Salam Sejahtera kepada rakan-rakan pengunjung bawah tanah sekalian. Amacam cuaca di tempat korang? Area Belalang time nih sedang panas terik biar pun jam telah menunjukkan pukul 5 petang. Tapi cuaca begini tak menentu. Sebelah malam cuaca belum tentu sebegini, mungkin juga hujan akan turun.
Sambil-sambil membaca blog kawan-kawan tadi, tiba-tiba Belalang mendapat idea untuk berkongsi dengan korang perihal 'blogger mahal'. Apa tu blogger mahal? Agak-agak korang ada tak ciri-ciri blogger sebegini? Meh tengok ciri-ciri yang Belalang list kan di bawah ini-
Tak suka blogwalking
Kebiasaannya blogger kategori mahal ni jarang blogwalking. Mungkin ada juga dia lawat blog blogger-blogger lain. Tapi kebiasaannya dia lebih suka menjadi silent reader. Pastu tiba-tiba jer entry. Pun begitu walaupun blogger mahal tak suka blogwalking atau jarang melakukannya, traffik blog blogger mahal tetap mencanak tinggi kerana dia memang seorang yang mahal, orang sentiasa saja mencari sesuatu di blognya.
Jarang komen entry
Blogger mahal memang jarang komen pada entry-entry blogger lain sebarangan. Di shoutmix atau cbox lagi la jangan harap. Kalau dia komen pun hanya pada entry yang perlu dia komen atau lontarkan pendapat. Kebiasaannya apabila blogger mahal sudi komen pada entry kita, sure tuan blog tu kan rasa bangga sangat sebab berjaya membuat blogger mahal bersuara di blognya.
Follow blog tertentu
Blogger mahal jarang main follow-follow blog dengan sebarangan. Dia hanya follow blog yang dia sendiri saja ada alasan mengapa dia follow blog tersebut. Sama seperti di atas, jika berjaya membuat blogger mahal follow blog kita, sure tuan blog bangga ya amat. Hee
Reaksi kita apabila blogger mahal singgah
Kebiasaanya jika kita tau blogger mahal telah sudi datang mencemar duli ke blog kita, perasaan gembira dan hepi kita sukar digambarkan dengan kata-kata atau penulisan. Ada yang siap buat entry kasitau blogger mahal ini telah sudi datang ke blog kita. Itu pun belum mampu menggambarkan sepenuhnya perasaan terharu kita dengan kehadiran blogger mahal ke blog kita.
Ada lagi ciri-ciri blogger mahal tapi cukup la belalang list banyak tu jer. Korang sendiri la pulak tambah di kotak komen. Belalang kategorikan blogger begini sebagai 'blogger mahal' kerana kehadiran mereka ke blog kita sentiasa dinanti-nantikan. Ada juga yang hingga meluahkan perasaan hampa dan kecewa kerana 'blogger mahal' tidak sudi mencemar duli ke blognya. Tengok, betapa mahalnya blogger itu kan? Blogger otai dan 'blogger mahal' berbeza tau. Blogger otai ada juga yang tetap mengamalkan beberapa perbuatan seperti kunjung-mengunjung blogger-blogger lain.
Jadi, korang ada tak ciri-ciri begitu? Korang rasa ciri-ciri itu perlu ke kepada seseorang blogger? Cepat-cepat kasi pendapat. Hee...
Isnin, 28 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
45 comments:
Awal-awal dahulu kala, pernah jugak tekilan dengan sorang blogger ni tak jengah pun blog kita walaupun sekali. harapan menggunung nak gak dia komen walaupun satu. satu pun jadi lah tapi sampai sekarang non hado.
lepas tu buang perasaan terkilan tu beralih angin pada blogger lain. kehkehkeh :D
hehe kalau blogger mahal balas komen kat blog dia pun rasa best :)
rasanya bro belalang blogger mahal..sebab tak bagi nampak muka langsung, nampak muka topeng je keh3, termasuk tak blogger mahal mcm tu?
Tak suka blogwalking : DONE
Jarang komen entry : DONE
Follow blog tertentu : DONE
yes..
guwa blogger mahal la ni..
mekaseh pak belalang..
hahahaha...
gua saje bajet mcm blogger mahal.. haha... boleh ke mcm tu.. haha
hem..saya blogger murah lah kan ! isk
hahahahha
sama macam TP.
TP ler blogger paling mahal.
SALAM...
Mahai ka? Blogger semua sama saja... yang jadi mahai ialah bila dia istiqomah dengan apa yang dia percaya walaupun pembaca tak semuanya bersetuju dengan apa yang dikatakan....
Blogwalking dan silent-reader... biasanya kebanyakan blogger memang macam tu, terutama sekali blogger yang menulis tentang politik...
