Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 18 Oktober 2010

Penyamun 'Budiman' Toreh Guru

KULIM - Malang sungguh nasib cikgu ini. Ketika melalui jalan di hadapan kilang Inokom di Padang Meha, dekat sini, kira-kira jam 10.40 malam semalam, dia yang berkereta didekati dua lelaki bermotosikal yang memberitahu pintu keretanya tidak ditutup rapat. 

Berikutan itu, guru lelaki yang berusia 30an ini lantas berhenti untuk memeriksa pintu berkenaan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song berkata, apabila guru itu berhenti, dua lelaki yang pada mulanya disangka budiman itu pantas menghampirinya dan terus meluru masuk ke dalam kereta mangsa. 

“Dua penjenayah itu yang bersenjata pisau mengugut mangsa supaya menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan,” katanya.

Ugutan dua penjenayah ‘budiman’ itu bagaimanapun ternyata tidak menggentarkan cikgu berkenaan.

“Dia berkeras tidak mahu mengikut kehendak mereka, menyebabkan mereka naik berang lalu menoreh dada dan tangan kirinya,” kata Su Song.

Pegawai kanan polis itu berkata, selepas mencederakan mangsa, kedua-dua lelaki berkenaan terus melarikan diri tanpa mendapat sesenpun wang samun.

Mangsa yang dalam keadaan cedera terus memandu kereta ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Su Song berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan.
“Polis mengharapkan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai kejadian itu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama yang memandu seorang diri supaya mengelak daripada berhenti di tempat gelap dan sunyi bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Selain itu, kita harus curiga kepada orang tidak dikenali yang berpura-pura budiman,” katanya.

Sumber dari Sinar Harian Online.

12 comments:

sud@is berkata... Reply To This Comment

kalau keadaan genting camtu bagi saja duit atau apa2..nyawa 1st..

Mrs. Q! berkata... Reply To This Comment

hampes tol perangai
tapi setuju dengan S..U..D..@..I..S
bg je la ape die nak

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

betul kalo ciktom bg je..duit boleh dicari..kalo nyawa...hurm..

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

bertopengkan kebaikan..lepas ini org yang benar2 buat baik disangka penjenayah..

mungkinkah ini sebahagian fitnah akhir zaman?tatkala tiada siapa lagi boleh dipercayai, termasuk ahli keluarga sendiri..

XYZ berkata... Reply To This Comment

dunia skg byk pura2 =)

alexayussida berkata... Reply To This Comment

jahat betol la org skrg ni..bace bnda cm ni buat sy marah je sbb my brother pon kena belasah terok sbb org nak samun moto die..ishk

HaN WarreN berkata... Reply To This Comment

erkkkkk jahat nak mati penyamun tu...kecik2 xnak mati...besar2 menyusahkan orang..

eita berkata... Reply To This Comment

macam2 hal zaman sekarang ni....
hmmm...tak tahu nak kata apa....

nuriz berkata... Reply To This Comment

mcm2 tektik depa la ni, ada yg sengaja langgar dari belakang pun ada, buat buat eksiden pun ada..
mcm2

nuriz berkata... Reply To This Comment

saya buang shoutbox sebab saya tawar hati..phm2 je le ek..mungkin nt sy letak semula :)

nuriz berkata... Reply To This Comment

saya buang shoutbox sebab saya tawar hati..phm2 je le ek..mungkin nt sy letak semula :)

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata... Reply To This Comment

dunia skg byk pura2 =)

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com