Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 8 Oktober 2010

Bangga ke? Bukan Patut Malu ke?

Sebenarnya ada something yang Belalang tertanya-tanya semenjak Belalang mula mengenali Facebook, Friendster, Myspace dan lain-lain laman sosial. Persoalan yang berlegar-legar dikepala ni takde la besar sangat tapi selalu membuat Belalang tertanya-tanya. Belalang selalu hairan dengan couple-couple yang kononnya sedang hangat bercinta.

Baik biar Belalang citer slow-slow ape yang Belalang tertanya-tanya tue:


1) Gambar profile atau album
Gambar profile mak aih! Punyalah dasyat. Mengalahkan yang dah berumah tangga. Malu nak citer secara detail. Tapi rasanya korang pun sure pernah terjumpa account orang-orang macam nih kan yang kalau boleh macam nak bagitau satu dunia yang aku sedang bercinta ngan polan si polan nih. Please jangan kacau boyfriend/girlfriend aku. Kalau tak nahas kau aku kejekan! Hee...


2) Status update
Status pula terlalu la memualkan...nak termuntah baca. Bermadah-madah... Biasa la ayat bunga-bunga dalam bercinta. Tapi yang jadi luar biasanya bila macam Belalang tulis pada nombor (1) tadi. Sampai nak bagitau satu dunia yang tengah bercinta tue apehal. Nak bermadah-helah hantar je sms. Same-same korang je yang tau. Tak kan sampai kat orang lain pun nak tunjuk ko romantik!


3) Hubungan
Berkahwin! Padahal kenal tak sampai pun sebulan. Tak tau nak komen pe.




Selalang Beberapa bulan lepas tue, perkara sebegini pula yang berlaku:


1) Gambar Profile
Tiba-tiba tiada lagi gambar boyfriend/girlfriend yang selalu je ade dengan dia di mana-mana gambar dia. Yang ada hanya gambar dia sorang.


2) Status Update
Tiada lagi madah-madah cinta. Yang ada hanya ayat-ayat cinta yang kecundang. Mana pergi janji mu?


3) Hubungan
Terus tukar menjadi bujang kembali.


Sekali lagi selang beberapa bulan lepas tu terjadi balik tiga perkara yang Belalang sebut mula-mula tadi. Kali ni dengan pasangan yang baru pulak. Kembali dapat dilihat gambar sedang laga-laga pipi, kau atas riba aku, aku atas riba kau dan macam-macam lagi aksi mendebarkan. Dan tidak mustahil selang beberapa bulan lepas tue tiga perkara kedua yang Belalang tulis akan berlaku pulak!

Dapat tak apa yang cuba Belalang sampaikan? Dah nama pun remaja, memang tak dapat lari dari cinta monyet. Tukar pasangan macam tukar baju. Tapi sekiranya memang dari awal dah terpikir tidak serius dalam sesuatu perhubungan, lebih baik la tak payah buat macam yang Belalang sebut paling atas tadi. Terutama pada kaum wanita.

Kawan-kawan atau saudara anda yang melihat tentu akan terpikir something jika tengok perangai anda yang macam tue. Kejap terpeluk dengan orang ini, kejap terpeluk dengan orang ini pulak. Sampai hubungan pun tukar jadi laki bini. Padahal tak confirm pun lagi. Bab pakaian jangan cakap la (untuk wanita), Belalang yang tengok pun macam nak terkeluar biji mata.

Jadi Sekarang Belalang nak tanya korang. Bangga ke buat macam tue? Bukan patut malu ke? Pesanan Belalang lebih baik hubungan yang tak tahu hujung pangkalnya lagi tue, simpan dan biar korang berdua je yang tahu. Abis kuat nak tunjuk juga, gambar yang di siar tue biar la yang sopan orang tengok. Jangan over sangat nak tunjuk hubungan korang. Sekurang-kurangnya esok-esok kalau putus pun, takde la kawan-kawan mengata sangat pada korang.

Jaga la maruah korang dan juga keluarga korang. Benda kalau letak dalam mana-mana laman sosial, memang sapa-sapa pun boleh tengok. Kawan ke, abang ipar kaka ipar ke, musuh ke semua boleh tengok dan mengikuti perkembangan korang di situ.

sebelum Belalang stop entry yang serabut nih, Belalang nak minta maaf kalau-kalau ada tulisan yang silap atau apa-apa. Tiada niat mengata sesiapa. Hanya menegur apa yang tak sedap dilihat oleh mata Belalang. Daa...

