Semua orang sedia tahu yang kereta kita dilengkapi dengan sistem berpenggera (alarm) dimana apabila ada yang cuba membuka kereta tanpa mematikan dahulu alarm itu, ia akan berbunyi. Hal ini telah menyebabkan kereta-kereta terkini menjadi sedikit selamat dari dicuri. Kalau dengar juga kes kecurian kereta, sudah tentu perkara itu dilakukan oleh yang betul-betul otai dalam hal curi kereta. Yang amatur-amatur tak berapa berani.
Tapi tahukah korang yang alarm kereta ada satu lagi kegunaan yang ramai orang tidak begitu menyedarinya? Wanita-wanita yang tinggal bujang dan berseorangan korang patut tahu hal nih dan cuba buat. Mana tahu hal ini boleh menyelamatkan korang pada masa depan. Yea tak?
setiap malam selain memastikan rumah korang dikunci dengan selamat, pastikan kunci kereta korang yang ada alarm berada berhampiran dengan tempat tidur korang. Nak lagi best letak sebelah bantal. Kegunaan ia ialah apabila korang terasa seperti rumah korang dicerobohi atau memang confirm ada orang pecah masuk umah, korang jangan berlengah-lengah lagi. Terus capai kunci kereta dan bunyikan alarm kereta. selagi tak dapat respon dari jiran tetangga, jangan matikan bunyi itu.
Jiran korang tentu akan dengar bunyi itu dan akan memeriksanya kerana anda tidak mematikannya. Dan pencuri yang memasuki rumah anda sudah tentu akan terperanjat dan segera meninggalkan rumah anda.
Nampak bukan? Korang tak perlu berbelanja besar untuk memasang alarm rumah yang mahal-mahal. Memadai dengan alarm kereta korang. Zaman sekarang nih nyawa manusia dah macam takde harga. Jadi sebelum sesuatu yang buruk berlaku atas diri kita, lebih baik kita bersiap sedia dan beringat selalu kan?
Selamat mencuba!
16 comments:
hehe kretip2..tp ice xde kete ah..cane nk cuba..hee ~
wah..menarik ni..boleh dipraktikkan..
yala,,
x pernah terfikir pon sbelum nih..
=)
hoho ada alarm pun susah juga... lo keta buatan malaysia mmg senang kena curi... hanya menggunakan GARFU... aku dah tengok demonstrasi cam na nak buka keta n hidupkan tanpa bunyikan alarm
idea yg menarik...good
perghh pasni duit 1 sen pun xde org berani curi...
wah betul jugak tue...xpernah lak pikir..hehe
baik punye idea bro, :)
waa...berguna gak tips ni...tq :D
nice idea..good tips..
Jom usha entry terbaru kat sini E J U M
Lerrr..aku ingatkan kunci tu simpan kat bawah bantal supaya senang nak capai n cucuk mata pencurik hehe. Anyway, kretip idea tu.. kira low bajet punya alarm tapi efektif XD
terbaek lah!
tp tade kete lah.
nak psang dkt moto scoot sy je.
boleh jgk kn? :DD
bagus laa idea nih..tak terpikir pon..huhu..nak simpan kunci tepi bantal pas nih~~:)
caya lah..kamik da muto ja..(^^,)
tau pasal ni tip tip menyelamatkan diri bila kecemasan..
keta pom xde apatah lagi alarm keta huwaa T_T
Catat Ulasan