Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 15 April 2010

Terbalik!...

Kelmarin satu hari Belalang jenjalan dengan family Belalang. Dari main bowling, sampai ler ronda-ronda ke beberapa buah pasaraya. Kuar umah pukul 12 lebih, balik pukul 11 malam. Macam nak tercabut kepala lutut nih jalan.

Tapi kelmarin ade beberapa ensiden yang terjadi lain-lain tempat dan keadaan, tapi situasinya benda yang same. Apa yang dah jadi? meh Belalang nak kasitau…Hee…

Ensiden 1:
Jenjalan kelmarin, Belalang bawak sekali sorang anak kakak Belalang yang baru berusia 6 tahun. Time Belalang tengah main bowling dengan isteri and mama Belalang, kami terperasan yang seluar anak kakak belalang pakai tuh terbalik. Bahagian belakang seluar dia pakai di depan, yang depan pulak dia pakai ke belakang. Jadi Nampak pelik sikit sebab tempat nak zip seluar ada kat belakang. Yang depan lak jadi kembung sikit. Kami semua tak tolong betulkan pun sampai la balik umah…

Ensiden 2:
Isterii Belalang memilih beberapa helai baju untuk dibeli. Kesemua baju yang di pilih telah dicuba oleh isteri Belalang di fitting room. Dah abis isteri Belalang cuba dia pun kuar dari fitting room bawak baju-baju yang dia dah cuba. Sekali baru Belalang perasan yang baju isteri Belalang terbalik! bahagian dalam baju berada di luar. So Nampak la tulang-tulang jahitan baju tuh. Seb baik Belalang sempat tegur sebelum dia pegi bayar. Kalau tidak…keh keh leh…

Gambar contoh: Macam tue la terbalik baju wife dengan abah Belalang

Ensiden 3:
Sesudah sampai di rumah, Belalang, isteri dan mama lepak-lepak di ruang tamu sambil bercerita dengan abah Belalang pasal kami jalan-jalan tadi. Pas tuh Kami pun citer la sekali pasal dua kes kat atas tadi tuh kat abah. Rupa-rupanya abah Belalang pun buat perkara yang sama siang tadi. Abah kuar naik motor, pegi beli barang, lepak makan tengahari dengan kawan dia dengan pakai baju terbalik juga! same macam kes isteri Belalang. Abah hanya perasan time dah sampai umah nak salin baju lain! kwang,kwang,kwang!

Itu la tiga perkara yang berlaku di lain-lain tempat dan waktu tapi perkataan dia sama, ‘TERBALIK’. Orang dulu-dulu cakap, kalau pakai pakaian terbalik tanda nak dapat duit. So pas nih kaya le family Belalang sebab bukan sorang pakai baju terbalik, tapi sampai tiga orang sekali! kaya,kaya,kaya…Hahaha…

1 comments:

baby_busyuk berkata... Reply To This Comment

alaa kamek slalu pakai suar tebalik tapi tak kayo2 pon..:P.. nak gak kayo..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com