Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 25 Oktober 2010

Berakhirnya Zaman Filem VCD

Satu masa dulu sekitar awal tahun 2000 industri perfileman di Malaysia mengalami sedikit kemerosotan dari segi jumlah kutipan filem yang ditayangkan di pawagam. Agak teruk juga industri filem kita sebelum tu memandangkan ada beberapa syarat ketat dalam menerbitkan filem di negara kita yang perlu dipatuhi oleh pengarah-pengarah kita.


Sehinggalah munculnya satu idea dari seorang pengarah untuk menghasilkan filem didalam bentuk VCD. BLOK 404 (klik pada tajuk untuk sipnosis) hasil karya dari  pengarah Silver Chung dan skrip oleh Lim Chen Chen benar-benar mencetus satu fenomena baru dalam penghasilan filem di negara kita. Kebanyakkan pengarah berlumba-lumba untuk menghasilkan filem melalui CD atas faktor kos yang lebih murah dan syarat yang tidak terlalu ketat oleh pihak penapisan filem. Sambutan penonton terhadap filem yang bergenre seram hasil sentuhan anak tempatan waktu itu amatlah menggalakkan (masing-masing dah muak dengan filem tangkap leleh yang berlambak time tue).

Selepas itu industri filem kita kembali meriah dengan filem-filem dari VCD ini. Ada yang benar-benar berkualiti dari segi jalan cerita, ada juga yang tajuk jer gempak. Belalang juga pernah terkena tempias zaman ini hingga banyak juga VCD cerita seram yang Belalang kumpul antaranya Blog 404, Kem 505, Momok, Kelibat dan beberapa lagi judul CD yang belalang dah tak ingat namanya. Penghasilan filem melalui CD tetap juga rancak hinggakan menjadi lambakkan pula sebab ada sesetengah cerita CD nih langsung tiada orang yang membeli.


Dan akhirnya muncul sebuah filem dari Prof. Razak Mohaideen iaitu MISTIK (klik pada tajuk untuk sipnosis). Walaupun filem ini mendapat banyak kritikan yang positif dan negatif (negatif lagi banyak dari positif kot) namun kita harus akui filem ini pencetus pada kerancakkan industri filem kita pada hari ini. Dan kita harus berbangga kerana filem-filem kita kini semakin meningkat mutunya hingga ada di antara filem-filemyang dihasil pernah menerima anugerah dari festival-festival di luar negara.

Dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak penapisan filem negara untuk mana-mana pengarah menghasilkan filem yang pelbagai genre untuk tayangan layar perak, maka industri penghasilan filem CD pun mengalami kejatuhan malah rasanya tiada langsung mana-mana pengarah yang berminat untuk menghasilkan filem melalui CD.

Mengapa Belalang tiba-tiba membebel pasal hal nih? Sebab Belalang anggap itu sebagai satu fenomena besar yang telah berlaku pada industri filem negara kita dan tak salah jika dikatakan sebagai titik mula untuk perkembangan industri perfileman negara. Belalang masih terbayang macam mana Belalang ke kedai CD untuk membeli CD-CD ini. Dan apabila pulang ke rumah pasang dan tonton beramai-ramai bersama keluarga. Memang support produk Malaysia betul Belalang nih. Hahaha...

Korang jugak ada tak terkesan dengan zaman filem CD nih?

18 comments:

Unknown berkata... Reply To This Comment

d sbbkan zaman filem cd dlu bnyk cite seram, coco xlayan sgt. sbb penakut. hehehehe. =_="

nuriz berkata... Reply To This Comment

dulu zaman gawat pelakon nak berniaga vcd cari makan hehe..

belalang makan apa belalang??

