Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 12 September 2010

Sosilawati Mati Dibunuh Dengan Kejam?

Berita Niteline TV3 (12 a.m) melaporkan Sosilawati dan tiga yang lain berkemungkinan mati dibunuh dengan kejam dimana mayat mereka telah dibakar!

Benarkah berita itu? Belalang sendiri tidak menonton siaran berita niteline sebentar tadi. Namun ada beberapa blog yang sudah menulis tentang perkara ini. Kalau tak silap di Twetter juga sudah ada yang memperkatakan perkara ini. Korang boleh merujuk berita itu dengan klik sini dan sini.

Sekiranya benar, Belalang benar-benar berasa sedih. Ini kerana setiap yang mengikuti berita kehilangan Sosilawati, semestinya mengharapkan yang beliau akan ditemui dalam keadaan selamat. Namun perkara sebaliknya pula berlaku. Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, keluarga mangsa terpaksa menerima berita yang menyedihkan ini.

Jangan dibiarkan manusia berhati iblis seperti ini terlepas! Bawa dan hadapkan ia kemuka pengadilan...

1 comments:

Admin berkata... Reply To This Comment

Assalamualaikum...

Jika sesuatu perkara itu ditakdirkan berlaku, ia tidak mengira tahap kedudukan seseorang sama ada dia kaya, tak kaya, baik, tak baik dan seumpamanya.

Kes sebegini adalah konspirasi vvip/vip yg terselindung dari pengetahuan dan pandangan orang awam, yg hanya diketahui oleh org2 tertentu sahaja.

Al fatihah untuk mangsa..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com