Isnin, 27 September 2010
Terima Kasih Tuhan Kerana Memanjangkan Usiaku
Sebenarnya Belalang baru saja menghuni rumah Belalang ini pada raya ke-2 aritu. Banyak lagi perkakas dan hiasan yang kurang. Dipendekkan cerita, pada malam Ahad yang lepas Belalang telah memasang langsir dan cermin di ruang tamu rumah. Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap kali Belalang menaiki tangga untuk menebuk lubang pada dinding atau apa-apapun Belalang akan mamatikan terlebih dahulu kipas siling.
Selang beberapa minit, Belalang siap memasang langsir pada ruang tamu. Kini tiba pula masa untuk Belalang menggantung cermin. Besar cermin tue lebih kurang 3'x6'. Kali pertama menaiki tangga untuk menebuk lubang pada dinding, macam biasa Belalang mematikan terlebih dahulu kipas siling.
Namun, pada kali kedua Belalang menaiki tangga untuk meletakkan cermin dan skru, ketika inilah Belalang telah terlupa sesuatu dan hampir meragut nyawa Belalang. Sebaik sahaja Belalang tiba di atas tangga, sebaik Belalang mengdongak ke atas, tiba-tiba Belalang terasa sesuatu telah melanggar Belakang tengkuk Belalang dengan kuatnya. Hentaman itu sebanyak 2 kali. Hampir-hampir Belalang terjatuh tangga.
Serentak dengan itu, serta-merta satu perasaan seperti loya, sakit tengkuk teramat sangat telah Belalang rasakan. Rupanya Belalang telah lupa untuk menutup suis kipas siling! Kipas di rumah Belalang tidak mempunyai pelarasan kelajuan. Kelajuan kipas itu sudah tersedia pada level 5, paling laju.
Akibat dari insiden itu, Belakang tengkuk Belalang terdapat kesan seperti dilibas/ditetak sesuatu. Nasib baik tidak berdarah. Berapa minit selepas perkara itu, tidak semena-mena perasaan sebak menguasai Belalang. Hampir sahaja perkara itu meragut nyawa Belalang. Namun mungkin Allah masih mahu Belalang meneruskan hidup Belalang. serta-merta Belalang memanjatkan syukur kepada Nya.
Perkara itu telah menyebabkan Belalang berfikir. Nyawa kita boleh ditarik balik dalam sekelip mata tanpa kita sedari. Sapa nak sangka. Tengah seronok bergelak ketawa, tiba-tiba sahaja malaikat telah menjemput kita. Tak dapat Belalang bayangkan bagaimana sekiranya malam itu Belalang kehilangan nyawa. Syukur pada mu ya Allah. Terima kasih kerana masih memanjangkan usiaku.
--------------------------------------------------------
Semalam blogger Padinno telah datang bertandang ke rumah Belalang. Walaupun baru pertama kali bertemu namun kami tidak kekok untuk berbual. Terasa macam dah lama je kenal. Belalang Jr. yang pada mulanya menangis melihat Padin (terkejut agaknya bangun-bangun tido tengok ade orang lain dalam umah), selepas itu dia pulak yang beria-ria menarik perhatian Padin. Terima kasih Padin kerana sudi menyinggah ke teratak buruk Belalang nih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
24 comments:
mujurlah dipanjangkan umur..suspen jugak baca entry ni..nasib baik takde pape..kenapalah boleh cuai sangat.
cheiila: mmg tgh beringat sesangat time tuh...tp tue la.mcm mane leh skali tue terlupa terus kat kipas tuh...
haha bergaris panjang tu... kenangan sampai bila2 garisan tu belalang
hehe aku yg patut berterima kasih, pasal sudi tumpangkan aku hehe
alhamdulillah Allah masih sayang dan bagi peluang dipanjangkan umur utk beramal lg banyak belalang...best ker jumpa padin??hehe
panik jap bca n3 ni belalang..somthing kena kat tengkuk ingatkan ada benda lain...wah mak ko...kipas tu...terhenti jap ellen bernafas...adoii..
tak tau nak komen pa..msh terkejut sakan ni...syukur belalang...
salam bro..alhamdulillah ko x ape2..bahaya sungguh situasi camtu..lepas ni kena selalu beringat..huuu seriau plak rasa. mesti sakit tu..
