Jumaat, 21 Mei 2010
Berapakah Jumlah Kelahiranh Anak Luar Nikah Di Malaysia?
Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia.
Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang
semakin meningkat.
Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di
Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.
Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.
Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang
sedang melanda umat Islam sekarang ini.
Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?
Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.
************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri
daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak
berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran
anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor
sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian
bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa
catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada
setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes
pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003)
30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan
adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 comments:
astaga..
semoga aku dan gadis2 lain dijauhi drp perbuatan ini
huh...ramainya..
hrp kita dan keturunan terpelihara hendaknya..
Astaghfirullah..mase sy dgr khutbah jumaat tadi pon istighfar panjang..dlm isi khutbah tu kata anak luar nikah lahir setiap 17.5 minit.
kat atas ni 17.7 minit. same la tu..
sume ni sbb masalah sosial yg dah terlalu teruk tahap kritikal kat negara kita ni. sebab2 berlaku masalah ni sy dh pnh buat entri dlu..tgk kat sini
http://nizamlimited.frenzyfm.my/masalah-sosial.html
dan baru2 ni sy ada terpikir nape masalah ni trus meningkat. ianya sebab pelaku zina ni tak dikenakan hukuman di khalayak ramai. so, diorg tak nmpak hukuman ape jadi kalo diorg berzina.
jangan kata hukuman tu buka aib diorg..ingat, kalo hukum hudud mcm mane. mmg hukuman dijatuhkan di depan sume org sbg pengajaran utk semua.
tapi sekarang, ckp sekian2 kena tangkap sbb buang anak, zina. tp denda ape dia kena..takde plak ckp. hilang camtu je..!!!
seram aku baca ni...adei...sedih tgk pic2 baby yg meninggal..sian dorg..x lalu aku nak tgk...sedih...nape la manusia makin bangang di zaman yg makin maju ni...isk3...(T_T)
adeih... ramai gler. sampai 70ribu lebih. sedih tol la
Kerajaan kena cari cara atasi masaalah ni...budaya negatif yg masuk mmg susah nk dibendung..Jgn sampai nanti kerajaan menghalalkan kan pulak perbuatan yg x bertanggung jawab sbb gagal nk menghalang!!!
Yg paling sedih...remaja melayu yg banyak terlibat dlm kes2 sebegini, malu "kita" sbg org melayu yg kononya berpegang teguh pd agama islam ,byk cakap je dr bertindak seminar sana sini,ceramah, kempen tp habuk pun tarakkk....bak kata Wan Kamaluddin...Ape Kejadahnye sume nie!!!!
rmainya... x thu la plk selama ni bayi luar nikah seramai ni ye.. terlalu rmai.. ish2.
ya Allah kenapa jd cam2 lak...
nauzubillah...
td aisya tgok al-kuliyyah pon cte psal anak2 kene buang ni..hmmm..
ehem..rasenye..shahir menang x malam ni?
perak no. 2??
adey..
malu teman..
http://mimpiyakila.blogspot.com
ramai betul yer...macam mana kita nak kurangkan jumlah nie?..ada cara tak bro belalang?
org zaman skrn ni mcm2...smoga dorg dberi ptunjuk ke pangkal jalan suatu hari nnt
17 minit? takutnya. nanti anak anak semua bin binti Abdullah la. tak tau nk kata pe la..terkedu skejap
perghhh!! mana dapat info ni? sangat2 menarik.. tq sharing
Catat Ulasan