharu juga kerana ada sebahagian blogger yang memang menjadi pengunjung tetap blog ini. Nanti Belalang listkan nama blogger-blogger ini sebagai tanda terima kasih Belalang kepada sokongan mereka.

Sebenarnya di antara blogger yang singgah ke sini, ada beberapa blogger yang pernah bertemu dan bersua muka dengan Belalang. Tak la seramai mana. Korang nak tau tak siapakah blogger-blogger yang pernah bertemu dan mengetahui identiti sebenar Belalang? Meh kita berkenalan dengan mereka...

--------------------------------------

Blog Ilham Nurry enterprise
Blog ini kepunyaan Puan Nurul Huda a.k.a Mrs.Belalang. Ini la blog suri rumah Belalang. Dah nama pun bini Belalang, sure la dia kenal sangat-sangat siapa Belalang. Hee...


Blog Padinno [dot] com
Padin la satu-satunya sahabat alam maya Belalang yang tinggal paling jauh pernah Belalang bersua muka. Padin juga satu-satunya blogger yang bertandang dan menginap di rumah Belalang sebelum Belalang hantar dia berkursus di Jawi.


Blog Saya Salah Ka?
Siapa yang tak kenal dengan Tuan Penasihat (TP) sorang ni kan? Sebelum TP mempunyai blog, Belalang dah memang kenal dia. Ini juga salah satu lagi blogger yang cuba mengetengahkan identiti 'misteri' seperti Belalang. Isi blog ini hampir menyamai blog Belalang dan baru-baru ini Belalang juga berjaya mempengaruhi TP untuk bermain dengan entry-entry yang mesra SEO dan Belalang berjaya mempengaruhinya! Hahaha


Blog Dunia Tanpa Bayangan
Ini blog anak saudara Belalang. Kalau lihat dari susun atur dan template, sure korang boleh agak ni blog budak-budak betul tak? Tepat sekali tekaan korang! Tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan UPSR. Harap-harap dia berjaya dengan cemerlang.


Blog Pink Pearl Lady
Pink Pearl Lady (PPL) adalah wife encik TP. Seperti juga TP, PPL pun terlebih dahulu Belalang kenal sebelum ke dunia blog. Blog personal dan juga sedikit tentang hiburan dan dunia artis. Dulu-dulu waktu mula-mula berblog, sangat aktif update entry. Kebelakangan nih macam sunyi sket dengn entry baru. Nape ek?


Blog  Bicara Mak Dara
Ahah, sape yang tak kenal Mak Dara yang sedang hot sekarang nih, bermakna korang memang jarang blogwalking (BW). Kalau korang rajin BW sure korang akan nampak nama Mak Dara. Sebenarnya Belalang dan Mak Dara mempunyai hubungan kekeluargaan. Mak Dara ni memang sorang yang hot tau. Apa yang hot? Sila ke blog dia untuk mengetahuinya ok. Ngee


Blog That Something Abaout Me
Empunya blog ini sepupu Belalang. Rasanya usia blog ini lebih lama jika dibandingkan dengan blog Belalang. Blog Personal yang mengisahkan tentang seorang ibu dan dua orang anaknya yang comel. Baru-baru ini adiknya empunya blog ini telah berjaya memenangi pertandingan untuk menjadi cover girl bagi majalah Cosmopolitan bulan april. Nak berkenalan dengan adik dia? Cantik woo... Kalau nak, korang kena berkenalan dengan kakak dia dulu. Hee...


Blog JZ Business World
Empunya blog ini sangat berminat dengan bisnes. Sebut aje apa jenis bisnes yang mendatangkan untung, sure dia pernah cuba atau mahu cuba. Info-info di blog Jz banyak yang menceritakan tentang bisnes dan juga kesihatan. Namun kadang-kadang terselit juga entry-entry semasa.


Blog Opida
Opida ni kawan Belalang time di kolej dahulu. Ibu kepada sorang puteri ni sangat ramah orangnya. Memang kepala best punya kalau lepak sekali. Blog yang menceritakan personal life hidup Op_ida. Bahasa yang digunakan sangat la santai.


