Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 3 April 2010

Piala F.A : Separuh Akhir Pusingan Ke-2




Pusingan kedua piala F.A malam ini Kedah, Terengganu, Selangor and Negeri Sembilan. Mana satu pilihan anda? Yang pasti kesemua pasukan Belalang sebut tadi memang kuat-kuat dan memiliki kelebihan masing-masing.

Selangor walaupun ketinggalan 1-2 dengan Negeri Sembilan, tetapi jangan di pandang rendah keupayaan mereka. Yang pasti Amri Yahyah selaku mastermind Selangor akan cuba sedaya mungkin untuk memastikan mereka layak ke final. Tetapi sudah tentu skuad Seladang tak akan biar senang-senang untuk Selangor mara. Lagi-lagi sebelah kaki diorang dah ke final.

Sementara Kedah juga tidak boleh dikatakan selesa lagi atas sebab beberapa faktor. Perlawanan malam ini akan berlansung di stadium Darul Aman. Dan liga musim ini menunjukkan yang pasukan Kedah lebih banyak mengutip mata di gelanggang lawan berbanding gelanggang sendiri. Kedah juga sedang di belenggu masalah ketiadaan pemain senior seperti Kyrill Muhaimim, Victor andrag dan beberapa pemain yang hebat. Jangan lupa yang Terengganu mampu bangkit dari ketinggalan 1-4 pada T-Team dan mencipta kemenangan.

Memang tak sabar rasanya nak tunggu game-game malam nih. Walaupun jadual malam nih bertembung dengan game M.U lwn Chelsea, tapi rasenye Belalang tengok game tempatan kot. Support barangan buatan Malaysia J

0 comments:

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com