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

ciktom suka tgk cerita seram lewat mlm..syok..hihi

p/s: belalang..smix xload..pesal ek??tnet ciktom ke slow..huhu..entry ben mana yg belalang ckp ada kena mengena ngan entry ciktom??xbaca lg..huhu

Mrs. Q! berkata... Reply To This Comment

zaman cd ni mse kie-yu kat asrama dulu
tp tgk mse siang jek
skrg dah kurang kan
maybe kalau difilemkan lebih untung
sbb publisiti pun bnyk
kalo cd plak skrg ni carik kt 4shared pun dah melambak
rugi!

tubelawak berkata... Reply To This Comment

lepas ni DVD pulak dipinggirkan.. zaman blueray pulak.. ahhaahha.. tak terfollow teknologi kan? laju ya amat

Unknown berkata... Reply To This Comment

yang paling best cerita salmah gebu..
ingat tak??
alah yang pelakon nye sheila rusly dan kumpulan xpdc...
kelakar je..

ain berkata... Reply To This Comment

belalang, blog belalang mmg xde ruangan chat box eh?

bdw, ain da singgah sini everytime belaalang singgah blog kami.

saje je nak gtaw kewujudan kami. hehe

ain xsuke tgk movie malay.

dulu tengok movie senario yang lame2.

yang terbaru ni tgk gak tapi da xbest.

movie afdlin shauki pon ok la jgk.

^_^"

Anak Lebah Comot berkata... Reply To This Comment

Dulu banyak guner cd samapi 2 keping klu cter melayu n inggeris...klu hindustan sampai 3 keping cd....tp skrg 1 jer kan...kan...kan....isitu DVD...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

coco: citer hantu makin bnyk tgk smpi dah xrase seram.jd lawak lak kadang2...huhuhu

nuriz: belalang nih x mkn daun tp mkn nasi...ahak...

ciktom: s/mix ok je tuh..

Ainna Jalil berkata... Reply To This Comment

dulu zaman tape, tukar pakai vcd now dvd, nanti mesti micro punya
tapi zaman paling best zaman tape,
rak tape macam rak buku dah, dulu enna buat sarung tape jadi bekas pencil enna, besaaaarr punya! haha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

kie-yu: d sebabkan filem kita ya g d tayangkan di panggung semakin mendapat sambutan,so filem cd mmg or dah lupakan...

crayon: yeah teknologi terlalu laju.belalang pun belum berpeluang memiliki blue-ray

diana: hahaha belalang igt citer tue.dulu2 mmg belalang die hard fan xpdc...giler ah citer tue.

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

ainbudakbaik: ade tue...cuba cari betul2

myhappiness: ade sesetangah cd tue smpi 3 keping pun ada.hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

enna: ha,betul2 umah belalang pun satu rak tuh penuh dgn video tape jer.smpi skrg ade lagi saki baki tape tuh walaupun x tgk...hee

tehr berkata... Reply To This Comment

akhir sekali segalanya menjadi sejarah
akhir2 ni syik ngadap blog je

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

bro, nama lain filem cd ni telemovie hehe dulu memang banyak telemovie, memang betul ada yg mengarut ada yg ok,

kini legasi cd diteruskan dvd, caranya..lambakan cerita telemovie dimuatkan dalam sekeping dvd..4 in 1 ke..sah2 pirate haha last2 tauke pirate juga untung tatkala pengarah2 berlumba-lumba buat filem

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

bro, nama lain filem cd ni telemovie hehe dulu memang banyak telemovie, memang betul ada yg mengarut ada yg ok,

kini legasi cd diteruskan dvd, caranya..lambakan cerita telemovie dimuatkan dalam sekeping dvd..4 in 1 ke..sah2 pirate haha last2 tauke pirate juga untung tatkala pengarah2 berlumba-lumba buat filem

belalang hijau berkata... Reply To This Comment

enna: ha,betul2 umah belalang pun satu rak tuh penuh dgn video tape jer.smpi skrg ade lagi saki baki tape tuh walaupun x tgk...hee

belalang hijau berkata... Reply To This Comment

ainbudakbaik: ade tue...cuba cari betul2

myhappiness: ade sesetangah cd tue smpi 3 keping pun ada.hee

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com