Blog Elle elyssa
Seorang lagi sepupu Belalang yang menerjunkan diri ke dunia blog. Tak silap Belalang blog Elle yang ini adalah blog keempat kepunyaannya. Semenjak tahun 2007 lagi Elle telah berblog, cuma blog yang kali ini kelihatan lebih serius dan selalu di update. Kalau korang nak tau review mengenai filem-filem baru atau yang sedang ditayangkan di pawagam, sila la terjah blog ini.


Blog Sister's Little Diary
Ini kakak angkat Belalang merangkap bekas rakan sekerja Belalang di satu syarikat perumahan satu masa dahulu, Belalang panggil Kak Siti jer. Blog Kak Siti ni best, tapi Belalang tak suka pergi. Tau kenapa? Sebab Kak Siti suka review pasal makanan dan kedai makan. Giler kecur liur bila baca entry Kak Siti. Kak Siti kejam!!! Makan tak ajak Belalang. Pastu main tayang-tayang pulak. Hahaha

--------------------------------------


Sebenarnya ada lagi dua tiga blogger yang Belalang rasa mereka mengenali Belalang cuma yang Belalang review ini blog yang kerap Belalang lawati dan kerap juga mereka lawati blog Belalang. Terima kasih Belalang ucapkan kepada mereka kerana telah sudi menyimpan rahsia siapa Belalang Hijau Perisik. Ceh, bajet cam artis hot lak. Hahaha...

Tunggu apa lagi? Dipersilakan terjah blog-blog yang Belalang list tu. Tak rugi kenal dengan diorang nih sebab ada diantaranya sangat aktif berblog seperti Belalang. Kepada yang selalu bertandang ke sini, Belalang juga akan buat sesuatu kepada korang. Khas kepada korang yang sentiasa menyokong blog ini. Tunggu yea. Terima kasih di atas sokongan korang-korang sekalian.

37 comments:

kiz berkata... Reply To This Comment

eleh ekau ni belalang..kau bajet aku ni tak pernah tengok serangga yang namanya belalang je..hahaha..kat rumput depan rumah aku selalu belalang lepak..

kpah k-poh Sharifahnor berkata... Reply To This Comment

silap hari tu tak singgah kat kedai belalang...hmmm..masa akak lalu situ..kedai lum bukak..bila akak lalu on the way balik..kedai dah tutup..abis mcm mana???

Tuan Penasihat berkata... Reply To This Comment

hahahahahha...
belalang dah pecah rahsia siapa wife TP. hehehehehehhe...
ya kita tak tunjuk muka bukan pasai xmau glamour, tapi kalau tunjuk muka gerenti blogger lain x boleh carik makan.
hensem sangat. hehehehhe..

Rain berkata... Reply To This Comment

belalang panas yang bajet hot ahahhah..

rain jelessssssss!

kalu tak, masa kenduri abg rain haritu kita ada chance jumpa dah kan kan.. tapi xkan nk bwk topeng gak kan? ahahah..

belalang hot!

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

uiksss..nape yg rapat dgn belalang tu saya xkenal pun..hehe
oh lufe kita lain peta..ahakss

haii blalang ijau..

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/bloglist-lambat-update-entry-baru.html

Unknown berkata... Reply To This Comment

tu dia..
sedara mara semua blogger ye..
kalau jumpa time raya ka,kenuri ka,sembang pasai blog dak??
"hang dah cash out?"
"hang ada berapa be dah la ni..?"
ada tak macam tu??
hehehe

krole berkata... Reply To This Comment

wuahhhh terbaik!!!r...le singgah kat blog dorank ni ngee~

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@kiz

sorang lagi belalang lupa review...hahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@kpah k-poh

xde rezeki lagi la tu kak pah...xpe2 nanti kita jumpa...ngee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Tuan Penasihat

belalang x smpi hati nak tulis ayat tu d entry belalang...terima kasih la sebab TP tolong kasitau...

wakakaka

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Rainbow

itu la...mula2 ckp nak jemput belalang...

pastu pas kenduri baru teringat nak g tau belalang.x dapat belalang nak mencemar duli d rumah rain...

huhuhuh

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@qasehraihan

itu la gunanya review blog, supaya kita dapat berkenal-kenalan dgn blogger yang belum kita kenal...

hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@diana

kami ade yg dah lame x jumpa...ade yg d utara, ade yang d selatan.tap kalau jumpa mungkin jugak kot topik tu...

hahaha

Padin berkata... Reply To This Comment

hahaa, aku ingt lagi, anak ko tengok je aku mula2 terus nangis keh3...

