Membaca artikel di Mastika Mac 2008 mengenai Ariel Sharon menyebabkan hati Belalang terdetik untuk mencari info mengenai Sharon. Kepada yang tidak tahu, Ariel Sharon telah jatuh koma pada 4 Januari 2006. Hidup lagikah dia atau telah lama mati? Belalang terus saja Google nama Ariel Sharon dan menemui jawapannya.
Ya, rupanya di tahun 2011 ini Ariel Sharon masih hidup dan pada 27 Febuari 2011 yang lepas genaplah umurnya 83 tahun. Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati.
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya sebelum Ariel Sharon jatuh koma, tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama. Dalam mimpi itu Sharon telah bermimpi dia ditangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam kepada Sharon ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Didalam mimpi itu Sharon telah diseksa, dirantai tangan dan kakinya kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban kedalam api. Mimpi itu mengganggu Sharon saban malam hinggalah dia jatuh koma.
Tiada siapa yang tahu akan derita Sharon menanggung mimpi-mimpi itu saban malam kecuali seorang iaitu setia usaha peribadi Sharon. Setia usahanyalah yang telah mendedahkan mimpi-mimpi Sharon itu kepada akhbar-akhbar di Israel pada tahun 2008. Akhbar-akhbar di Israel telah menyiarkan berita berkenaan, kemudia dipetik oleh media-media Asia Barat, seterusnya tersebar di internet.
Ada yang kata di internet terdapat gambar Ariel Sharon terkini yang menunjukkan dia begitu kurus kering hanya tinggal kulit yang menyelaputi tulang badannya. Tapi Belalang tak pula jumpa gambar itu. Apakah azab yang sedang dideritai oleh Sharon? Hanya dia dan Allah yang mengetahui.
Khamis, 17 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 comments:
mungkin nie balasan tuhan atas segala kekejaman yg dia pernah lakukan.. wallahualam..
ada hikmah disebalik kejadian tu
Salam, dik belalang. Kak baru tahu kisah ni, ketinggalan kan....:)
Apa pun, ada pengajaran disebaliknya....:)
setiap ape yg dilakukan ade balasannye...
tak kire la balasan didunia atau akhirat nanti...
Assalamualaikum...
Bila dah jadi macam ni, ianya bukan "mungkin", ianya memang suatu pembalasan dari Allah SWT semasa hidup di dunia ini lantaran kekejamannya pada penduduk Palestine (Islam).
Inilah yang dikatakan hukum karma (pembalasan atas perbuatan). Penyiksaan roh si laknat tu memang cukup menyiksakan. Orang Yahudi Zionis sebenarnya mengakui apa yang mereka buat itu silap tapi atas keangkuhan yang terlalu mendalam, mereka hanya menginginkan penguasaan ke atas bangsa lain.
Mereka ini juga asalnya juga memusuhi agama Kristian, tetapi melalui satu pakatan sulit semasa zaman persaudaraan saki baki tentera salib, gerakkan membunuh orang Islam semakin dipertingkatkan...
Israel adalah satu nama gelaran pada nabi di zaman mereka (saya tak ingat, sama ada gelaran pada Nabi Musa ataupun Nabi Ibrahim). Sebilangan mereka yang menggunakan agama untuk mengelirukan orang yahudi untuk menyebarkan fahaman Zionis dengan fakta yang jauh terpesong dari kebenaran.
Takutnya Nelly baca ..
semua nya adalah ketentuan Allah..
Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir. (Al-Baqarah 2:98)
atas dunia Allah dah tunjuk balasannya..kat akhirat lagi la
tiap2 satu perkara, pasti ada balasannya, samada baik atau buruk,
dia sedang trima balasan dunia.. blom lagi balasan akhirat...
wallahualam takut !!
balasan dunia tu..
baru dunia..
biarkan dia dengan mimpi2 nya yg tak berkesudahan....selamat koma arial sharon..kekejamanmu hanya Allah yang dapat membalasnya..
itu baru kat dunia... tgk apa yang terjadi pada kamal attaturk... azab tu... PM malaysia? setiap perbuatan ada balasannya...
susah nak cakap. semua ni kuasa Allah...
Allah bayar case kat dia hukuman kat bumi...harap2 kita semua ambik iktibar..:P
boleh la kawan sekali dgn hosni mubarak tu
di dunia lagi Allah sudah tunjukkan azab...
ni juga sbg pengajaran buat yg masih hidup.
tertarik dgb bicara ahmad zaki dalam komen di atas.
begitulah balasanNYA utk mereka2 yg "mecabar" kuasaNYA ..
Recently: Rano Karno bakal menjadi gabenor Jakarta?
thanks yee. try tengok gmbo nih.
https://lh5.googleusercontent.com/-opNOtR1h1Ww/TYoB25F3vTI/AAAAAAAAAaA/2-TtB70htCU/s1600/198875_1921704086553_1360599087_2225526_2285628_n.jpg
Catat Ulasan