Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 11 Julai 2010

Teguran Kepada Kakitangan Kerajaan

Letih betul Belalang. Kebelakangan nih selalu sangat berulang alik ke Hospital Besar P.Pinang melihat perkembangan sahabat baik Belalang dimana dah dianggap seperti saudara kandung sendiri. memang menyedihkan jika dilihat keadaan kawan Belalang. Kemungkinan untuk hidup tipis dan sekiranya hidup, dia mungkin akan strok dan hilang penglihatan selamanya. Lagi menyedihkan hari berlakunya kemalangan itu, baru genap 20 hari kawan Belalang itu berumah tangga!

Punca kemalangan dipercayai remaja yang merempuh sahabat Belalang itu menunggang motosikal dengan laju dan tiada lesen memandu. Dan berkemungkinan juga motosikal yang ditunggangi remaja itu tiada lampu depan.

Belalang tak nak detailkan pasal hal kemalangan tuh. Tapi Belalang nak story pasal bagaimana layanan time nak buat report polis dan pengurusan hospital.



Selepas saja kemalangan berlaku, abang kepada kawan Belalang pergi ke balai polis Kulim untuk buat report. Tapi masalah report tak boleh buat pasal kena tunggu kawan Belalang sendiri yang datang buat report. Ok, fine... Kawan Belalang sendiri yang kena datang buat report mungkin itu memang prosedur polis. Tapi yang agak terkilan sebab polis tak terangkan dengan terperinci bagaimana nak buat pulak kalau kawan Belalang tuh tetap tak boleh datang sendiri buat report. sebenarnya jika keadaan orang yang nak buat report tue teruk, doktor yang merawat boleh mengeluarkan satu surat yang memberi tahu keadaan mangsa. Jadi dia boleh wakilkan ahli keluarga dia yang lain.



Yang kedua

selepas sahaja doktor mengeluarkan tempurung kepala kawan Belalang yang rosak tuh, sorang nurse telah menyerahkan tempurung kepala itu kepada salah seorang ahli keluarga kawan Belalang itu. Mereka mengambil tempurung itu dan terus menanamnya berhampiran dengan pusara arwah ayah kawan Belalang. selang dua hari pastu ada sorang doktor yang menanyakan tentang tempurung yang pernah nurse serahkan itu. Kata doktor tempurung itu masih boleh digunakan. Terkejut keluarga kawan Belalang itu sebab sebelum nih takde pulak nurse itu pesan apa-apa.

Moral of the story kat sini ialah jangan anggap orang awam paham dan tau dengan bidang tugas anda. Jangan ingat makcik-makcik atau pakcik-pakcik tahu dengan prosedur kerja anda. Professional sket. Ambil masa untuk terangkan sket apa yang perlu dibuat oleh mereka orang biasa sebab kami orang-orang awam bukan tau langsung pasal tugasan anda.

10 comments:

hamzah ian berkata... Reply To This Comment

pastu kwn tu camne?? tempurung kepale die takde la??

Zack Zaifull berkata... Reply To This Comment

kalau takde tempurung kepala, camana nak cover otak dia?

nuriz berkata... Reply To This Comment

tu komunikasi tak berkesan, dan tak profesional, kdg 2 cuai pun ye jugak

annazanariah berkata... Reply To This Comment

ish.. ish.. nurse tu cuai atau pun, doc tu yg tak terangkan kat nurse tu yg tempurung kepala still blh guna?
camne la boleh jadi camtu.. :(
apepun, takziah untuk kawan belalang.. semoga beliau cepat sembuh..

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

buat masa sekarang,tempat yg tebuk tu kosong takde ape2 cover.just kulit kpl.tp esok2 klu kawan Belalang sedar,leh gantikan dengan plastik kat situ.tp kos tinggi la sket...klu ade tempurung yg asal tue mybe kos murah sket..

Mohd Fadil berkata... Reply To This Comment

polis ni pun satu, kalau orang tu koma ker, lumpuh ker, patah kaki ker, macam mana nak buat report...takkan nak usung pakai katil hospital pergi balai polis..

Amyna berkata... Reply To This Comment

Ya Allah..
kalau ikutkan pihak polis lah kena p sana kan..amik keterangan. sebarang kes bukan boley d biar lama². ishh nih lah masalah. koje sambil lewa pun ada dorunk nih.. Gerams aihhh!!

Mrs. Q! berkata... Reply To This Comment

betul tu
setuju dgn belalang
mcm td kie-yu pegi JTN dpun terkena gak~

Mario berkata... Reply To This Comment

aku tak tau nak komen apa...sebab aku sedih klu bende2 camni...aku harap ko dan keluarga kawan ko brsabar dgn dugaan ni..

Fontonk berkata... Reply To This Comment

civil servant mmg macamtuh,
depa ingt kita paham kerja2 depa.

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com