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

pernah tengok belalang kat pokok bunga hehe, termasuk tak? XD

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

belalang bawah tanah gua belum penang tgk lagi.. hahaha

JMR berkata... Reply To This Comment

belalang oh belalang..

Rain berkata... Reply To This Comment

demi belalang, green carpet rela ku hamparkan.. rumput saja nnt ahahah..

hensem sgt ker TP ngn belalang ni..? seram dgr.

iza berkata... Reply To This Comment

As salam..
Tuu diaa...
belalang perkenalkan semua kaum kerabat dan sahabat handainya...hehe..bagus2.
Dlm dunia maya dan nyata ni 2 org je yg betul2 kenal diriku...

Pink Pearl Lady berkata... Reply To This Comment

bukan menyepi tp cuma tiada masa terluang,lagi pulak kebelakangan nie anak2 tak berapa sihat & mcm2 laaa...

Ellen berkata... Reply To This Comment

Wah..Tak lama lagi Belalang akan kenalkan identitinya...yer..suka..tapi ellen pasti akan ambil peluang jika ke Penang atau kedah nanti untuk bersua dengan Belalang dan keluarga Belalang...kalo hari tu dapat jumpa Belalang, sure dah masuk dalam entry ni..hahaha...apa pun Ellen harap agar persahabatan yang kita telah cipta dialam maya ini akan berterusan sampai bila2 ya...hehe

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@padin

belalang jr. nangis sebab x sangka leh jumpa blogger hebat mcm ko live depan mata...

wakakaka

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@tengkorakemas

hahaha itu adik kembar belalang arr...

huhuhuh

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Cekodok

cepat pegi korek tanah belakang umah ko...mane nak tau ade rezeki leh kita jumpa...hahahah

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@J.M.R

J.M.R oh J.M.R XD

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Rainbow

budak rain mmg...dah la x jemput dtg kenduri kawen dia.pastu boleh pulak mempertikaikan tahap kehenseman kami...

x patut, x patut....

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Pink Pearl Lady

hahaha

paham...paham...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Ellen

di alam maya, biarlah org mengenali belalang dgn belalang hijau perisik dan juga topeng kamen rider tu. tp d dunia nyata, xde hal klu sape nak kenal belalang pun...

aritu mmg dah dekat sgt dah, klu x leh kita jumpa. tp xpe... nanti klu dtg kasitau la belalang. bukan senang nak jumpa rakan2 blogger yang berada d sabah sarawak ;)

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@iza

yeke dua org jer? nmpk cam glemer jer...

hahaha

Uji Hussein berkata... Reply To This Comment

Segan nak jumpa Belalang.Maklumlah Scarlett ni siapalah nak banding ngan blogger2 lain.

Alcaponco berkata... Reply To This Comment

thanks belalang sebab includekan Elle kat sini. Elle kenal belalang dari kecik lagi. Korang tak kenal Belalang? Teruskan hidup diselubungi Misteri Encik Belalang.

Lydia Miza berkata... Reply To This Comment

tak kira walau tanpa wajah ukhwah tetap terjalin.tak kisah la belalang...sis tak ambik kisah,dan br tau TP punya isteri ada blog juga

Elie Lily berkata... Reply To This Comment

belalang ni dgn nujum pak belalang ada pertalian ke?
haha

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny berkata... Reply To This Comment

daku kenal belalang dejak dia dari dalam perut ibundanya lagik...penah mandikan belalang masa dia kocik2 dulu...skrg mandikan belalang...??? nak mamposhshhhh..hahahaha

Tuan Penasihat berkata... Reply To This Comment

@Ilhamny.com bagila mandi dalam sungai boleh apa. campak jer.
huhuhuhu.

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

Mekacih belalang..buat review ni..ekeke..rahsia belalang masih menjadi rahsia...hehe :)

owh..daku kejam kah??hihi...nak buek lagu manoo...asik tayang makan sebab hobi..hehe...belalang sabo banyak2 aje lah...

tehr berkata... Reply To This Comment

aku tak pernah jumpa sahabat blogger
walau pun aku selalu jumpa belalang
hehe

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com