39 comments:

Padin berkata... Reply To This Comment

Belalang, profile pic aku ok tak? ngee...

haha tu la aku setuju, kekadang status tu terlalu......aih malas dah nak ulas. Dah A++ karangan belalang nih

Zaer!! berkata... Reply To This Comment

Hehehe.remaja sekrang mana ade pikir semua tu,yang penting hidop dorang appy bile bersama orang tercinta.Sanngup bagi nasik lemak dan buah palam secara free,tanpa pikirkan maruah dan harga diri.hurmm.

Walaupon zaer xterlibat dengan laman sosial ni,tapi zaer da nampak sangat perangai remaja2 luar sana.huhu

adwafarahin berkata... Reply To This Comment

haahaa da bese la bnd2 nie..mmg sgt2 setuju..nek muntah hijau tgk dorang nie..gaya mcm die sorang je ader kapel..ish ish ish malu2!

.:|kamaryeah|:. berkata... Reply To This Comment

setuju 110%....meluat pon ade gak bl tgk dorg tangkap cintan sgt nie..klo da suami isteri tue xpela...sdgkn yg da beranak pinak pon malu nk mcm tue kan...haih~

Masturah Idrus berkata... Reply To This Comment

agree with u..

sy pun ade someone. n sy pun tak heboh kat fb sbb mne la tau tiba2 hubungan tak menjadi. malu kot.

kalau boleh nk nikah cepat, takdelah terkena fitnah and mengumpul dose..

insyallah..

:)

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

hm kalau tak nak buat baik pun, jangan bangga dgn kejahatan/maksiat..mybe kebanyakan remaja sekarang anggap couple satu trend..sedangkan matlamat utama sebenarnya gerbang perkahwinan..bukan sekadar keseronokan nafsu..

CikSiti bukan Tikus berkata... Reply To This Comment

weheee...ni cik siti nak tegur bagi pihak yang menengok.. ulang taip MENEGOK budak2 ni berkepit..

ada ka pulak g puji dgn ayat gaban punya jelek...!!! "sweetnya korang', 'sama padan la", 'heee...romantisnya" bluwekkk.11

jgn bg galakkan boleh x? nyampah i, auuwwww....!!

Arisa Mihashi berkata... Reply To This Comment

bila malu sudah tiada.semua nak tunjuk.kalo boleh dorang nak bogel kat facebook.aku pon tak tau la nak kata apa belalang.manusia makin takde perasaan malu.couple tu dah nak mendekati zina.pastu siap leh bangga2 lagi.

shada wentz berkata... Reply To This Comment

setuju!
bukan nak ckp sy jeles dgn kebahagian org ke apa. cuma melampau sgt gaya diorang tu. adeyyy~ =.=

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

wah mantap giler entry belalang kali nie..cik tom setuju semua yg belalang cakap tue..budak sekarang memang camtu..benda takde hitam putih lagi dah tayang ke sana ke mari...pastu tukar pasangan macam tukar baju..kesian mak ayah diorang..

XYZ berkata... Reply To This Comment

bgs sgt entri ni tok mengingatkan org yg hangat becinta ohhh =)

Ellen berkata... Reply To This Comment

wah..belalang..ellen tersindir...hehhee...tak ler..sesuai sgt entry ni ngan copel2 skg...memang malu tu dah tak der makna buat mereka..yang penting ke siok an..hehe.

annazanariah berkata... Reply To This Comment

perhh.. entri yg best belalang..
hehehe.. penyampaian straight to da point! hehehe...

Aefa berkata... Reply To This Comment

setuju.. takde la jeles gn dorang tu. kdg2 nyampah jugak tgk. yg dah kawen okey jek pic dorg. xda la smpi pelok2 sana sini. yg couple ni plak lebih2. masa dorg bercinta, penin kepala baca status updates yg jiwang2. bila dorg putus, penin plak baca dorg sindir menyindir.. aiyaa...

nuriz berkata... Reply To This Comment

dunia dah terbalik..org yg lama kawen tak buat mcm tu, org yg couple melebih lebih pulak..

byk dah duk jumpa camni..zaman skrg kan

Izan Ishak berkata... Reply To This Comment

bagus n3 belalang kali ni. budak2 skrg ni makin merisaukan. nak tayang2 sumenya kat fb. yg dah lama kawen pun takdelah gitu~~

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

hahaha..betul2..

*tinggal jejak kat sini cz xleh pakai ur shoutbox (cume leh pakai cbox)

take care

XOXO
Bukan Cerita Tentang Dia

aman_arab berkata... Reply To This Comment

standard la bebudak zaman sekarang..orang kata buruk..dia pandang semua cantik..

