Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 31 Disember 2009

Before 2010




                Kejap lagi 2009 akan meninggalkan kita dan 2010 menggantikan 2009 yang telah selesai menjalankan tugasnya selaku pelengkap hari, minggu dan tahun. Banyak kenangan yang Belalang tempuhi sepanjang dari awal tahun hinggalah hujung-hujung tahun nih.


                Tahun 2009 telah mengubah  hidup Belalang dan isteri. Jika sebelum nih kami menjalani hidup berdua, tapi dengan kehadiran Puteri sulong Belalang yang comel tuh, terasa lengkap dan menjadikan Belalang lebih gigih berusaha dalam mencari rezeki untuk keuarga.

                Belalang juga telah berjinak dengan dunia blog pada tahun 2009. Walaupun masih banyak kekurangan dan tak tau nak tulis apa (kadang-kadang), tapi Belalang enjoy menulis di ruangan milik Belalang ini.

                Selain itu banyak lagi cerita sedih dan gembira telah Belalang kutip sepanjang 2009. Ada yang telah dikongsi bersama di sini dan ada juga yang agak peribadi untuk dikongsi bersama sesiapa pun.



                Kepada anda semua yang pernah melayari blog SUARA BAWAH TANAH, terima kasih Belalang ucapkan. Belalang doakan semoga kita sama-sama akan memperolehi sinar kebahagiaan dan kuat untuk menempuhi kehidupan kita di tahun 2010. Sekali lagi diucapkan SELAMAT  TAHUN BARU

0 comments:

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com