belalang jr tarik perhatian padin?haha padin ensem tuu..tu yang dia de tertarik..x gitu padin? :D
subhanallah..selagi tak sampai ajal, selagi itu kita masih bernyawa..urusan ajal maut ini takkan terlewat atau terawal walau sesaat. semoga belalang lebih berhati-hati okei.
padin:belalang nak letak pic tengkuk belalan tuh.tp ntah nape bila upload dia tersekat mcm tue je.klu x leh kasi org lain tgk...
cik tom & ellen:
rasa syukur sgt xde terjadi pe2 yg serius...ellen jgn risau k.sket jer kat tengkuk nih...jd pengajaran kpd belalang.
best ke jumpa padin?best giler...smlm tido smbl senyum...wakaka
afiq:yes bro lepas nih kene lebih berhati2...padin mme encem dan kacak...kuikuikui...
dunspaek:smpi skrg bila pandang kipas tue rasa seram smcm...mmg kene berhati2 pas nih...
Ya Allah..nasib baik tak berlaku ape yg teruk..alhamdulillah
hati2 bro buat ape2 keje..
Syukur ALhamdulillah selamat..hargailah hidup kali kedua ini dgn sebaiknya..
bestnya dpt jumpe padin...=)
Alhamdulillah belalang x de apa2...hati2 lain kali belalang!
belalang lain kali kena lebih berhati2...dalam dunia ni kdg2 benda yg x bahaya pon blh bunuh kite...mujur x pape...
padin dtg rumah ko?...best nye...dia main layang2 x? heee
Assalamualaikum,
Syukur saudara masih boleh berbicara dan bernafas seperti biasa.. Benda dah nak jadi mmg begitu.., kita terlupa pd perkara yg selalu kita buat..
Sy juga pernah alami kejadian yg "hampir2 nak jadi.." seperti ini. Contoh kejadian yg agak kecil ialah terpotong sedikit daging pada hujung jari ketika memotong kad bisnes.
Yg paling sy terkesan ialah ketika sy melintas jalan, sy hampir sangat dilanggar motorsikal. Sblm tu sy dah tengok jalan tu takde apa2 kenderaan. Tiba2 entah dari celah mana motor tu muncul dan bergerak dgn laju menghampiri sy. Pada masa beberapa saat, sy dengar suara bisikan yg menyuruh sy melangkah setapak kebelakang. Sypun tergerak hati utk mengikuti "pesanan" suara itu. Sebaik sahaja sy melangkah setapak kebelakang motorsikal tu pun dgn laju lalu di hadapan sy.
Alhamdulilah, Allah S.W.T Yang Maha Pengasih, menyelamatkan sy dari ditimpa kemalangan... Sungguh besarnya kuasa Allah S.W.T...
Lagi satu, tadi lupa nak pesan, saudara gi lah buat pemeriksaan lanjut pada bahagian yg terkena bilah kipas.
Dikuatiri ada kecederaan dalaman. Mungkin ketika ini saudara tiada rasa sakit yg kuat, tapi manalah tau klu dlm jangkamasa panjang....
alhamdulilah...
nasibbaik tak de ape yg serius kan
lenkali hati2 tau belalang
btw, selamat menghuni rumah baru :D
Salam....
Wah...terkejut jgk bc mula2 tadi dgn penuh debaran....pantang maut sebelum ajal.....
Alhamdulillah masih panjang umur.....
ade masa nnt letak la pic tuh,betl gak ckp bro tu, gi klinik bt pemeriksaan, takut luka dalaman
syoknye... ni yg nk honeymoon p penang huhu
ahmad zaki: belalang baru balik dari klinik buat pemeriksaan pasal kesan kena kipas tuh. Alhamdulillah tiada apa yg serius. terima kasih atas keprihatinan saudara dan rakan2 blogger yang lain...
kie-yu: pengalaman pahit pertama d rumah baru...hee...
iza: ada sebab itu semua terjadi. yg pasti belalang semakin menghargai life yg singkat ini...
padin: jap g nak try upload skali lagi...
missXYZ: honeymoon sini?boleh xde hal punya lah...tp nanti x rasa terganggu ke nak berdua ade lah belalang nyibuk kat tengah...huhuhu
Ya Allah.. laen kali hati2 tau.. takmo bygkan sbb penah tengok anak jiran kene kipas berpusing.. salah si bapak dok lambung2 anak.. tak pasal2 berjahit dahi dia.. nasib awak tak ape2..
Alhamdulillah selamat.... Hati-hati next time tau
Catat Ulasan