Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 21 Oktober 2010

Rozaliya Ditemui Di Kuala Lumpur

KUANTAN:Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di sini 13 Oktober lepas ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner (ACP) Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati wanita itu ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga.

Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai," katanya kepada pemberita di sini Rabu malam.

Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini dilapor hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini, Rabu lepas.

Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar bersama tunangnya Mohd Hilmi Mohd Nor, 24, yang menjemput gadis itu di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi dan dia dilapor hilang selepas menghantar SMS kepada tunangnya di sebuah pasar raya di sini.

Mohd Jasmani berkata bertindak atas laporan polis mengenai kehilangan gadis itu yang dibuat pada pukul 10.41 malam Rabu lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan Rozaliya.

Hasil laporan media dan gambar yang dikeluarkan, polis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12 tengah hari tadi yang memaklumkan gadis itu berada di Bukit Bintang, katanya.

Beliau berkata Rozaliya tiba di Kuantan kira-kira pukul 8 malam ini dan disambut oleh saudara mara dan keluarga tunangnya, Mohd Hilmi Mohd Nor.

Ayah Rozaliya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata dia amat gembira dan lega dengan kepulangan anaknya itu dan akan mengadakan majlis kesyukuran.

Sumber - BERNAMA

8 comments:

Dhiaqiud berkata... Reply To This Comment

mcm2 hal..ni mst kes kawen paksa..

Oong-ong berkata... Reply To This Comment

manyak olang update pasal ini cite woo

darkbatman berkata... Reply To This Comment

rsnye selain dr xnk kawen, budak ne nk hidup bebas..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

org cantek susah lahh..haha..

Unknown berkata... Reply To This Comment

cun kan dat gurl...cuma tindakan die je yg tak cun....

Cik Jari berkata... Reply To This Comment

cun kan dat gurl...cuma tindakan die je yg tak cun....

darkbatman berkata... Reply To This Comment

rsnye selain dr xnk kawen, budak ne nk hidup bebas..

Oong-ong berkata... Reply To This Comment

manyak olang update pasal ini cite woo

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com