Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 28 September 2010

Lanjutan Dari Terima Kasih Tuhan Kerana Memanjangkan Usiaku

Pagi tadi Belalang telah menemui doktor untuk mengetahui kesan terkena bilah kipas pada tengkuk Belalang nih ade memberi kesan lain atau tidak. Setelah diperiksa oleh doktor (tak sampai seminit doktor tengok), dia cakap jangan risau sebab tiada tanda-tanda yang luka ini serius. Syukur.

Pada yang meninggalkan komen pada Belalang kelmarin, Belalang ucapkan terima kasih sangat-sangat. Sayang jugak korang kat Belalang yea. Huhuhu...

Ni gambar yang Belalang tak dapat nak upload dari kelmarin. Tadi masa Belalang cuba upload dari blog terus pun masih tak boleh. Terpaksa Belalang upload ke picasa web album terlebih dulu. Pastu baru link kan ke sini.




**Serius cakap, Belalang sendiri pun rasa ngeri semacam bila pikir balik masa kejadian tuh.

Isnin, 27 September 2010

Terima Kasih Tuhan Kerana Memanjangkan Usiaku


Sebenarnya Belalang baru saja menghuni rumah Belalang ini pada raya ke-2 aritu. Banyak lagi perkakas dan hiasan yang kurang. Dipendekkan cerita, pada malam Ahad yang lepas Belalang telah memasang langsir dan cermin di ruang tamu rumah. Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap kali Belalang menaiki tangga untuk menebuk lubang pada dinding atau apa-apapun Belalang akan mamatikan terlebih dahulu kipas siling.

Selang beberapa minit, Belalang siap memasang langsir pada ruang tamu. Kini tiba pula masa untuk Belalang menggantung cermin. Besar cermin tue lebih kurang 3'x6'. Kali pertama menaiki tangga untuk menebuk lubang pada dinding, macam biasa Belalang mematikan terlebih dahulu kipas siling.

Namun, pada kali kedua Belalang menaiki tangga untuk meletakkan cermin dan skru, ketika inilah Belalang telah terlupa sesuatu dan hampir meragut nyawa Belalang. Sebaik sahaja Belalang tiba di atas tangga, sebaik Belalang mengdongak ke atas, tiba-tiba Belalang terasa sesuatu telah melanggar Belakang tengkuk Belalang dengan kuatnya. Hentaman itu sebanyak 2 kali. Hampir-hampir Belalang terjatuh tangga.

Serentak dengan itu, serta-merta satu perasaan seperti loya, sakit tengkuk teramat sangat telah Belalang rasakan. Rupanya Belalang telah lupa untuk menutup suis kipas siling! Kipas di rumah Belalang tidak mempunyai pelarasan kelajuan. Kelajuan kipas itu sudah tersedia pada level 5, paling laju.



Akibat dari insiden itu, Belakang tengkuk Belalang terdapat kesan seperti dilibas/ditetak sesuatu. Nasib baik tidak berdarah. Berapa minit selepas perkara itu, tidak semena-mena perasaan sebak menguasai Belalang. Hampir sahaja perkara itu meragut nyawa Belalang. Namun mungkin Allah masih mahu Belalang meneruskan hidup Belalang. serta-merta Belalang memanjatkan syukur kepada Nya.

Perkara itu telah menyebabkan Belalang berfikir. Nyawa kita boleh ditarik balik dalam sekelip mata tanpa kita sedari. Sapa nak sangka. Tengah seronok bergelak ketawa, tiba-tiba sahaja malaikat telah menjemput kita. Tak dapat Belalang bayangkan bagaimana sekiranya malam itu Belalang kehilangan nyawa. Syukur pada mu ya Allah. Terima kasih kerana masih memanjangkan usiaku.

--------------------------------------------------------

Semalam blogger Padinno telah datang bertandang ke rumah Belalang. Walaupun baru pertama kali bertemu namun kami tidak kekok untuk berbual. Terasa macam dah lama je kenal. Belalang Jr. yang pada mulanya menangis melihat Padin (terkejut agaknya bangun-bangun tido tengok ade orang lain dalam umah), selepas itu dia pulak yang beria-ria menarik perhatian Padin. Terima kasih Padin kerana sudi menyinggah ke teratak buruk Belalang nih.

Jumaat, 24 September 2010

Isu Perkauman: Hentikan Tindakan Bodoh!

Baru-baru ini di sekitar kawasan tempat tinggal Belalang, Kulim, begitu banyak sekatan jalanraya dilakukan oleh pihak polis. Sekatan dijalankan 24 jam dan seolah-olah ada operasi besar.

Tertanya-tanya juga Belalang pada mulanya apa kes yang hebat sangat sampai hampir setiap jalan ada sekatan jalanraya? Berkaitan dengan kes Sosilawati kah? Manalah nak tahu yang polis dapat apa-apa sumber yang memberi tahu kawasan Kulim ada kaitan dengan pembunuhan kejam itu.

Setelah bertemu biras Belalang seorang pegawai polis 2, 3 hari sudah, barulah Belalang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Rupanya telah tercetus pergaduhan di antara sekumpulan orang melayu dan india (yang dipercayai samseng india). Kejadian pertama yang diterima oleh pihak polis Kulim ialah pergaduhan di Paya Besar, Lunas.

Mengenai apa pergaduhan itu Belalang kurang pasti. Tapi kabarnya pemuda-pemuda india sekitar itu telah membaling bom koktail ke arah rumah orang melayu. Dan ada juga kes dimana seorang penunggang motosikal melayu telah memberhentikan motornya pada lampu merah. Tidak semena-mena datang motorsikal yang dipercayai ditunggangi oleh dua remaja india telah menetak leher mangsa dengan tidak semena-mena.

lanjutan dari pergaduhan yang tercetus di Paya Besar itu, kabarnya di kawasan Sg. Petani pihak polis di sana telah menerima laporan mengenai pergaduhan melayu dan india. Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak polis menahan kereta atau motor yang dipandu oleh kaum india untuk diperiksa. Kuatir mereka membawa apa-apa senjata.

Belalang harap ini bukanlah permulaan pada pergaduhan antara kaum. Kita patut menjaga keharmonian yang kita kecapi hari ini. Jangan terlalu emosi atau terpengaruh dengan berita yang kita terima kebelakangan ini baik   mengenai politik semasa atau apa-apa berita perkauman yang cuba dicetuskan oleh sesetengah pihak tidak bertanggung-jawab.

Dalam perkara ini, Belalang memuji orang-orang melayu sekitar sini kerana tidak membalas tindakan yang dilakukan oleh kaum india dengan tindakan bodoh. Akhir kata dari Belalang, Kaum india jangan terlalu emosi dan suka mengambil jalan singkat. Bertolak ansurlah dalam negara yang berbilang kaum ini.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com