Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 10 Jun 2010

Mesin Masa Dan Doraemon






Belalang telah menghabiskan sebahagian besar masa pada hari ini dengan membaca komik Doraemon online di onemanga.com. Semua nih disebabkan pakcik Crayon dari tubelawak yang telah buat entry pasal episod terakhir doraemon. Best gak ending doraemon walaupun babak akhir itu kononnya bukan karya pelukis asal komik itu. Kalau korang nak baca entry yang tubelawak tulis itu, klik sini.


Belalang membesar dengan kartun serta komik Doraemon, Dragonball, Captain Tsubasa, Ujang dan beberapa lagi komik dan kartun yang glemer di era itu. Korang mungkin ketawa pada Belalang. Yela dah kawen dan ada anak pun tapi still layan Doraemon benda budak-budak. Apelakan...


Korang nak gelak pun gelak la. Sampai guling-guling pun takpe. Tapi bagi belalang, bila Belalang tengok atau baca komik Doraemon, macam ada suatu kuasa yang mengajak Belalang untuk kembali terkenang zaman-zaman baru nak membesar dulu. Aduh, syahdunya masa-masa itu. Rasa macam nak je masa-masa itu berputar kembali.


Tapi hidup mesti diteruskan. Walaupun Belalang semakin dewasa dan semakin jauh meninggalkan alam bebudak serta remaja dulu, namun segala kenangan pahit dan manis akan terus Belalang bawa sampai le takde lagi insan bernama Belalang di dunia nih...

14 comments:

miss ice berkata... Reply To This Comment

dari dulu smp skg doremon ttp bez..hehe..katun captain tsubasa tu y mane eyk? lupe?

tubelawak berkata... Reply To This Comment

aku syg hang belalang.. ahaha.. muah kanan muah kiri.. :D

rizputra7 berkata... Reply To This Comment

sama ler...aku pon ada baca masa kecik2..tapi aku baca sorok2 pasal mak aku marah...mak aku cakap "bahasa komik tue teruk...."

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

ice: captain tsubasa tuh komik pasal bola sepak.no wonder la klu kamu x tau...hee...

crayon: uik pakcik, nak cium belalang kene sorok2.kang org2 kat sini cop belalang gay gak..wakaka...

riz: belalang dulu belajar membaca dari buku doraemon... :-p

Kie-yu berkata... Reply To This Comment

hahaha
layan doreman gak ye
sin chan ade?
aku pun 2 kali lima =p

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

cewah!!teringat zaman kanak2 haha.
aku pon suka baca,p sekarng ni lama dah tak beli..baca bila ada free jer

kaizen shinobi berkata... Reply To This Comment

aq dah baca!!!! tapi x taw r yang same ke x.. hehe

hehe tapi dorang cakap yang aq baca tuh bukan official punya end...

tapi menarik gile...cuma mengarut tang nobita jadi paling pandai!!!

har har har...

ENCIK TIKUS berkata... Reply To This Comment

saya minat naruto ! hakhak :D

akuvision berkata... Reply To This Comment

huhuh kalau bercerita pasal komik, macam - macam yang saya minat, membawa dari Doraemon, Dragon Ball, Misteri Naga, Slam Dunk, Pendekar Laut, boleh dikatakan pantang nampak komik la, mesti beli tak pun pinjam kawan untuk membaca, termasuklah Ujang, Gelihati dan old skool Gila - Gila tu

Jericho berkata... Reply To This Comment

Tahun lahir pun sama, memang membesar dengan komik2 tu. dulu rajin jer baca Dorameon tu,siap ada rak simpanan koleksi doraemon. Tapi sekarang dah mula menyimpan clip2 doraemon tu. Kalau boring boleh layan.. hehe

Tuan Cimot berkata... Reply To This Comment

dragon ball ada 7biji sumenya..hoho

Padin berkata... Reply To This Comment

Jericho tu memang hantu komik ekeke, tu pasal dia tibai sejarah peradaban dunia dia cita pasal planet namek

aku minat komik kungfu hong kong belalang.. lingkaran terkunci dgn jejak wira..

buyat(bebola tomato) berkata... Reply To This Comment

captain tsubasa...hahaha kalau bahasa melayu dei rasenye bukan captain tsubasa kn?johan bola sepak ke ape ntah

NiZaM Limited berkata... Reply To This Comment

kalo kecik2 lagi..tgk kartun bola name dia kickers..best gak..=p

doremon mmg bleh diterima semua lapisan masyarakat..bkn bdk2 je ske doremon..paling femes ngn doremon ni rasenye pintu sukahati dia tu..sesuka suki nak pg mane2..senang je. haha..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com