Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 24 September 2010

Isu Perkauman: Hentikan Tindakan Bodoh!

Baru-baru ini di sekitar kawasan tempat tinggal Belalang, Kulim, begitu banyak sekatan jalanraya dilakukan oleh pihak polis. Sekatan dijalankan 24 jam dan seolah-olah ada operasi besar.

Tertanya-tanya juga Belalang pada mulanya apa kes yang hebat sangat sampai hampir setiap jalan ada sekatan jalanraya? Berkaitan dengan kes Sosilawati kah? Manalah nak tahu yang polis dapat apa-apa sumber yang memberi tahu kawasan Kulim ada kaitan dengan pembunuhan kejam itu.

Setelah bertemu biras Belalang seorang pegawai polis 2, 3 hari sudah, barulah Belalang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Rupanya telah tercetus pergaduhan di antara sekumpulan orang melayu dan india (yang dipercayai samseng india). Kejadian pertama yang diterima oleh pihak polis Kulim ialah pergaduhan di Paya Besar, Lunas.

Mengenai apa pergaduhan itu Belalang kurang pasti. Tapi kabarnya pemuda-pemuda india sekitar itu telah membaling bom koktail ke arah rumah orang melayu. Dan ada juga kes dimana seorang penunggang motosikal melayu telah memberhentikan motornya pada lampu merah. Tidak semena-mena datang motorsikal yang dipercayai ditunggangi oleh dua remaja india telah menetak leher mangsa dengan tidak semena-mena.

lanjutan dari pergaduhan yang tercetus di Paya Besar itu, kabarnya di kawasan Sg. Petani pihak polis di sana telah menerima laporan mengenai pergaduhan melayu dan india. Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak polis menahan kereta atau motor yang dipandu oleh kaum india untuk diperiksa. Kuatir mereka membawa apa-apa senjata.

Belalang harap ini bukanlah permulaan pada pergaduhan antara kaum. Kita patut menjaga keharmonian yang kita kecapi hari ini. Jangan terlalu emosi atau terpengaruh dengan berita yang kita terima kebelakangan ini baik   mengenai politik semasa atau apa-apa berita perkauman yang cuba dicetuskan oleh sesetengah pihak tidak bertanggung-jawab.

Dalam perkara ini, Belalang memuji orang-orang melayu sekitar sini kerana tidak membalas tindakan yang dilakukan oleh kaum india dengan tindakan bodoh. Akhir kata dari Belalang, Kaum india jangan terlalu emosi dan suka mengambil jalan singkat. Bertolak ansurlah dalam negara yang berbilang kaum ini.

13 comments:

Padin berkata... Reply To This Comment

uihhh samapai macam tu sekali ke?
hmm harap2 tak berterusan macam tu

Lagenda berkata... Reply To This Comment

betul ke ni belalang?? APsal x de citer dlm news & paper..dasat ni!

Harap2 ianya x akan menjd rusuhan kaum spt 13 Mei.

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

berita mcm nih mane leh kuar news ke hape...takut menimbulkan kerisauan pada rakyat malaysia...

nuriz berkata... Reply To This Comment

negara kita ni mcm serius dalam keretakan hubungan antara kaum, dlm facebook, dgn video, kes mcm2 lagi..makin menakutkan..

sangilapi berkata... Reply To This Comment

sesuatu yang amat merisaukan jika perkara begini mula berlaku :(...moga keadaan masih terkawal.

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

kat kuala selangor ni adala juga nampak org india berkumpul, hope tak berlaku apa2la..

baby_busyuk berkata... Reply To This Comment

hi belalang~~saya peguam dari banting..mwahahahha...kat banting nih lagi laa dari awal thun depa nih nampak beno gangsta nyer..hmm kitaorg kat perumahan tuh dah naik takot..mentang2 ramai org dier..huh!...nak tau??..setiap perumahan kat banting tu ada ketua dier..aiseh...

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

melampau diorg ni..zzz..xde otak ke? jgn smpai org melayu bawak geng..diorg tak rase mcm mne 13 mei tu..nak kena try la..(ceh ckp mcm pnh hidup zmn tu je ni hehe)org nak hidup aman, dia nk buat kacau lak..pelik tol..

Unknown berkata... Reply To This Comment

Baru tau ade kes...nsb bek x merebak!!

Kosong berkata... Reply To This Comment

setuju belalang

Puput. berkata... Reply To This Comment

ish3..mcm2 gak dgr camni skg..pnah sy tdgr masa selisih bjalan kat shopping complex,..
'ish aku getik tul tgk keling ni..burn..burn..kill kill...'
skg dah jd isu plak..cam sian lak kat dorg2 yg xbersalah..hmmm..

Unknown berkata... Reply To This Comment

kekadang kita lupa yg bumi ni hak kepunyaan Allah, sepatutnya kita semua saling hormat menghormati antara satu sama lain...

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

dear belalang ... my salutes to you for being a very rational in your article..

agreed that many misguided indian youth are following way of violence and being a pest to the society. being myself an indian, i will rather stay in a malay majority housing area with malay neighbours than among indians.

usually we have heard of many indians attacking with machete but always the victims are fellow indians...other society and police always seem to be less concerned or even delighted with such arrangement. some indian gangsters violate the unwritten rule and attack other races which in a multiracial country can be miscontrued as racial attack..worse still current politicians are purposely misleading and further exploiting the incidents to portray themselves as savior and future leader....

if you or any of your followers are influential or have influential friends in devising govt policies, i wud like to request for little help. the misguided indian youth become one for several reasons which malay community failed to deeply understand .Forgive me if i appear as being partial, but whatever i write here are true sentiments of all indians in malaysia which need to be addressed by government.

i) goverment should seriously consider provide more alternatives for indian school leavers to avoid them being unemployed and turn to crime activities. the current scene nationwide is due to the lack of attention by government towards identifying and helping out potential criminals.

ii) poor uneducated drunkard indian parents are definitely a major criminal factory in malaysia. I dont see malaysian government addressing this issue at all, even through LPPKN activities...

III)indians are movie maniacs and gullible by nature and to worsen the issue, indian cinemas capitalise on this by producing extreme violent movies with youth carrying machete and dismembering people in broad daylight. Malaysia MUST ban tamil movies or cut all machete wielding scenes....

haha..i am tired of typing. i may have offened my malay or indian friends here. pls forgive me...i just want a pleasant harmonius society.

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com