Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 14 Mac 2010

TANGKAP SEMBELIH....

          Berita tv3 baru je report kes gitaris rock era 90an kena tangkap time nak pecah masuk rumah jiran dia. Kes yang lepas-lepas sorang band rock jugak curi dekat kereta dengan barang-barang dalam rumah yang di tumpangnya. Sebelum itu sorang mamat band rock jugak kene tangkap pasal mengedar dadah. Nakpaknya band-band rock kita sekarang dalam bahaya kerana masyarakat tentu memandang serong kepada.

          Media pulak seperti biasa akan mensensasikan benda yang dirasakan boleh menjadi duit. Cuba kita imbas apa yang pernah berlaku kepada scane underground dan bebudak band sekitar awl tahun 2000. Waktu tue mana-mana akhbar pun akan cuba mencari cerita pasal budak minum darah kambing la, tak boleh mengucap la, sembah pentagram, buat ritual dan ntah hape-hape lagi suma ada.

          Entah macam mana selepas itu perkara itu semakin dilupakan dan scene yang dulunya kecil tiba-tiba berkembang dengan lebih pesat dan meriah. Lebih meriah daripada sebelum kes itu meletup. Belalang juga pernah rasa tempias dan sengsaranya scene time tuh. Tapi sekarang Belalang bangga melihat perkembangan positif industri muzik kita especially bebudak D.I.Y.

          Tapi apa yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, agak meresahkan Belalang. Belalang takut apa yang pernah berlaku berulang semula. Mungkin skrip kali ini berbeza tapi hukuman yang diterima sama seperti waktu itu.

          So, kepada pejuang muzik sekalian tak kira la metal ke, heavy atau ska dan reggae, hati-hati dengan attitude yang kita tonjolkan. Jaga tingkah laku kita pejuang muzik yang jujur. Jangan sampai ruang yang masyarakat berikan kepada kita hari ini, di sekat kembali oleh mereka.

0 comments:

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com