Akhirnya setelah beberapa hari Belalang cuba check saman menggunakan myeg.com.my, baru hari ini laman web itu berfungsi dengan betulnya. Alhamdulillah Belalang tiada sebarang saman kenderaan samada kereta atau motor.
Mulanya risau juga kemungkinan terdapat saman. Ini kerana Belalang memang kerap berjalan jauh menggunakan kereta Belalang. Pernah sekali tu ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan time tu Belalang tengah speed kalau tak silap 150km/j, tiba pada satu susur keluar Belalang dapat lihat dengan jelas satu pancaran cahaya dibahagian kiri jalan. Memang Belalang dah ingat sure kena saman. Tapi nasib la dalam sistem PDRM dan juga JPJ tiada saman. Nasib baik betul.
Jadi kepada korang yang masih belum menjelaskan saman korang, baik cepat-cepat pergi bayar sementara kerajaan dengan baik hatinya melanjutkan tempoh pembayaran saman. Jangan tunggu macam aritu, hari terakhir baru berebut-rebut nak bayar.
**Ada cakap-cakap yang mengatakan kerajaan sedang kumpul duit untuk pilihanraya besar. Yeke?
Jumaat, 4 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 comments:
betul la tu kata2 terakhir awk belalang..kang nk bg sorang rm250 xcukup lak...
huuhu
cian ayah den.. berbelas-belas saman speedtrap dia..
belalang, asal kiter nk tak leh cek kat myeg...mmg smlm pun tak bolh..hari ni pun tak boleh jugak...huhhh...
alhamdulilah bee pun tk de saman heee
samalah kita bro!
tapi mula2 dulu TE beratur nak dekat sejam sampai kat kaunter, "maaf, line takdela"
cis..guna internet rupanya..balik rumah google jumpa myeg sign up, semak tapi sesak..
baru2 ni semak lagi..alhamdulillah takde
@cerita-gadis-iniini pun dah kira ujung2 masa dah.aritu gomen kasi 6 bulan kita buat2 lupa lak..hee
@AizAsabaq jela.klu pas tarikh nih lagi parah.nak kena byr tanpa leh buat rayuan
@kuntumz
line bz tuh...try bnyk2 kali...
@bee
kita pemandu yang berhemah...
huhuhuh
@tengkorakemas
ceh! kalau tau mcm tu baik awl2 lagi check guna myeg je kan...
Catat Ulasan