---------------------------------------------
Pada mulanya hasrat satu pasangan suami isteri pulang ke Kampar, Perak, untuk mengambil anak mereka selepas empat hari ditinggalkan di kampung, namun, semuanya tidak kesampaian selepas tiga sekeluarga itu terbunuh dalam satu kemalangan di kilometer 40 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah, di sini, pagi semalam.
Mereka meninggal di tempat kejadian akibat kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung selain turut dihempap sebuah lori yang merempuh kereta mangsa dari belakang.
Kereta jenis Proton Satria itu dipandu oleh Mohd Farid Idris, 29, manakala isterinya, Eirlenna Asrani, 28, duduk di bahagian belakang dan anak tunggal pasangan ini Muhammad Faiz Hakimi, 4, di tempat duduk hadapan.
Kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, Mohd Farid bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya bertugas sebagai kerani di pusat perubatan yang sama.
Pasangan itu terpaksa menghantar anak tunggal mereka ke rumah ibu Mohd Farid di Kampar, Perak, dekat sini, untuk dijaga kerana Eirlenna mengikuti kursus di Seremban, Negeri Sembilan empat hari lalu.
Ibu Mohd Farid, Hasmah Zahrain yang ditemui pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB), di sini, berkata dia tidak menyangka kepulangan anak dan menantunya di Kampar, Perak adalah pertemuan mereka kali terakhir.
“Semalam (kelmarin) Mohd Farid bersama isteri pulang ke rumah saya kira-kira jam 9 malam untuk mengambil semula anak mereka yang sangat dirindui.
Berita penuh disini.
-------------------------------------------------
Semoga roh mereka tenang bersemadi. Al-fatihah.
4 comments:
mmg sedih berita ni..
semoha ahli keluarga mereka tenang..
takziah buat keluarga mereka..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/keseronokan.html
takziah buat keluarga mangsa..
kdg kita bawak kete elok je, tapi mai org lain langgar. tu la malang tak berbau. org dalam umah pun kena langgar lori. sikap pemandu tu la yang tak berubah2
sependapat dgn sis nuriz...
mknanye bila di ats jln, kita kena sm2 btggungjwb.. sama2 tolak ansur utk elak kemalangan..
rain sedey ngat, lppy rosak teruk, blog lak xleh tgk shoutmix, ofice blok.. :'( ... wuwwuuuuuuuuu .
lppy duk wad icu now ni
Catat Ulasan