Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 19 Mei 2010

MB Selangor Galak Orang Ramai Buat Laporan Polis

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini berkata beliau menggalakkan sesiapa saja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa. 

Beliau berkata, polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk membuat siasatan termasuk terhadap adiknya, Hajiman yang didakwa mungkin terbabit dalam kes simbah cat merah di kediaman dan kenderaan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di Pekan Meru Ahad lalu.

Manikavasagam juga menerima ugutan bunuh selepas membuat laporan polis terhadap dakwaan berlakunya rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat anak negeri yang bertanggungjawab terhadap perniagaan pasir, Rabu lalu.
"Tak apa..dia buatlah (laporan polis). Ini semua perkara boleh sebab polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk buat penyiasatan," katanya ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah berkhidmat dengannya di Ijok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang tengahari tadi. 


Berita penuh di Berita harian online.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


**Berani kerana benar, ye tak? Tapi segala keputusan yang kuar, jangan pulak kata berat sebelah... Hee...

0 comments:

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com