Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 27 Mac 2011

Copy Entry, Kasi La Backlink...

Entah dah kali keberapa Belalang terperasan akan hal ini. Tapi malas nak pikir panjang-panjang. Dunia blog ni kecik jer, pusing-pusing jumpa orang yang sama jugak. Sori la Belalang membebel sket kat korang. Bukan salah korang pun tapi saja nak suruh korang amik tau. Ngee...

Dah beberapa kali entry Belalang di copy oleh blogger-blogger lain. Setiap kali Belalang terlihat hal itu, akan Belalang tegur blogger itu secara elok. Belalang anggap blogger itu mungkin blogger baru dan masih belum mengetahui apa itu backlink. Belalang tak suka pikir negatif pada orang.

Dan untuk kali ini secara rasminya Belalang nak berpesan kepada mana-mana blogger yang mahu berkongsi entry yang ditulis oleh Belalang, silakan. Tapi tolong la kasi kredit atau backlink kepada Belalang. Belalang pun penat-penat karang ayat sendiri. Kalau korang skroll blog Belalang hingga bawah sekali, korang akan terperasan yang Belalang memang dah tulis akan perkara ini.

Setiap penulisan Belalang adalah hak milik Belalang kecuali entry yang Belalang publish itu juga Belalang cedok dari blogger lain (semestinya dinyatakan dan ada backlink). Tak tahu silalah bertanya. Belalang bukanlah seorang yang kedekut dengan ilmu. Apa yang boleh dikongsikan akan Belalang kongsi.

Harap-harap selepas ini tiada lagi hal-hal sebegini terjadi. Mungkin hari ini Belalang tegur secara berhemah kepada blogger-blogger itu. Tapi jika suatu masa nanti Belalang jumpa blogger yang sama juga masih copy entry Belalang tanpa memberi kredit atau ucapan terima kasih, mungkin tiada lagi teguran sopan dari Belalang kepada anda!

Respect each other!



10 comments:

Unknown berkata... Reply To This Comment

aisey....

cacing berkata... Reply To This Comment

ermmm... harap cacing tak la tergolong dalam geng copy entry belalang tanpa back link....

Syazwan berkata... Reply To This Comment

stuju sgt! jgn sng2 amik entri tapi tak memberi pun sebarang kredit.

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata... Reply To This Comment

err..belalang..thanks sb bagi semangat tadi..betul tu..at least kita bagi penghargaan kepada org yang hasilkan entri tu.. =)

Kak Long berkata... Reply To This Comment

belalang..susah nak elakkan eh..sabar je lah..

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

uitttt..sape yg cedok tu???meh nk g piat tlinga dia..cikgu xajar xkenang jasa gtu..mmg kena bg backlink...ngehehehe...

hai blalang ijau..

Pejuang Kesenian Extreme berkata... Reply To This Comment

Sabar je la..itu memangnya adat kalau nak berblogging..mesti ada kes2 macam ni punye...

Anies Anessa berkata... Reply To This Comment

saya pnah back link belalang sekali masa kecoh pasai blogwalking pnipu tue...harap2 bkn saya org yg belalang maksudkan

Lydia Miza berkata... Reply To This Comment

diorang ni sedap main copy je...ingat kita taip entri main taram je ke?dah la kena karang ayat.5 minit x siap2...dia klik copy then paste.sungguh x der etika!

MiszCoMoT berkata... Reply To This Comment

ishhh...awat buat macam ni neyh....kalau copy tutetap copy..xyah nak kata nescafe ke horlick...hahaha ermm..yup..setuju ngn belalang!respect each other ^_^

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com