Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 24 Jun 2010

Betul Ke Siti Nurhaliza Buat Pinjaman Tekun Berniaga?







Sejauh mana kebenaran cerita nih, Belalang tak begitu pasti. Belalang dapat story pasal kes nih melalui sebuah laman web politik. Mungkin juga ini hanyalah cakap-cakap politik sebab ada yang dengki dengan kejayaan Siti dan Datuk K mungkin.


Tapi sekiranya benar berita yang disampaikan oleh penulis laman web itu, Belalang memang rasa terkilan la. Belalang buat pinjaman Tekun punyalah susah nak lulus, tapi orang-orang yang dah memang kaya macam Datuk K dan Siti senang-senang la pulak boleh pinjam. Beli nombor pendaftaran kenderaan kereta sampai ribu-ribu boleh. Tapi nak start bisnes berniaga buat pinjaman dengan Tekun pulak.






Korang baca sendiri la berita yang Belalang copy paste dari web tu:-



Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza.
Parasit adalah perkataan paling tepat.
Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti.
Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul.
Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini.
Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank.
Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar balik dia rendah dan murah, nak tumpang ambik kesempatan jugak tu.
Tekun tu biarlah untuk orang-orang Melayu yang baru nak merangkak dalam dunia perniagaan dan tidak ada duit yang banyak.
Ini, orang macam Siti Nurhaliza dan suami yang boleh berbelanja beli jam ratus-ratus ribu, nombor plate puluh-puluh ribu pun ada hati nak mohon jugak.
Memang parasit.
Sekali lagi penulis hendak tanya, ada keperluan ke untuk orang-orang seperti ini memohon?
Pengajaran di sini ialah kerajaan perlu tegas dalam memastikan dana Tekun yang semakin mengecut itu tidak disalurkan kepada  golongan peniaga atau individu yang sebenarnya berkemampuan.
Jangan orang seperti Siti Nurhaliza ini pun hendak diberikan pinjaman jugak.
Tak tercapailah matlamat Tekun kalau macam tu.

Cerita penuh klik sini.


**Oh Tekun, kasihanilah kepada kami yang ikhlas berniaga ini. Lain kali pertimbangkanlah dahulu setiap permohonan pinjaman yang datang kepada Tekun. Bagi kepada yang benar-benar layak mendapatkan bantuan perniagaan dari kamu wahai Tekun.

5 comments:

Mia Liana berkata... Reply To This Comment

yeke? bukan ke dia dah banyak duit dan ada yayasan dia sendiri?

nuriz berkata... Reply To This Comment

emm betul ke sumber tu. mcm tak caya je takkan org kaya buat camtu ek?

rizputra7 berkata... Reply To This Comment

mungkin nama kot bapak jer lain..kalu betul ler..memang tak patut..aku nie dah nak setahun bisnis masih tak loan..

RerameUngu berkata... Reply To This Comment

cehh...ape nak jadi la ni.senang lenang je bg org yg dh sedia kaya loan..org susah mntk loan punya la seksa...tak adil..

[noriza] berkata... Reply To This Comment

ada jugak terbaca kat blog mana ntah tak ingat,,ttg dia tak byr saman trafik..ada korg jumpa? tak ingatlah kt mana

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com