Nak tengok mahai ke dak, cuba tengok pautannya... kalau pautannya sikit, bermakna mahai la tu... kalau pautan di blognya berlambak-lambak tu maknanya murahlah, sebab dia kena berkunjung dalam banyak blog satu hari...
hehehehe...
owh tidak blalang..entri blalang wat kan wan terasa seperti blogger murahan..owh tidak..blalang blalang..hahaha
sis blogger murah.muka bersepah kan belalang?
As salam..
Belum sampai tahap blogger mahal lg.
Kalau sengaja belagak mcm blogger mahal, akibatnya tak ada visitor la kat blog tu..
saya blogger murah saja.masih mengamalkan amalan kunjung mengunjung.
haha Rastamat memang blogger mahal, keh3 errr entry ni bape harganya Belalang? Mahal tak hehehe
contoh blogger mahal belalang???
nak gak check kot dia ada singgah blog ke tak..kekekeke...
apa yang penting keihklasan...baru respect walaupun memang rasa mahal..ahaks...
ohoho~
terasa mcm blogger x mahal ja~
klo x berkunjung ke blog org lain jwbnye macam seolah2 private kan blog laa~
hee~
@Miza Yusof
ade sesetengah blogger yang belalang anggap sbg blogger mahal dan hingga ke hari ni blogger yang belalang anggap mahal tu masih belum pernah mencemar duli ke sini...ngee
@tengkorakemas
belalang purak2 buat mahal...hahaha...
terlebih encem wajah ku ini bro.sebab tu malu nak tunjuk...huhuhu
@RastaMat
wah!!!
terima kasih mat kerana sudi drop komen d sini.belalang sgt terharu dan skrg sedang menahan linangan air mata terharu belalang dari mengalir...
wakakaka ko mmg blogger mahal!
@Cekodok
boleh2...cekodok kat area tempat belalang diorang jual seketoi rm15!
mahai giler...wakakaak
@zuhanismohamed
kita sama jer bro...x de mahal x de murah...setaraf...hee
@Tuan Penasihat
sape nak bida TP? kita start dengan harga 10k...cepat! cepat! sebelum org lain sambar....
huhuhuh
@menusuk hati
err...ade marah sape2 ke bro? no komen...ngee...
@CUCU TOK WAN
pautan dalam blog belalang bnyk...so kira masih blogger yang murah hati la kan? ngee
@Wan_hazel
yela tu...wan nih dah tahap blogger mahal yg hot!
hahaha
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
same jer kita sis...kita murah hati dan senyuman...huhuhu
@iza
belalang pun klu buat perangai cam yg belalang list tu, alamat xde visitor la bwh tnh nih...hahaha
@Bulan
tp bg belalang bulan antara blogger mahal yg tak mengamalkan ciri2 yang belalang list tu... ;)
@padin
entry ni di biayai oleh tabung PTPTN din!
wakakaka
@missSenget
ade jer...cuba la try cari ;)
@kiz
yeah kiz! tepat sekali! ;)
@.:|kamaryeah|:.
private blog cam tak best jer...hee
waa.. ada jgak kategori cmtu ek, hukk...
latest en3: yondaime & rokudaime
kpah blogger "harga boleh runding!!!"....
@Belalang Hijau
betul-betul. tapi tkpa lah ramai lagi blogger mahal dan tak sombong/pilih bulu. kita boleh pi terjah kan :)
entry ni buat kita semua sedar jangan perasan. "yang diatas tak mungkin selamanya diatas dan yang bawah tak mungkin selamanya dibawah.
@ Belalang Hijau
hahahahaha...
terima kasih dunia!!!
Aku blogger dikaun.. leh? haha..
Entri Lelatest
Great Teacher Aretikz 7
blogger mahal tu as known as blogger famous ke???
@caliph shuriken
ade ade ade...
cuba try test cari ;)
@kpah k-poh
kak pah mmg pun...
rugi la sape2 x kenal kak pah...
hahaha
@Miza Yusof
terima kasih kerana memahami yg tersirat dalam entry ini :)
@RastaMat
wah!!!
rasatamat komen lagi!!!
aku nak pitam~
@Aretikz
diskaun jgn bnyk sgt bro...
huhuhu
@afiff edogawa
jika blogger famous tu ade ciri2 d atas ;)
@ Belalang Hijau
pak belalang masok air!!!
jauhi diri beliau sekarang jugak!!!
wakakakaka....
rasanya blog woot2 dah mahal..hahhaha..da hampir 70% otais2 datang blog woot2.
bukan datang komen yer,datang gado..haha..
mahal tak ? ^^
Catat Ulasan