Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 22 Mac 2011

Jelajah asia 2011: Liverpool Dan Chelsea Datang Malaysia Julai Ini

Tentu peminat-peminat hardcore Liverpool dan Chelsea teruja dengan perkhabaran gembira ini. Dua pasukan liga perdana Inggeris ini akan singgah ke Malaysia dan berlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia. Baca petikan dibawah supaya korang lebih teruja dan tak sabar menanti. Hee

--------------------------------------------


Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.


Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011.


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.


"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.


Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.


Manakala pasukan ‘The Blues’ (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - Bernama

4 comments:

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

waaaa....best ni
kena g ni
me sokong liver
me sokong acchelotti
harus ready dr awal nih..hehe

kiz berkata... Reply To This Comment

MU tak datang ke..hehe..apa apa pun harap kita leh bagi yg terbaik semasa menentang team2 ni Malaysia Boleh

najihah sahami berkata... Reply To This Comment

wah!!!CHEALSEA!!ishh.....tetiba rasa excited nak pergi. padahal lambat lg tu. dannn...macam la dapat pergi..huuhuhuhu


nk tgk lampard....torres pon mesti ada kan?ehheee

zaza berkata... Reply To This Comment

lin dan xnak datang malaysia ke? hehe...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com