Nur Hawa Mohd Zin berkata... Reply To This Comment

fb dan blog adalah awe punya so cerita pasal awe jerk..lagipun tak nak lah terlalu over bercinta..

Melati Qistyna's Mummy berkata... Reply To This Comment

huih, akk ske n3 belalang neh :P

pssttt, prifil pic akk ok x? :wink:

Ogy berkata... Reply To This Comment

mama setuju dgn entry ni..mcm tu lah yg mama rs..tp mama nk komen lebih2..takut derang ni terasa hati plak...hik3

Hazwan berkata... Reply To This Comment

tak boleh share kat fb bnda nih..hehe..best2

kakngah berkata... Reply To This Comment

kalau yg dh berumahtgga tu..
hal2 dlm kelambu pn nk heboh 1 dunia..

Cikgu Nurin berkata... Reply To This Comment

hhhmmm ada satu lagii..pas gambo gambo.....buang anak...tu la dia....

Thomas Lee/Lee Lip Pang berkata... Reply To This Comment

Dulu malu,tapi sekarang tak lagi sebab dapat menyorok di belakang laptop.

sud@is berkata... Reply To This Comment

dah byk komen kawan2 ..aku xtau ckp pa dah,aku setuju bangat ngan belalang..

aRoL berkata... Reply To This Comment

betul tu Belalang, budak2 ni entah2 apa-apa yang diorang fikirkan (sebenarnya tak berfikir pun)

Gayahspears berkata... Reply To This Comment

x bangga pon.. huhuhu.. sbb aku xde pkwe...malu jugak kt kwn bila kita xde pkwe..tp x kesah la janji ade kwn2 yg ley enjoykan kita..huhu

YOUsoF berkata... Reply To This Comment

betul. sepatutnya memang kena malu!

Jemanberagas berkata... Reply To This Comment

sekali belalang bersyarah la pulok....heee...aku sokong ko belalang...

Aretikz berkata... Reply To This Comment

Aduh.. Kira nak komen aritu, boleh2 gue terlupa.. haha.. point yang menarik bro.. memang makin hari makin teruk.. tidak dapat dinafikan.. dulu pun sya perna kapel.. tp xdalah nak pegang tgn.. jalan brdua ka.. cuma skrg sya xkapel. jmpa org nikah trus.. itu lg baik.. sal kapel tu buat dosa jak.. yg mmbca jgn tersindir ya.. haha.. apapapun.. good entri. hehe..

JZ Business World berkata... Reply To This Comment

hmm.. tiada yang benar melainkan benar-benar belaka.. tak tau nak komen apa sbb suma yang belalang listkan tu benar-benar buat jz benar-benar terkedu dan terfikir kembali smua mukabuku yang pernah jz lawati anak dara/ anak teruna ni lebih daring dari yang dah benar-benar berkahwin..

Eyka berkata... Reply To This Comment

sgt2 stuju..thnx tw dtg blog eyka..love sgt background blkg 2..hidup suara bawh tanah!! yeah! hehe^^

Lydia Miza berkata... Reply To This Comment

salam..betullah remaja sekarang..semakin pelik perangai diorang.lum kawen ngaku dah kawen..hahaha.putus cinta terus wat status diri janda..eii malu akak.patutlah akak kawen awal dulu..sbb malas benda2 cam ni kot..

penaberkala berkata... Reply To This Comment

terbaik belalang
nice one

tq singgah
salam kenal

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata... Reply To This Comment

salam..betullah remaja sekarang..semakin pelik perangai diorang.lum kawen ngaku dah kawen..hahaha.putus cinta terus wat status diri janda..eii malu akak.patutlah akak kawen awal dulu..sbb malas benda2 cam ni kot..

penaberkala berkata... Reply To This Comment

terbaik belalang
nice one

tq singgah
salam kenal

Ellen berkata... Reply To This Comment

wah..belalang..ellen tersindir...hehhee...tak ler..sesuai sgt entry ni ngan copel2 skg...memang malu tu dah tak der makna buat mereka..yang penting ke siok an..hehe.

Zaer!! berkata... Reply To This Comment

Hehehe.remaja sekrang mana ade pikir semua tu,yang penting hidop dorang appy bile bersama orang tercinta.Sanngup bagi nasik lemak dan buah palam secara free,tanpa pikirkan maruah dan harga diri.hurmm.

Walaupon zaer xterlibat dengan laman sosial ni,tapi zaer da nampak sangat perangai remaja2 luar sana.huhu

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com