Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 18 Oktober 2010

Janin Ditanam Pasangan Kekasih Terlanjur

KOTA KINABALU: Sangka seorang remaja beg plastik yang dibawa pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di pekan lama Inanam, di sini, kelmarin, mengandungi sesuatu yang berharga ternyata silap kerana ia sebenarnya berisi janin bayi dipercayai dibuang sepasang kekasih terlanjur.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Kharul Nizam Abdul Razak, 15, pada awalnya mengorek lubang di sebuah kawasan tanah lapang tidak jauh dari rumahnya selepas curiga dengan kelibat seorang wanita dan lelaki itu.

“Pada mulanya saya ke tanah lapang itu menunggu kawan pulang dari kerja, namun tidak lama kemudian saya ternampak seorang wanita dan lelaki menaiki motosikal melintasi kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa satu bungkusan plastik.

“Saya sangka mereka hanya melalui kawasan itu tetapi mula pelik apabila lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya sebelum melihat temannya duduk mencangkung menggali tanah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.

Khairul berkata, dia menyangka pasangan terbabit menanam sesuatu berharga dan selepas beberapa minit, mereka terus beredar.

“Selepas mereka beredar, saya ke tempat itu dan melihat kesan tanah seperti baru digali lalu menggali hingga menemui beg plastik hitam.

“Saya membawa pulang bungkusan itu ke rumah terletak kira-kira 100 meter dari kawasan lapang terbabit,” katanya.

Katanya, sebaik tiba berhampiran rumah, dia membuka plastik itu dan terkejut menemui ketulan daging kemerah-merahan seakan daging haiwan lalu memanggil kakak dan adiknya.

“Kakak saya yang memeriksa ‘daging’ berkenaan mengesahkan ia adalah janin manusia dan segera memberitahu ayah sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


---------------------------------------------

** Satu Lagi kes buang bayi oleh manusia berhati syaitan. Apa la nak jadi dengan remaja Malaysia sekarang nih...

16 comments:

Gayahspears berkata... Reply To This Comment

ish macam2 hal la skrg nih...janin
dibuang xpelah jugak ade tu aku baca sampai dorang buat sup janin... sedap sgt ka buat sup janin??? munguk toi... pelik2...

Aretikz berkata... Reply To This Comment

Tidak pandai insaf2 tul pas kena wat kempen.. besalah.. mnusia.. huhu..

ctpayong berkata... Reply To This Comment

aduhai...check ler dulu sebelum bawak balik umah...seram seh.

yg buat onar tu...dahlah berdosa buat kerja xsenonoh...tambah dosa gugurkan dan buang merata.

Cikpuan Qiqi berkata... Reply To This Comment

haiya..ini olang kasi panah petir bru mau sdar ka...grm2 ngn deme nie..huuuuuuuu

sng2 je tnm2 gitu..ingt org xtau ke

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

dah dosa zina 1...tambah lagi pulak dosa bunuh janin n buang..

one2paii berkata... Reply To This Comment

gua rasa nak lempang jerk org yg buat perangai camnie..kalo x nk ,bak la kasi gua..

Unknown berkata... Reply To This Comment

geram betol baca nie.
Klu dpt couple tue nk cekik2 bg mati!
Dah wt salah,pastu wt salah lg!
Dosa berganda2.

http://fadthnwan.blogspot.com

Cik Tim berkata... Reply To This Comment

berita ni dah banyak.. tak tau dah nak kata pe.. huhu

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

manusia sukar hendak serik..tanpa rasa bersalah, tak mustahil ia akan sentiasa berulang..

~~su manje~~~ berkata... Reply To This Comment

smoga kembalike pangkal jalan bg pasangan tersebut

LadyBird berkata... Reply To This Comment

semoga mereka bertaubat..
camne la sanggup bunuh dan tanam darah daing sendiri..
:( sedih dgn remaja sebegini..

LadyBird berkata... Reply To This Comment

semoga mereka bertaubat..
camne la sanggup bunuh dan tanam darah daing sendiri..
:( sedih dgn remaja sebegini..

~♥ iella ♥~ berkata... Reply To This Comment

geram betol baca nie.
Klu dpt couple tue nk cekik2 bg mati!
Dah wt salah,pastu wt salah lg!
Dosa berganda2.

http://fadthnwan.blogspot.com

CiK QiQi berkata... Reply To This Comment

haiya..ini olang kasi panah petir bru mau sdar ka...grm2 ngn deme nie..huuuuuuuu

sng2 je tnm2 gitu..ingt org xtau ke

ctpayong berkata... Reply To This Comment

aduhai...check ler dulu sebelum bawak balik umah...seram seh.

yg buat onar tu...dahlah berdosa buat kerja xsenonoh...tambah dosa gugurkan dan buang merata.

~~su manje~~~ berkata... Reply To This Comment

smoga kembalike pangkal jalan bg pasangan tersebut

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com