Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 9 April 2010

Al-Quran: Membongkar Asal Besi?



Ye kawan-kawan, arini kita nak belajar mengenai sains sedikit ye. Walaupun Belalang fail SPM tapi tetap nak buat pandai dan ajar korang semua. Hee...
Kelmarin jalan-jalan dengan isteri dan anak Belalang. Beli barang dapur skit. Biasa ler wife Belalang yang terlampau rajin memasak nih nak beli stok barang dapur. Sambil tunggu wife beli barang, Belalang jenguk-jenguk le kedai buku dulu dan nampak majalah Infiniti bulan April dah kuar. Belalang yang tak pernah miss beli buku nih and Mastika pun terus beli.

Belalang nak kongsi pasal satu artikel dalam nih mengenai perihal BESI yang konon nyer besi nih asalnya berasal dari angkasa. Ape yang best dalam artikel tuh mengenai pandangan Prof. Madya Dr. Arip Kasmo yang memetik sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi:

"... Dan kami turunkan (anzalna) besi yang di dalamnya mempunyai kekuatan yang amat dasyat dan memberi manfaat untuk manusia..." (Al-Hadid, ayat 25)

Kata Prof. tuh, surah Al-Hadid mungkin ade maksud tersirat (part nih yang best nih).

"Surah ini merupakan surah ke-57 di dalam Al-Quran. Jika dilihat dari sudut kimia, besi atau ferum adalah adalah unsur dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Fe. Unsur-unsur di dalam jadual berkala ini disusun mengikut struktur elektron yang terdapat padanya. Fe-57 adalah salah satu isotop besi yang stabil. Susunan ini dilihat mempunyai persamaan dengan surah besi Al-Hadid".

"Manakala Jumlah dalam ayat ini ialah 25 ayat. Sekiranya ditambah dengan lafaz bismillah, jumlah ayatnya akan jadi 26-sama dengan nombor atom atau besi dalam jadual berkala. Adakah ini semua kebetulan?".

Perh... Hebatkan. Insaf kejap baca huraian Prof tuh. Pendapat Belalang ini mungkin bukan kebetulan. Al-Quran sesuatu rujukan yang lengkap untuk panduan hidup kita. Korang pulak sependapat dengan Belalang tak?

3 comments:

Mohd Fitri Amil berkata... Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FitrahSelamanya berkata... Reply To This Comment

ciptaan allah 2 xde spe boleh tandingi even menggunakan sains pon.. apa yang allh ciptakan ini lebih jauh menjangkaui apa yang yang prinsip sains mampu buktikan..

FitrahSelamanya berkata... Reply To This Comment

ciptaan allah 2 xde spe boleh tandingi even menggunakan sains pon.. apa yang allh ciptakan ini lebih jauh menjangkaui apa yang yang prinsip sains mampu buktikan..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com