Sama seperti isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat tidak mampu mengawal emosi pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini apabila ditanya mengenai jam tangan tersebut.
Beliau sebaliknya menyalahkan media kerana bertanyakan soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan.
“Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,’’ katanya.
Menjawab soalan wartawan itu lagi, Anwar berkata, beliau tahu soalan itu bertujuan untuk membantu Utusan Malaysia melaporkan yang beliau gagal menjawab mengenai isu tersebut.
Anwar pada masa yang sama mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes video berkenaan.
Kata Anwar, beliau mahu polis untuk menanya dan mengambil sendiri jam tangan itu.
‘‘Anda tanya ada polis minta? Saya beritahu polis tak minta. Biar polis yang menanya. Mengapa saya perlu menjawab mengenai soal ini? Biar polis yang buat,” katanya.
-Utusan
8 comments:
haiyoo. politik banyak publisiti. tatau mane btol. heh
hurmmm..macam2 ek..
tp kalau kita di tempat dia pun mungkin akan stress..samada kita buat / tidk buat..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/tudung-simbol-insaf.html
kalo tgk dia jawab.. cool je.. wartawan tu yang panas.. haha.. bodoh btol..
politik sekarang semua xle caya...dia kata betul dan dia kata salah..mana yang betul sebenarnya?
gelabah je tengok
@Cekodok
cool mende....gelabah je aku tgk...muka pun merubah nak mengamok
ksiannya...dok tnya solan lgu tu...mngaibkan btoi...yg wartawan tu pun...adoi..nth ler yg mna btoi..yg mna salah...tp kbenaran ttp Allah akn tnjukkn...klo btoi kne fitnh moga2 Allah 'Azzawajalla akn tnjuk kbenaran.klo btoi buat yg tuh dye dgn Allah jela...muhasbh dri blik.bg yg kuat memfitnah tu.....smoga Allah bg balasannnnn!!!
DSAI..tkpa..sabaq2...klo anda di phk yg btol..lmbt laun kbenaran akn tertegak jgk..tgok...lpas DSAI bt bntahan kt mhkmh syriah pasai kes qazaf,trus kajaan antaq tuk sekat bdg kuasa mhkmah syariah..ap kes ni.ohh kajaanku...km rkyt cume nk kjaan yg bertunjngkn ISLAM.ISLAM plu di tmpat tggi..yg benar ttp bnar tk kire la kajaan ke pmbngkang tp anda bijak...tahu mnilai hat mna baik n vice versa...benar ttp benar!!lawan ttp lawan!!
Catat Ulasan